BETULKAH MUSA AMAN CEKAP MENTADBIR?
Penyokong Musa Aman terus menerus terus bernostalgia dengan zaman kegemilangan mantan ketua menteri Sabah itu dengan bangganya melabelkan beliau adalah pentadbir yang cekap setiap tahun audit negara memberi pujian tiada ketirisan terjadi dan dapat mengumpul hampir RM4 billion rezab negeri.
Menurut penyokong tegar Musa Aman, audit negara membersihkan beliau dari salah laku penggunaan kewangan kerajaan bermakna projek projek yang didana oleh kerajaan dapat dilaksanakan sesuai dengan perbelanjaan wang kerajaan, tetapi apa yang berlaku setiap projek yang diluluskan menurut sumber mantan ketua menteri itu mengenakan 20%-30% sebagai wang tumbuk rusuk.
Mantan ketua menteri itu sedang menunggu masa menunggu giliran untuk dibersih oleh makahmah dari pelbagai puluhan tuduhan kes rasuah, pengubahan wang haram dan salahguna kuasa dengan nilai mencapai ratusan juta ringgit, tidak termasuk simpanan di bank Swiss, HK, Singapura dan di merata dunia.
Sebaliknya penyokong mantan ketua menteri itu tidak ada perasan malu pun apa lagi merasa berdosa atas perbuatan idola mereka, yang menunggu hukuman dari mahkamah tetapi telah dihukum oleh rakyat sehingga kehilangan kerajaan pada pru14 yang lepas.
Mengikut kesemua pertuduhan itu, Musa, sebagai seorang ejen kerajaan negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, dengan secara rasuah memperolehi untuk diri beliau wang suapan iaitu keseluruhan berjumlah AS$63.3 juta (RM263,460,962.313).
Wang suapan itu ialah sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal beliau, iaitu memberikan kontrak konsesi balak Sabah kepada beberapa buah syarikat antaranya Syarikat Segar Tepat Sdn Bhd dan J.V. Lestari Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tujuh bank dan institusi kewangan di luar negara, antaranya HSBC Bank, Claymore Plaza, dan Ocean Tower di Singapura serta UBS AG Bank, Central, Hong Kong, China.
Cuba bayangkan, jika wang rasuah itu digunakan untuk biasiswa pendidikan atau skim penghapusan kemiskinan, sudah tentu lebih banyak anak anak orang miskin akan mendapat pendidikan tinggi atau ramai orang miskin dapat memperbaiki taraf kehidupan mereka.
Comments