LAWATAN KETUA MENTERI KE KG KIAU KOTA BELUD
LAWATAN KETUA MENTERI SABAH KE PUSAT PEMPROSESAN NENAS KAMPUNG KIAU NULUH KOTA BELUD
Susulan lawatan ringkas ketua Menteri Sabah ke Pusat Pemprosesan Nenas Kg Kiau Nuluh.
Ketua Menteri Sabah telah meluluskan beberapa keperluan untuk kebaikan penduduk Kg Kiau Kota belud.
Antara perkara yang diluluskan adalah:
1) Penurapan semula jalan JKR di Kg Kiau Taburi yang terjejas semasa kejadian bukit runtuh beberapa tahun lepas.
2) Pembangunan bersepadu khususnya kemudahan prasarana eko pelancongan Kiau dengan pelestarian hutan komuniti Kiau.
3) Kelengkapan tambahan balai keusahawanan KKNE termasuk sebuah kereta pengangkutan untuk tujuan mengangkut bahan mentah, input pertanian dan promosi/pemasaran produk.
4) Pemerkasaan pertanian organik Kiau.
Comments