ANGEL BUKAN SEMESTINYA BERMAKSUD MALAIKAT
Bila Mahathir kata,
"Even angels make mistakes",
Pihak media terjemahkan bulat²,
"Sedangkan malaikat pun buat silap".
Yang lain pun percaya, terus keluarkan bermacam pendapat membidas.
Abang ni bukanlah peminat Mahathir tapi abang nak jelaskan dari sudut tatabahasa.
"Even angels make mistakes" tu adalah English idiom. Bermaksud, "Kadangkala orang yang kita anggap paling sempurna pun melakukan kesalahan".
English idioms atau terms tak boleh diterjemahkan bulat² atau secara terus.
Contohnya, korang support kelab Man United.
Man U dikenali sebagai The Red Devils. So, adakah korang disamakan atau dimaksudkan sebagai penyokong kelab syaitan-syaitan merah?
Contoh lain, korang bercinta, kadang² ada juga korang luahkan kepada pasangan korang, "Oh you are my angel, baby". So, adakah pasangan korang itu adalah malaikat atau korang bercinta dengan seorang malaikat?
Kalau kawan-kawan tanya keadaan abang masa abang tak sihat, abang akan jawab, "Under the weather". Bukanlah maksudnya abang berada di bawah cuaca. Tetapi maksudnya abang sedang sakit, tak sihat.
Contoh paling mudah, bila orang tanya, "Kau yakin boleh buat semua tu?"
Jawapan di dalam bentuk English idiom adalah "It's a piece of cake". Bermaksud, ianya mudah.
Sebab itu pentingnya english education.
Satu lagi contoh,
Hardware = barang keras
Software = barang lembut
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server= pelayan
Client= pelanggan
Jika dibuat ayat,
"That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client".
Jika diterjemahkan bulat² ke dalam bahasa Melayu,
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan".
Logik tak?
Tidak salah untuk membidas tetapi biarlah dengan cakupan ilmu yang betul dan tepat. Kerana jika kita membidas mengikut orang tanpa faham apa yang kita bidas, kita akan ternampak lebih dangkal dan jahil.
Sumber:FB KU YOE
Comments
Sepatutnya kalau buat statement@ucapan secara public,official atau dlm majlis ayat seperti 'angel' tu semuanya akan merujuk kepada maksud@makna yg utama iaitu malaikat sebenar..tak usah lah pusing2 atau u-turn..kalau dia bercakap mcm tu dgn kawan dia boleh la di terima..