LAJIM CARI TALIAN HAYAT POLITIK


LAJIM DAN BERSATU

Selepas Parti Harapan Rakyat Sabah pimpinan Datuk Lajim Ukin kalah di semua kawasan yang mereka tandingi di bawah Gabungan Sabah.
Parti itu hilang halatuju.

Ketika majlis ulangtahun PPBM(BERSATU) telah viral gambar Datuk Lajim Ukin berada di sana dan bergambar dengan ahli PPBM.


Dan bermula dari saat itulah spekulasi yang PPBM akan melebarkan sayapnya ke Sabah Walaupun sejak awal penubuhan PPBM sudah dinyatakan oleh Tun M sebagai pengerusi,yang PPBM tidak akan memasuki sabah disebabkan Warisan ada untuk menjaga sabah.

Terkini Parti Harapan Rakyat Sabah telah meluluskan usul untuk  membenarkan kemasukan PPBM ke Sabah.Walaupun sebelum PRU14 mereka adalah parti yang lantang bersuara menolak parti dari Malaya.

Perkembangan ini menjadi topik hangat di kalangan rakyat sabah.
Rata rata rakyat sabah melihat tindakan lajim ini sebagaimencari talian hayat politik.

Sejarah politik Lajim memang ramai yang tahu dan masih ingat.Lajim pernah bersama PBS,UMNO dan PKR sebelum menubuhkan Partinya sendiri iaitu Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan menyertai Gabungan Sabah sebelum PRU14 untuk bertanding di beberapa kawasan namun kalah semuanya.



Paling diingati adalah lompatan lajim dari PBS ke UMNO pada tahun 1994 yang telah menyebabkan PBS hilang kuasa dan Lajim pulak mendapat gelaran YB katak oleh rakyat sabah dan gelaran tu masih kekal sehingga ke hari ini.

Jika difikir secara logik,adalah mustahil PPBM mahu melebarkan sayap ke Sabah memandangkan rakan kerjasama ketika PRU14 iaitu Warisan masih menjadi peneraju kepada kerajaan Sabah bersama UPKO,PKR dan DAP.

Adakah Tun M mahu melayan permintaan Lajim yang bukan wakil Rakyat di Dun Sabah dan melanggar persetujuan bersama dengan parti Warisan Sabah?

Tun M sudah pasti mahu namanya di Sabah bersih tidak seperti yang digambarkan oleh pihak lawan politik di Sabah selama ni.

Selama bertahun tahun nama Tun M di jajah oleh pihak tertentu di Sabah sebagai bapa projek ic dan perampas hak orang Sabah.

Jika Tun M benarkan PPBM memasuki Sabah maka namanya tidak akan bersih malah akan dikecam oleh rakyat Sabah.Nama Tun M hanya akan bersih jika membenarkan MA63 dilaksanakan.

Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh Tun M iaitu benarkan MA63 dilaksanakan bukan melebarkan sayap PPBM ke Sabah.

Comments

awang samiun said…
Interesting. PPBM dah mulai langkah di Sarawak. Adakah sebab itu TUN M buat u_ turn di Sabah? UMNO tak dpt masuk Sarawak dlm era Pehin Taib dan Adenan Satem. Nampak gaya dlm era Abang Johari PPBM yg masuk. Zahid mungkin boleh memasukkan UMNO ke Sarawak memandangankan PBB bukan rakan dlm BN lagi.
Anonymous said…
staring lajim juga lah ...\

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH