WARISAN BERSEDIA MENERIMA AHLI BARU



SHAFIE INGATKAN AHLI PARTI UNTUK KUATKAN PARTI DENGAN BESARKAN PARTI.

 Mohd Shafie, yang juga ketua menteri, dalam ucapannya berkata, penting untuk ahli parti membesarkan parti dengan menambah keanggotaan parti.

 “Menjadi tanggungjawab anggota parti untuk menguatkan parti dengan membesarkan parti.

 “Namun dalam membesarkan parti banyak nilai-nilai positif perlu diamalkan ahli parti, bukan hanya ahli bahkan pimpinan itu perlu beramal kepada rakyat,” katanya.

 Dalam pada itu, menurutnya, sokongan rakyat membolehkan pimpinan kerajaan baharu hari ini memimpin dan menukar pemerintah yang lama.

 “Setiap perkara yang dilakukan ahli parti perlu berpaksikan kepada rakyat, kehendak rakyat walaupun bukan semua yang dapat dipenuhi sekarang.

 “Ada rakyat yang mahu kerja, ada rakyat yang mahu rumah, tetapi sekurangnya kita perlu besarkan parti ini untuk kita mengetahui cita rasa serta rintihan rakyat selain membangunkan Sabah dan mempertahankan hak rakyat seperti yang disebut dalam janji Warisan pada pilihan raya umum yang lalu,” katanya.

 Mohd Shafie berkata, partinya menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai Warisan kerana bertujuan untuk menyatukan rakyat.

 Sumber - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH