Posts

Showing posts from May, 2019

BETULKAH MUSA AMAN TIDAK TAHU APA ITU PROJEK I.C ?

Image
Mantan ketua menteri Sabah yang penuh kontroversi, Tan Seri Musa Haji Aman lebih baik tutup mulut, usah berbicara isu mykad dan pendatang tanpa izin. Adalah lebih baik menumpu perhatiannya pada kes makahmah dengan puluhan tuduhan yang melibatkan rasuah, salahguna kuasa, laundering money dan membersihkan dirinya dari berbagai persepsi negatif oleh masyarakat. Namunpun beliau menafikan tidak terlibat dengan projek mykad atas alasan suruhanjaya siasatan pendatang tanpa izin tidak pernah memanggil dia (Musa) sebagai saksi. Itu bukan satu alasan kerana dia berlindung di belakang tabir kuasa sebagai ketua menteri pada ketika itu, bersamaan juga dengan kes rasuahnya tidak pernah timbul pada waktu itu tetapi sepas dia terguling jatuh dari ketua menteri, barulah beliau didakwa dengan berbagai kesalahan jenayah. Semasa pentadbiran Musa Aman penempatan haram PTI bagaikan cendawan tumbuh terutama kampung di atas air seperti Pulau Gaya tapi tidak pernah diambil tindakan sedangkan beliau ada

ISU PTI TANGGUNGJAWAB BERSAMA PEMIMPIN SABAH

Image
Setelah saya membuat posting kewajaran kerajaan membuat regularsasi (Pemutihan) ramai yang memahami tetapi tidak kurang juga mempersoalkan dengan berbagai alasan diantaranya faktor keselamatan dan motif politik. Faktor keselamatan mungkin tidak timbul kerana setakat ini keadaan masih terkawal kadar jenayah masih di tahap selamat dan anggota keselamatan cukup untuk mengawal keadaan yang tidak di ingini. Namun ada juga membuat propaganda kononnya PTI satu ancaman, mereka itu akan membantu jika ada serangan sulu Filipina seperti di Tanduo dulu tetapi bahagian perisikan keselamatan tidak dapat mengesan setakat ini. Walaupun perkara ini tidak benar tetapi telah dipolitikkan bahawa pemutihan ini adalah taktik kerajaan mempertahan kuasa politik kerana PTI ini akan didaftarkan sebagai pengundi pro kerajaan. Stigma ini telah melekat di minda rakyat Sabah, kerana punca kejatuhan kerajaan PBS pada 1994 adalah faktor undi PTI yang diberi mykad seterusnya didaftar sebagai pengundi yang sa

SISTEM 2 PARTI TIDAK SESUAI DI SABAH

Image
Beredar cerita ada pihak mempromosikan sistem dua parti hanya di antara PH dan BN, manakala parti-parti yang ada bernaung menyertai PH atau BN seperti amalan di negara-negara maju misalnya di Amerika hanya Demokrat dan Republikan. Sistem dua parti ini masih belum sesuai di Malaysia terutama bagi Sabah dan Sarawak kerana kedudukannya adalah istimewa berbanding negeri di Malaya, kerana dalam tengah memperjuangkan hak nya sebagaimana yang terkandung di dalam MA63 dan tuntutan yang lain. Bila kita (SS) bersetuju dengan sistem ini, dengan tidak disedari semua tuntutan kita akan terjejas kerana di negara ini hampir semua keputusan dipengaruhi oleh parti politik umpamanya era BN semua keputusan tertakluk kepada keputusan UMNO secara kebetulan perdana menteri nya adalah presiden parti itu. Dulunya Sabah dan Sarawak kehilangan kuasa politik tawar menawar di bawah BN. Namun tidak seperti sekarang, parti Warisan dan pembangkang Sarawak tiada kaitan langsung dengan BN atau PH hanya beke

RAKYAT SABAH RUGI JIKA PEMIMPIN TIDAK BERSATU

Image
Sejauh manakah dalamnya regu kerjasama di antara Warisan dan Bersatu sedangkan antara lain kedatangan parti dari seberang itu untuk memperkukuhkan bukan merampas kuasa dari Warisan menurut pengerusinya Tun Dr.Mahathir. Malangnya, sejak pengisytiharan Bersatu bertapak di negeri ini, tidak ada tanda-tanda kerjasama di antara ke dua parti ini, malahan ada unsur-unsur pergeseran kerana apabila melihat kelibat ketua penyelarasnya Hajiji Hj.Nor kurang mesra dengan Warisan. Sampai ke saat ini, belum ada pertemuan secara rasmi untuk membincangkan strategik untuk menghadapi pembangkang yang kian hari mengganas menabur fitnah pada kerajaan negeri, tetapi kelihatan Bersatu Sabah menaruh niat jahat turut menyerang kerajaan negeri dengan berbagai isu dan belum menunjukkan komitmen yang serius sebagai contoh PRK Sandakan batang hidung Bersatu tidak kelihatan, malahan menurut sumber melarang ahlinya membantu PH untuk memenangi pilihanraya kecil itu. Tanda-tanda awal bakal kecelaruan politik

RAKYAT PERLU MATANG HADAPI ISU POLITIK SEMASA

Image
Orang ramai masih dibayangi persepsi dengan kerajaan lama (BN) kerana suatu ketika dahulu sewenang-sewenangnya menggunakan kuasa institusi agensi kerajaan sebagai tempat berselindung dengan apa saja kesalahan jenayah yang mereka lakukan dan salah guna kuasa. Ini terbukti setelah kejatuhan kerajaan lama, lembaran kesalahan pemimpinnya terbongkar satu demi satu, pada ketika itu dianggap perbuatan mereka tidak bersalah. Kalau ada pun pertuduhan, hilang begitu saja tanpa dibuat apa-apa pengadilan. Malahan keluarga mereka atau orang suruhan mereka (pemimpin ) tersebut, turut mendapat perlindungan atas segala kesalahan hanya dianggap fitnah. Kesilapan itu cuba diperbetulkan oleh kerajaan Malaysia Baharu agar negara ini kembali ke landasan yang benar mengikut lunas undang-undang yang sedia ada. Sebagai contoh di Sabah, terutamanya isu pelarian perang dan pendatang tanpa izin, dua perkara ini ada perbezaan yang mengelirukan orang ramai. Pelarian perang dari selatan Filipina kehadiran

SAPP KIAN TERSEPIT HANYA BERGANTUNG KEPADA CYBERTROOPER

Image
Di antara parti-parti tempatan di Sabah  paling unik SAPP dan STAR hanya dipegang oleh seorang presiden sudah berpenggal lamanya tanpa ada pertukaran, namunpun dikaitkan berbagai kelemahan dan keburukan mereka. Setiap musim pilihanraya kedua-dua parti ini ibarat hidup segan, mati tak mahu. Walaupun tidak mendapat sambutan, tidak sampai pun 10% dari undi popularity yang mengundi parti ini, dan yang aneh lagi hanya meletak sedikit calon setiap musim pilihanraya. Mungkin kita fahami strategik ini, hanya mahu menjadi King Maker dalam keadaan kecelaruan keputusan pilihanraya umpamanya yang berlaku pada PRU14 lepas. Ini bermakna tiada keseriusan sebagai tunggak untuk mentadbir negeri ini hanya melukut di tepi gantang. Tidak kurang juga andaian SAPP dan STAR hanya parti kacau daun untuk memecah undi untuk mencapai matlamat kemenangan bagi pihak ke tiga. Kemusykilan juga timbul, tidak ada peremajaan dan synergi baru untuk memperkukuhkan pengaruh parti tersebut dalam masyarakat oleh b

KETUA WIRA PUTATAN SEDIA SEKOLAHKAN TJ JAMAIN

Image
SAPP adalah parti hampir pupus layak di simpan di dalam Muzium kerana sudah ditelan zaman hanya menunggu talkin untuk dikuburkan. Sewajarnya SAPP meremajakan sap kepimpinan nya jika mahu relevan di mata rakyat, tetapi tidak berbuat demikian terutama di bahagian Pemudanya dilihat tidak mampu mendepani zaman kerana ketua nya tidak mempunyai wawasan atau berpandangan jauh, kalau diukur segi usia TJ Jamain tentu kematangannya sudah cukup masak, apa lagi sudah menjangkau usia 50an tahun yang dianggap sudah ke peringkat Beliau. Gelagatnya dan tindak-tanduknya tidak dapat mengangkat martabat dan harkat SAPP kerana akal fikirannya tidak kreatif amat terbatas, masih mentah dan kebudak-budakan. Apa tidaknya mengangkat bahan kempennya dari sampah sarap yang tidak boleh dipercayai terutama isu mykad menuduh parti Warisan adalah dalang pemberi mykad pada pendatang tanpa izin, hanya bersandarkan gambar yang tidak tahu sumbernya. Sekarang Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan satu n

JEFFREY NASIHAT PENYOKONGNYA SUPAYA BERSIKAP MATANG DAN JAGA BAHASA

Image
Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan ingin menyampaikan mesej kepada semua Sabahan... Jagalah tutur bicara apabila sedang membincangkan sesuatu isu. Kawalan emosi itu sangat penting agar kematangan ketika mengemukan pandangan itu dapat dilihat dan dihormati. Agree to disagree Jangan paksakan pandangan anda diterima tetapi anda boleh berusaha untuk menyakinkan kepada orang ramai untuk mempertimbangkan pandangan anda itu ada logik dan kebenaran yang disertakan dengan hujah yang berfakta. Perbezaan pendapat atau pandangan itu perlu dihormati dan dilihat serta difahami secara baik. Jangan rendahkan pandangan orang lain sebagaimana anda tidak mahu pandangan anda diperlekehkan. Dalam dunia politik, persengketaan ideologi itu perlu dilihat pada sudut positif. Ideologi politik parti dan perjuangan kita benar pada perspektif kita dan demikian juga pihak lawan. Raihkan perbezaan itu dengan penuh hormat dan berbicaralah dengan menggunakan tutur kata sesuai dengan kematangan umur dan minda.

JAWAPAN KEPADA TS PANDIKAR AMIN

Image
Sejak kerajaan kleptokrasi digulingkan oleh rakyat, tidak timbul cerita lama sebagaimana yang cuba disensasikan oleh seorang mantan speaker dewan rakyat untuk mengalih pandangan agar tertumpu kepada parti USNO yang diberi nafas baru untuk menarik perhatian orang ramai. Sekarang ini Malaysia baharu ada pendekatan, tentunya berlainan kerana akses dengan kerajaan Persekutuan adalah terbuka, boleh membincangkan apa saja  isu sensitif sekali pun boleh didebat secara kekeluargaan melalui jawatankuasa khas kabinet. Jawatankuasa khas ini adalah satu petanda penghormatan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menyalurkan apa saja kemusykilan berhubung tuntutan hak negeri menerusi MA63 dari hati ke hati, jauh sekali untuk berkonfrantasi. Perkara ini tidak boleh disamakan dengan era Barisan Nasional, tentu sekali tuntutan ala konfrantasi kerana akses kita (Sabah) dengan Persekutuan adalah terhad pada waktu itu, kita dipandang seolah olah sebagai pembangkang dan di pandang remeh. Tentu

RAKYAT PUJI KEPRIHATINAN KETUA MENTERI SABAH

Image
Kerajaan Warisan baru mengambil alih kerajaan, dalam usia setahun tentu kedudukan kewangannya tidak stabil kerana hutang hutang kerajaan lama (bon) yang ditinggalkan mandatori harus dibayar tetapi atas ke perhatian Datuk Seri Shafie Apdal, ketua menteri Sabah membayar bonus kepada kakitangan awam Sabah kerana beliau amat memahami kesulitan yang dihadapi oleh kakitangan awam di negeri ini yang menghadapi kos hidup yang tinggi kesan dari peninggalan pemerintahan lama. Hasrat kerajaan Warisan memenuhi janji janjinya pada rakyat tidak akan terlaksana dengan berkesan, tanpa ada kerjasama yang erat dari pegawai pegawai kakitangan awam agar komited melaksanakan polisi polisi dasar kerajaan yang membawa manfaat pada rakyat dan negeri ini. Bonus sebanyak RM500 memang nilainya tak seberapa tetapi hargai lah keikhlasan kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal dalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, beliau sanggup mencari jalan untuk memberi bantuan hari raya agar sama sama dapat m

BETULKAH MUSA AMAN CEKAP MENTADBIR?

Image
Penyokong Musa Aman terus menerus terus bernostalgia dengan zaman kegemilangan mantan ketua menteri Sabah itu dengan bangganya melabelkan beliau adalah pentadbir yang cekap setiap tahun audit negara memberi pujian tiada ketirisan terjadi dan dapat mengumpul hampir RM4 billion rezab negeri. Menurut penyokong tegar Musa Aman, audit negara membersihkan beliau dari salah laku penggunaan kewangan kerajaan bermakna projek projek yang didana oleh kerajaan dapat dilaksanakan sesuai dengan perbelanjaan wang kerajaan, tetapi apa yang berlaku setiap projek yang diluluskan menurut sumber mantan ketua menteri itu mengenakan 20%-30% sebagai wang tumbuk rusuk. Mantan ketua menteri itu sedang menunggu masa menunggu giliran untuk dibersih oleh makahmah dari pelbagai puluhan tuduhan kes rasuah, pengubahan wang haram dan salahguna kuasa dengan nilai mencapai ratusan juta ringgit, tidak termasuk simpanan di bank Swiss, HK, Singapura dan di merata dunia. Sebaliknya penyokong mantan ketua menteri

USAHA BERTERUSAN DARELL TIDAK WAJAR DIPOLITIKAN

Image
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau sinonim dengan MITI adalah kementerian kanan berfungsi amat penting tanpa peranan kementerian ini sudah pasti berlaku kelembapan pelaburan langsung antarabangsa (FDI) yang amat diperlukan oleh Malaysia. Makanya menteri yang memegang portfolio kementerian ini bukan calang calang orangnya. Sejak wujudnya  kementerian ini hanya pernah disandang oleh tiga individu, Tengku Razaleigh, Tan Seri Rafidah Aziz dan Datuk Mustapha Mohammed. Kini, Datuk Darell Leiking anak dari Sabah yang wajar dikagumi oleh rakyat Sabah. Dalam masa yang singkat usaha MITI   yang diketuai oleh menterinya merekod pertumbuhan memberangsangkan bagi pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan untuk semua sektor, iaitu meningkat 48 peratus kepada RM80.5 bilion sepanjang tahun lalu, angka itu merupakan panduan penting bagi membantu orang ramai memahami kecenderungan keadaan ekonomi negara. “Pada masa sama, FDI daripada Amerika Syarikat naik 184.9 peratus

PPBM SABAH MASIH DIBAYANGI UMNO

Image
PPBM (Bersatu) telah memasuki fasa kedua yang mana 25 bahagian parlimen penaja penajanya telah menerima watikah dari pengerusinya Dr. Mahathir Mohammed, perdana menteri Malaysia. Kita juga dapat menyaksikan ada beberapa nama besar ahli ahli politik yang berpengaruh tidak tersenarai sebagai ketua ketua bahagian Bersatu, namunpun pada peringkat awalnya terlibat dan ada berperanan membawa PPBM masuk ke Sabah. Presiden Parti Harapan Sabah, Datuk Lajim Haji Okin merangkap presiden persatuan Bisaya Sabah yang diberi penghormatan oleh suku nya sebagai Janang Goyo. Komitmen dan pengorbanannya terhadap Bersatu telah membubarkan parti pimpinanya dengan keahlian seramai 64K demi memperkukuhkan Bersatu di Sabah. Beliau juga adalah disebut sebut pada awalnya akan mengetuai Bersatu Sabah, akhirnya terkeluar dari senarai sebagai ketua bahagian PPBM Sabah. Figur politik yang terkenal dengan kekayaan pengalaman sepak terajang politik negara dan pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan,

LAJIM UKIN TIADA DALAM SENARAI KETUA BAHAGIAN PENAJA PPBM SABAH

Image
Walaupun telah membubarkan parti Harapan sabah dan membawa 64k ahlinya memohon menyertai PPBM Datuk Lajim Ukin tidak ada dalam senarai Ketua Bahagian sementara yang dikeluarkan oleh PPBM pusat. Dalam senarai tu jawatan ketua bahagian telah dimonopoli oleh bekas bekas pemimpin Umno sabah yang menyertai Hajiji keluar dari Parti Umno pada penghujung tahun lepas. SelainHajiji, yang dinamakan sebagai ketua Tuaran, mereka yang dilantik sebagai ketua-ketua bahagian sementara adalah seperti berikut. Masidi Manjun (Ranau) Abd Rahim Bakri (Kudat) Wetrom Bahanda (Kota Marudu) Japlin Akim (Kota Belud) Mohamed Razali Mohamed Razi (Sepanggar) Faisyal Yusof Hamdain Diego (Kota Kinabalu) Senator John Ambrose (Penampang) Dr Arsit Sedi (Putatan) Gulamhaidar Khan Bahadar (Papar) Mohd Arifin Mohd Arif (Kimanis) Isnin Aliasnih (Beaufort) Matbali Musah (Sipitang) Rubin Balang (Tenom) Azman Ruslan (Keningau) Senator Abdul Ghani Mohamed Yassin (Pensiangan) Awang Kadin Tang (Sandakan)

PRK SANDAKAN BUKTI GABUNGAN PEMBANGKANG SABAH LEMAH

Image
Pada mulanya PRK Sandakan dijadikan medan asid test oleh parti pembangkang, sejauh mana kah parti mereka masih dapat sambutan selepas pasca PRU14. Belum pernah kita saksikan kesatuan pembangkang menghadapi PRK Sandakan kerana hampir kesemua pemimpin mengambil bahagian dalam kempen tersebut kecuali GBS dari Sarawak. Peringkat permulaan gabungan PH-WARISAN merasa bahang persaingan dibayangi oleh kekalahan PH sebanyak tiga kali berterusan, sehinggakan pemimpin utama gabungan PH turun padang membantu kempen pilihanraya kecil ini, kecuali Tun Mahathir perdana menteri Malaysia yang tidak turut bersama dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung PRK ini. PRK Sandakan mendapat pujian dari suruhanjaya pilihanraya, satu satu nya PRK yang memenuhi peraturan tanpa melanggar kesalahan pilihanraya. Ini bermakna pertarungan calon calon bertanding adalah benar benar bermain di padang yang rata kerana kesemuanya diberi peluang tanpa dikenakan sekatan terhadap parti dan calon yang bert

RAKYAT PERLU TAHU APA ITU MALU

Image
Mujurlah penguasaan Barisan Nasional berakhir setahun lepas, kalau tidak budaya mencuri dan tidak tahu malu pasti akan tertanam di jiwa rakyat. Dan lebih malang sekali generasi muda sebagai aset dan penerus kepimpinan negara akan subur berkembang dengan sifat sifat moral yang rendah menghalalkan korupsi dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran mereka. Kejayaan pertama PH/Warisan dalam masa setahun ini jarang kita dengar ada pemimpin dan pegawai tinggi terlibat dengan kesalahan moral seperti korupsi dan tidak lagi kita mendengar pemimpin yang mendapat jolokan Mr. Vacuum dan pegawai 20% dan isteri isteri mereka menyimpan khazanah ratusan juta ringgit nilainya. Sudah menjadi mimpi buruk setiap jiwa rakyat, Wawasan 2020 tidak tercapai malahan dari negara ekonominya mendapat jolokan Harimau Asia telah bertukar menjadi negara korupsi sekelas dengan negara negara Afrika. Barisan Nasional mendidik rakyat dengan nilai nilai negatif bertentangan dengan fitrah manusia semula jadi, men

PBS TAK SEBAIK SEPERTI YANG DI SANGKA

Image
Parti-parti tempatan yang paling teruk rekodnya adalah parti PBS kerana mempunyai pendirian yang tidak tetap hanya mengejar keuntungan tanpa mempedulikan Intergriti diri mereka. Apa tidaknya keluar masuk Barisan Nasional, bagi pemimpin parti ini sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan pernah satu ketika dulu berpatah arang dengan Kerajaan Persekutuan tetapi akhirnya menjilat Musa Aman kerana mantan ketua menteri itu telah menawarkan jutaan ringgit pada PBS asalkan kedudukan mantan ketua menteri itu terus menjadi ketua menteri Sabah dan untuk memperkuatkan lagi UMNO Sabah. Bukan hanya setakat itu saja lidah bercabang PBS, siapa tidak ingat pada 1986 telah menipu USNO kerana tidak dilibatkan membentuk kabinet Sabah setelah mendapat cukup majoriti walaupun pada awalnya ada persefahaman yang dipanggil PBS+(plus). Agak sukar dilupakan terutama orang miskin, pembatalan Amanah Saham Sabah (Amanah Tun Mustapha) dan wang itu lesap begitu saja setelah di audit oleh auditor antaraba

ISU CALON;PEMBANGKANG CUBA BERBOHONG

Image
Ketika ini pembangkang mendakwa calon DAP Vivian Wong adalah bukti DAP mengamalkan Kronisme. Tetapi mereka tidak sedar yang calon PBS puan Linda Tsen dulu menjadi calon dan wakil rakyat di Batu Sapi adalah kerana menggantikan Suaminya yang meninggal dunia. Pembangkang juga mendakwa Vivian masih muda dan tidak berpengalaman. Namun mereka tidak sedar yang Linda Tsen Ketika mula menjadi wakil rakyat cuma berpengalaman sebagai isteri kepada wakil rakyat dan hasilnya selama dua penggal di Batu Sapi sebagai ahli parlimen tidak ada perubahan yang berlaku walaupun Linda adalah wakil kerajaan.Kerana tiada perubahan akhirnya Linda ditolak oleh pengundi Batu Sapi pada PRU14. Pembangkang cuba menyakinkan pengundi Sandakan andai Linda dipilih Linda akan menjadi suara kepada rakyat Sandakan untuk mengimbangi dan menguatkan pembangkang. Adakah Sandakan cuma mahukan suara bukanya suara berserta pembangunan yang boleh dibawa seandainya Vivian dipilih ke dewan rakyat? Sandakan lebih perlukan

PANDIKAR JUAL APA DI SANDAKAN?

Image
PRU Sandakan berbaki dua hari lagi, hampir kesemua pemimpin seluruh Malaysia berkampung di Sandakan baik dari kerajaan mahupun pembangkang. Yang paling menarik sekali figure Pandikar Amin freelance politikal yang tidak berparti datang membantu calon PBS untuk tampil sebagai pemenang. Walaupun puluhan tahun lepas, tetapi ramai masih ingat perseteruan Pandikar Amin dengan PBS kerana gara gara dipecat speakar dewan undangan negeri Sabah oleh parti itu, ekoran dari itu menubuhkan Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar) tetapi gagal menyaingi PBS akhirnya dibubarkan. Menurut sumber yang dipercayai sebelum ini hubungannya dengan Datuk Shafie Apdal, ketua menteri Sabah adalah rapat sehinggakan Datuk Seri Shafie Afdal lah yang berperanan utama sehingga Pandikar Amin dilantik sebagai Speakar Dewan Rakyat. Melihat keadaan Barisan Nasioanal sudah terpesong dari hala tujunya, secara kebetulan Datuk Seri Shafie Afdal telah meninggalkan UMNO lalu menubuhkan parti baru. Orang pertama yang di

JULFAZLI BERBOHONG

Image
1. Dia datang rumah dato shafie bukan dia di jemput tapi dia yg mahu datang ke sana konon utk lawat dssa yg pada masa itu menerima rawatan di kakinya. Masa dia bergambar dgn dssa pada masa ini pun, dssa ckp tidak perlu nampak kaki sbb masa  ini kaki dssa masih berbalut leg support hasil pembedahan kecil di kaki. Dssa tidak pernah panggil dia ke rumah tapi atas dasar dia teringin utk jumpa dssa yg pada masa kononnya di idolakanya kerana berani melawan kerajaan Najib. 2. Warisan tidak pernah mahu terima dia pun malah si juju yg beria-ia mau jadi ketua wira sandakan malah menghubungi dato aziz utk minta jadi ketua wira sandakan tapi melihat dgn cara dia hentam kerajaan dahulu secara semboronoh, tidak guna akal dan tiada substance, ianya bukan memperkuatkan warisan malah akan menjadi liabiliti maka oleh sebab itu dia tidak di terima masuk warisan. Oleh kerana warisan tidak terima dia, maka sebab itu dia masuk DAP...akhirnya bila dia masuk DAP dan tidak lama menjadi pegawai khas Kepada p

CERAMAH PEMBANGKANG DI SANDAKAN TANDUS ISU

Image
Menjadi senjata utama pembangkang di PRK Sandakan adalah isu manifesto PH tidak terlaksana, kos hidup tidak dapat diturunkan dan harga minyak petrol, berbanding kesalahan mereka yang merompak negara yang berbillion billion sehingga menjejaskan ekonomi negara. Penceramah penceramah pembangkang di PRK Sandakan hampir kesemuanya sudah kehilangan Intergriti diri mereka, adalah tidak layak lagi bercakap dengan kebenaran kerana mereka terlibat dalam pembohongan, korupsi dan pecah amanah atau salahguna kuasa semasa mereka  memegang jawatan di era Barisan Nasioanal. Tanpa manifesto pun rakyat tetap menukar kerajaan Barisan Nasional kerana terlalu banyak kemungkaran yang berlaku, sikap pemimpin sombong dan angkuh gaya hidup mereka "besar kerak dari periuk" dan tidak ada segan silu menerima rasuah sehingga membelakangkan larangan agama Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah(22/220) mentakrifkan rasuah dengan: “Sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan memb

KERAJAAN TERUS KOMITED LAKSANAKAN PENGHANTARAN PULANG PTI

Image
SANDAKAN, 7 Mei – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah terus melaksanakan proses penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara asal dan hari ini membabitkan 192 tahanan warganegara Filipina melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina. Pengarahnya Sh. Sitti Saleha Habib Yussof berkata daripada  jumlah tersebut 156 adalah lelaki dewasa, 29 perempuan dewasa dan  tujuh  kanak-kanak. PATI yang dihantar balik itu berumur di antara setahun hingga 70 tahun, katanya dalam satu kenyataan di sini. Menurutnya pada Khamis ini, MKN Negeri Sabah akan menghantar pulang seramai 106 tahanan warganegara Indonesia melalui Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia. Beliau berkata proses penghantaran balik PATI ke negara asal mereka adalah merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kemasukan PATI ke negeri ini. Katanya selain melaksanakan pengusiran PATI, kerajaan juga telah mengambil tindakan yang proaktif di dalam usaha mengesan dan menangka

ISU PTI SABAH;KENAPA BARU SEKARANG BERSUARA?

Image
1. Sewaktu Jeffrey Kitingan, Yong Teck Lee dan Lajim Ukin dalam kerajaan PBS, kenapa isu PTI tak diselesaikan? Lebih awal dari itu, semasa pemerintahan Kerajaan Berjaya pimpinan TS Harris Salleh - kedatangan warga asing juga semacam disenyapkan. 2. Sejak Warisan ambil alih kerajaan, isu PTI adalah isu yang paling kerap dimainkan oleh pihak pembangkang untuk menarik sokongan rakyat terutama kaum KDMR. 3. Umum tahu isu PTI ni bukanlah baru di Sabah. Ia bermula era Kerajaan USNO/Perikatan Sabah, bila pelarian perang dari Selatan Filipina mula mencari perlindungan di Sabah awal tahun 1975. 4  Setelah keadaan di Filipina kembali tenang, pelarian yang memegang IMM13 tidak kembali ke negara asal tetapi memilih untuk kekal di Sabah. 5  Persoalannya, ketika PBS jadi Kerajaan Sabah selama 2 penggal kenapa isu ini tidak diselesaikan ataupun TS Pairin Kitingan, mengambil langkah supaya warga PTI ini dikawal atau dikurangkan. 6  Selepas PBS, giliran  BN yang di ketuai Parti UMNO menja

BERANIKAH HAJIJI BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH?

Image
Beranikah Hajiji bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak terlibat dalam jawatankuasa task force memberi mykad (projek ic) pada PTI untuk membantu UMNO menjatuhkan kerajaan PBS di era 90an dan telah menjadi cagaran menjadi menteri sepanjang kerajaan Barisan Nasional memerintah di Sabah ketika itu. Dalam road show nya, Penyelaras Bersatu Versi Sabah (Hajiji) tidak bersetuju dengan kerajaan semasa untuk memberi dokumen pada pendatang tanpa izin umpamanya dari Pakistan, Philipina dan Indonesia adalah amat mengelirukan, siapakah yang maksudkan oleh beliau ini, adakah kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri? Berhubung kerajaan negeri yang diterajui oleh Warisan dan sekutunya dari PKR dan DAP, ketua menteri Sabah berulang kali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kapasiti mengeluarkan  sebarang bentuk dokumen berhubung pendatang tanpa izin ini, atau migrasi dari luar baik disebabkan oleh pelarian perang, ekonomi atau apa-apa sebab sekali pun. Apakah mungkin P

KEHADIRAN PAS,STAR DAN UMNO SUKARKAN PBS DI SANDAKAN

Image
Sejak awal lagi ramai meramalkan peluang pembangkang untuk merampas kembali parlimen Sandakan adalah agak sukar. Oleh sebab itu lah sejak permulaan lagi hampir semua pembangkang, sorong papan tarik papan meletak calon mereka tetapi akhirnya PBS mencuba nasib dengan harapan agar nasib menyebelahinya dengan keadaan transisi peralihan kuasa kerana  kerajaan yang dianggap masih lemah dan isu-isu tempatan. Semangat parti pembangkang adalah luar biasa hampir semua berhasrat membantu PBS menawan kembali parlimen Sandakan di tangan DAP. Gabungan parti tempatan dan luar telah memberi komitmen, bertarung habis-habisan mengarahkan penyokong mereka memastikan kemenangan yang besar kepada PBS. Paling menarik adalah kemunculan USNO dan PAS yang turut sama memberi komitmen membantu PBS. Sejauh manakah pengaruh kedua-dua parti ini untuk menarik pengundi Islam yang terdiri dari bangsa Suluk, Bajau dan Bugis yang dianggap oleh PBS adalah pendatang haram. Akibat kesilapan Cybertroper yang ber