WIRA WARISAN SABAH MOHON DIBERI PELUANG TERAJUI GLC



Saya melihat sudah ramai pemimpin dari beberapa bahagian bersuara terhadap pengagihan Jawatan-jawatan tertentu baik diperingkat Pusat Kerajaan Sabah atau GLC. Tidak kurang juga di peringkat Daerah dan sebagainya.

Sayap Wira Pusat tidak pernah meletakkan 'demand' secara terbuka. Kami tetap memberikan masa dan ruang untuk pucuk pimpinan mengaturcara dan menentukan halatuju yang sewajarnya. Ini kerana kami memanfaatkan saluran yang sepatutnya.

Sebagai rekod, kami di peringkat Sayap Wira Negeri setakat ini belum ada diberikan peluang menerajui GLC sebagai Pengerusi atau Jawatan Straregik GLC yang lain. Kita faham ia tertakhluk kepada Kelulusan dan Pengalaman yang ada untuk disesuaikan dengan penempatan ke Jawatan GLC. Tetapi ada di antara kami yang mempunyai sedikit kelayakan dan Pengalaman kerja.

Kami bukanlah generasi cuma pelengkap korum. Kami mampu buat lebih daripada itu seandainya kami diberikan kepercayaan dan peluang.

Saya mungkin tidak layak. Tetapi ada di antara rakan-rakan saya yang jauh lebih layak dan berpengalaman.

Peranan generasi penyambung kepimpinan yang ada harus diperkasa dan diasa agar ia lebih tajam dan memberi manfaat kepada Rakyat.

Saya difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 50 GLC Sabah yang ada. Tidak menjadi beban kepada Kerajaan sekiranya 2 @ 3 GLC diberikan peluang untuk dijana dengan idea-idea baru yang lebih dinamik. Kami tidak minta kesemuanya. Bukan juga minta separuh daripada 50. Kami cuma minta pertimbangan 2 @ 3 sahaja sebagai tanda PEMBAHARUAN TOWARDS SABAH BARU!

TOGETHER WE CAN!!

IKHLAS DARIPADA,

MUSLIADI MUSTALA
Exco Wira Warisan.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH