PARASIT DALAM PAKATAN HARAPAN AKAN DIBERSIHKAN
SEGELINTIR PARASIT DALAM PAKATAN HARAPAN MESTI DIBANTERAS DAN DICUCI TERLEBIH DAHULU!!
Semua kalangan dalam Pakatan Harapan mesti ikhlas dan jujur sesama sendiri!! Jangan depan cakap lain; belakang buat lain!!
Sebenarnya dalam Pakatan Harapan hanya terdapat segelintir saja kalangan 'parasit' yang cuba nak buat kacau!!
Puak-puak 'parasit' ini mesti dibanteras dan dicuci terlebih dahulu sebelum ianya merebak menjadi kuman 'kanser' dalam Pakatan Harapan!!
Saya amat mengenali dan memerhati gerak- geri puak 'parasit' ini!!
Namun, saya langsung tidak risau dengan kalangan 'parasit' ini kerana mempunyai cukup 'senjata' untuk 'meranapkan' agenda jahat mereka sekiranya cuba menjatuhkan kepimpinan tun dr mahathir mohamad!!
Dalam apa kedudukan sekalipun; saya tetap mempertahankan kenyataan bahawa puak 'parasit' ini cuba jatuhkan kepimpinan tun dr mahathir mohamad pada suku pertama tahun depan!!
Ini perancangan jahat mereka!!
Kali ini saya akan mempertahankan kepimpinan tun dr mahathir mohamad sehingga ke 'titisan darah terakhir!!'
Kepimpinan tun dr mahathir mohamad harus dipertahankan demi untuk membina semula negara bagi memakmurkan semula penghidupan keseluruhan rakyat di tanahair kita!!
Semua pihak kena bersabar sikit untuk mencapai matlamat itu kerana kerosakkan yang dilakukan oleh najib tun razak@'lanun bugis' amat teruk sekali!!
Seandainya puak 'parasit' ini masih cuba untuk menjatuhkan tun dr mahathir mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia; pada waktu itu saya tahu apa nak buat!!
Menempah risiko 'kematian' dan 'kehancuran masa depan' dalam perjuangan satu perkara yang lumrah!! Saya langsung tidak takut perkara itu berlaku pada diri sendiri!!
Kita jangan takut sesama manusia tapi hanya perlu taat dan takut pada tuhan saja!!
Yang paling penting ialah mempertahankan prinsip kebenaran demi kepentingan bangsa, agama dan tanahair yang tercinta ini!!
Alhamdulillah kenyataan rasmi yb dato seri anwar ibrahim semalam amat baik untuk dijadikan pedoman pada kalangan 'parasit' ini!!
Yb dato seri anwar ibrahim menasihati semua agar jangan berbalah sesama sendiri kerana rakyat sedang memerhati kita semua!!
Kemenangan Pakatan Harapan adalah untuk kita semua menggalas tanggungjawab fardhu kifayah kearah membina semula negara yang dirosakkan oleh kerajaan kleptokrasi!!
Sama-sama kita perhati, perinci dan lihat samada teguran yb dato seri anwar ibrahim ini akan ditaati oleh puak-puak 'parasit' ini!!
Sekali lagi dalam apa jua keadaan; secara peribadi saya sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan bagi mematahkan perancangan jahat mereka untuk menjatuhkan kepimpinan tun dr mahathir mohamad!!
Selepas ini seandainya saya 'terhidu' niat serta gerakan jahat puak 'parasit' ini; pada waktu itu insya-Allah saya akan mendedahkan sesuatu yang kemungkinannya bakal menggemparkan dunia sekali lagi!! Saya akan perangi mereka secara habis-habisan!!
Secara jujur dan ikhlas dengan penuh perasaan tawadduk; ini amaran terakhir saya buat puak 'parasit' di dalam Pakatan Harapan!!
"LOOK BEFORE YOU LEAP!!"
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
23 Disember 2018
Comments