VIRAL

ANGKAT SUMPAH ATAU HILANG KERUSI; PERINGATAN TERAKHIR YAMANI HAFEZ

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat akan mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Yamani Hafez Musa dalam masa terdekat agar Anggota Parlimen Sipitang itu segera hadir bagi mengangkat sumpah jawatan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata Yamani Hafez perlu segera berbuat demikian sebelum hilang kelayakan.

“Beberapa surat peringatan mengangkat sumpah telah dihantar sebelum ini namun tiada maklum balas daripada anggota Parlimen itu. Kita telah tulis surat kepada beliau (Yamani Hafez) dan beri tarikh yang sesuai bukan sahaja untuk dia tetapi Parlimen juga. Terpulang kepada Sipitang.

“Yang terbaharu setakat ini beliau tidak jawab lagi. Kita sudah hantar beberapa surat peringatan dan akan keluarkan surat peringatan terakhir tidak beberapa lama lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen, Rabu.

Mohamad Ariff berkata Yamani Hafez ada meminta untuk mengangkat sumpah menerusi persidangan video namun ditolak kerana tiada peruntukan sedemikian dalam peraturan Dewan Rakyat.

Berdasarkan pengiraan enam bulan bermula hari pertama mesyuarat pertama Dewan Rakyat, Yamani Hafez perlu mengangkat sumpah jawatan sebelum pertengahan Januari depan.

Menurut Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, seseorang anggota Parlimen yang dipilih perlu mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama.

Hari pertama persidangan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 ialah pada 16 Julai lalu yang menyaksikan 220 daripada 222 anggota Parlimen mengangkat sumpah jawatan.

Yamani Hafez, 39, yang juga anak bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman, gagal berbuat demikian sehingga kini, malah dilaporkan keberadaannya juga tidak diketahui.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH