SAPP KIAN TERSEPIT HANYA BERGANTUNG KEPADA CYBERTROOPER



Di antara parti-parti tempatan di Sabah  paling unik SAPP dan STAR hanya dipegang oleh seorang presiden sudah berpenggal lamanya tanpa ada pertukaran, namunpun dikaitkan berbagai kelemahan dan keburukan mereka.

Setiap musim pilihanraya kedua-dua parti ini ibarat hidup segan, mati tak mahu. Walaupun tidak mendapat sambutan, tidak sampai pun 10% dari undi popularity yang mengundi parti ini, dan yang aneh lagi hanya meletak sedikit calon setiap musim pilihanraya. Mungkin kita fahami strategik ini, hanya mahu menjadi King Maker dalam keadaan kecelaruan keputusan pilihanraya umpamanya yang berlaku pada PRU14 lepas. Ini bermakna tiada keseriusan sebagai tunggak untuk mentadbir negeri ini hanya melukut di tepi gantang.

Tidak kurang juga andaian SAPP dan STAR hanya parti kacau daun untuk memecah undi untuk mencapai matlamat kemenangan bagi pihak ke tiga.

Kemusykilan juga timbul, tidak ada peremajaan dan synergi baru untuk memperkukuhkan pengaruh parti tersebut dalam masyarakat oleh barisan pemimpinya, tidak pernah ada perubahan yang lama tetap dikekalkan walaupun mereka terbukti gagal melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.

Semakin kelihatan kronik sekali aura kedua-dua parti itu, hanya tertumpu kepada presidennya tanpa Presidennya yang bernama Datuk Yong Teck Lee dan Dr Jeffrey Kitingan tentu parti ini akan terkubur tanpa nisan.

Bagi penyokong dan pentaksub parti ini, berfikir lah sebelum terlambat. Gunakan tenaga kamu pada perkara-perkara yang baik jangan terbuang begitu saja tanpa memberi manfaat pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Mohd Firdaus Diun
Ketua Wira Putatan

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?