Posts

Showing posts from August, 2019

SYARAT PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN SABAH HARUS DIKAJI SEMULA

Image
Pendidikan mencorakkan bentuk rupa masyarakat kita di masa depan, makanya kerajaan Warisan menyedari hakikat ini dan memberi komitmen yang tinggi dengan kemajuan pendidikan anak-anak Sabah di semua peringkat. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan Warisan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM238.37 juta untuk pembangunan modal insan, keagamaan dan infrastruktur sokongan berkaitan pada tahun 2019. Kesungguhan kerajaan Warisan dalam agendanya untuk membangunkan modal insan ini juga dibuktikan dengan tindakan mengujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi. Kementerian ini akan merangka dasar, strategi serta melaksanakan program pembangunan untuk menambah baik dan meningkatkan lagi tahap pelajaran dan pendidikan di Sabah. Keperihatinan dan kesedaran Datuk Seri Shafie Afdal betapa pentingnya pendidikan bukan hanya sekadar sebagai tenaga memordenisasi negeri, selain itu mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan. Kerajaan Warisan telah menyediakan biasiswa pada tah...

HAJIJI BOHONG UMNO SABAH MASIH RELEVAN

Image
KOTA KINABALU: UMNO Sabah menafikan yang parti tersebut dikuasai oleh penyakit sindrom penafian apabila sebilangan ahlinya melompat menyertai parti lain selepas PRU ke 14. Pengerusinya Dato Sri Bung Moktar Radin ( gambar) berkata memang terdapat segelintir ahli parti yang mengikut pemimpin masing- masing menyertai parti lain terutamanya parti BERSATU namun,ianya tidak menjejaskan kedudukan Umno di negeri ini. “ Kita akui ada ahli Umno menyertai parti lain khususnya parti BERSATU kerana terpengaruh dengan pemimpin mereka masing masing yang tidak berintegriti dan memiliki prinsip perjuangan dan lebih mengutamakan kepentingan peribadi” katanya ketika ditemui di sini dan diminta  mengulas kenyataan Ketua Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor di media ahad lepas yang mendakwa UMNO Sabah dikuasai penyakit sindrom penafian kerana kehilangan ahli yang menyertai parti BERSATU Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno bukan sahaja segelintir pemimpin UMNO Sabah ya...