CINTAILAH PERPADUAN


CINTAILAH PERPADUAN

Perpaduan di Sabah adalah kesan dari kerajaan yang diterajui oleh single parti sejak merdeka, namun setelah PBS tumbang parti-parti lokal telah bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri, sejak itu perpaduan rakyat Sabah dilihat kian goyah kerana fahaman politik, pemimpin kita  kata perpaduan kita kuat tapi hakikatnya Sabahan kian berpecah di sebabkan politik, semua tampil jadi juara kaum masing-masing belum kira lagi yang mainkan sentimen anti Malaya dan macam macam isu lagi.

Adalah tidak keterlaluan Sabah toleransi dan perpaduannya amat tinggi dibanding negeri-negeri di negara ini diluar kontek politik, sejak bertapaknya UMNO di Sabah, rakyat menjadi blok agama dan suku disatukan dalam BN yang diterajui oleh UMNO.

Kejayaan kerajaan Perikatan yang diterajui USNO dan Berjaya pada awal kemerdekaan telah menyatukan semua suku dan agama dalam satu wadah parti politik kesannya telah memperkukuhkan perpaduan erat semua rakyat dan perasaan bangga serta kemakmuran negeri adalah amat dirasai oleh rakyat sewaktu itu.
Saya mengimbas sepintas lalu, pada ketika itu kedudukan Sabah adalah terkaya dan penduduknya dihormati dan untuk mendapat pendidikan Yayasan Sabah telah menyediakan dana untuk anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan tinggi.
Selepas itu Berjaya telah menubuhkan berbagai-bagai agensi kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan dan merancak ekonomi negeri sehingga semua rakyat benar-benar selesa menghadapi kehidupan seharian.

Kini PBS, mengambil alih kerajaan dari Berjaya perpaduan yang dicapai sudah mulai kenampakan retak di mana gap agama semakin meluas hanya segelintir Islam dapat menerima hakikat, manakala majoritinya masih mencari jalan menghancurkan PBS dan akhirnya parti yang berteraskan KDM ini terpaksa akur dengan armada UMNO.

Perpaduan rakyat semakin hancur sehingga KDM telah menjadi unit unit politik kecil(PBS,UPKO,PBRS)dan etnik Cina Sabah (SAPP,LDP) manakala bumiputra Islam terus bernaung dengan UMNO.

Setelah kita melalui fasa-fasa ini sudah tentu kita dapat menilai perpecahan perpaduan rakyat Sabah telah banyak mengundang keburukannya daripada kebaikan. Kita sudah tersasar jauh dari matlamat, elok lah kita balik ke pangkal jalan.

Untuk balik ke pangkal jalan adalah tidak semudah itu, terlalu ramai pemimpin tampil menjadi juara rakyat dengan bernaung dalam 13 buah parti yang berdaftar di Sabah dengan berbagai matlamat. Masa depan Sabah rakyatlah yang menentukan parti mana perlu disokong atau pemimpin parti perlu mengukur baju di badan sendiri demi perpaduan semua.

Permulaan awal politik kita berteraskan single parti telah mengangkat martabat rakyat dan negeri ini kerana hasil persefahaman dan perpaduan rakyat bagai isi dengan kuku.
Kelonggaran perpaduan kita telah diambil kesempatan oleh opportunist politik untuk kepentingan diri mereka, kesan dari ini kita kehilangan kuasa tawar menawar politik dan kita kehilangan kuasa menentukan kepimpinan di negeri sendiri.

Soraya K

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH