Posts

Showing posts from December, 2021

MENTERI GRS AKUI TUDUHAN WARISAN MEMBERIKAN IC KEPADA PTI ADALAH FITNAH

Image
Seorang Menteri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mengesahkan bahawa Kerajaan Warisan yang terdahulu tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan diri atau MyKad kepada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah. Dalam sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri Sabah semalam, Datuk Abidin Madingkir yang merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan Naib Presiden STAR telah mengaku bahawa Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan diri kepada mana-mana individu. Beliau menjawab satu persoalan tentang isu yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini, di mana kad pengenalan dikatakan telah diberi kepada PTI. Susulan itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal telah mencelah untuk mendapat kepastian. “Jadi kamu kata, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa memgeluarkan MyKad, betul?” “Saya cuma mahu dapat kepastian kerana di luar sana, khususnya semasa Pilihan Raya, macam-macam tuduhan dilempar terhadap saya, kononnya saya bagi MyKad.” “Tapi sejak bila pula Ketua

KM SABAH PERLU BENTANGKAN DAN MENJELASKAN PANDANGAN SERTA KEPUTUSAN KABINET NEGERI MENGENAI NSA

Image
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mesti menyatakan pendirian dan keputusannya berhubung Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA) yang kontroversi serta menjelaskan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut, kata Adun Moyog Datuk Darell Leiking. Beliau berkata, Ketua Menteri perlu berbuat demikian dengan membentangkan NCA di Dewan Undangan Negeri secara telus dan mendedahkan maklumat mengenai perjanjian itu. “Saya ingin bertanya kepada Ketua Menteri mengenai NCA, yang tular di media sosial, laman web dan menerima banyak kritikan, yang dilaporkan ditandatangani pada 30 Okt 2021. “Tidak banyak maklumat berhubung NCA telah didedahkan atau dikeluarkan dan tambahan pula, ia dibuat secara senyap-senyap dan orang ramai mempunyai banyak persoalan mengenainya. “Malah, tiga hari lalu, Pejabat Peguam Besar Negeri telah mengeluarkan Surat Tanpa Prejudis dan menunjukkan kebimbangannya dan saya yakin ada dalam Kabinet Negeri yang turut bimbang. “Oleh itu, kami ingin mengetahui pendir

SEMPORNA MEMBANGUN DI BAWAH KEPIMPINAN SHAFIE APDAL

Image
Mengulas kecaman saudara Azrul Arosa yang telah mendakwa bahawa Shafie Apdal gagal membawa pembangunan khususnya di daerah semporna sepanjang beliau memegang jawatan menteri dan ahli parlimen Semporna. Di sini saya ingin menjelaskan mengapa saya memperkatakan bahawa tuduhan saudara tidak berasas sama sekali !! Sewaktu beliau memegang jawatan Ahli Parlimen Semporna di dalam Parti Umno lama dulu, sudah banyak kemajuan infrastruktur yang beliau telah bawa untuk daerah Semporna. Semua ini mampu memacu pertumbuhan ekonomi daerah ke arah daerah yang berdaya saing dan sesuai dengan keperluan asas masyarakat Semporna iaitu Pendidikan, Keselamatan dan Pelancongan. Dari segi aspek keselamatan ketika beliau memangku timbalan Menteri Pertahanan, beliau telah menyarankan kepada Kerajaan Pusat supaya Pangkalan TLDM Semporna dapat dibina untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan penduduk daerah semporna yang selama ini dihantui dengan pelbagai kes penculikan yang menjadi-jadi. Ketika itu, isu penculi