Posts

Showing posts from February, 2019

PPBM JANGAN ULANGI PENYAKIT UMNO

Image
PPBM JANGAN ULANGI PENYAKIT UMNO Namunpun PPBM rasmi masuk ke Sabah tetapi baranya masih hangat diperkatakan oleh sebilangan besar rakyat Sabah, ekoran pengalaman bersama UMNO  Sabah dari 1994-2018 yang mengamalkan sistem pecah dan perintah. Seperkara lagi, rakyat Sabah serik dengan parti luar ini kerana kuasa pusat tertumpu di Putrajaya dari besar hingga sekecil-kecilnya pemilihan wakil rakyat hinggalah ketua menteri hanya direstui oleh pusat saja yang layak menyandang jawatan. Tidak hanya terhenti di sana, hampir semua sumber ekonomi dan projek-projek kerajaan hampir dimonopoli dan campur tangan orang Malaya sehinggakan ramai usahawan dan kontraktor menderita tidak mampu bersaing dengan yang ada kaitan dengan UMNO. Yang paling menyakitkan hati, korupsi bukan lagi menjadi rahsia tetapi secara terang-terangan dibuat disemua peringkat tanpa diambil tindakan hanya dibiarkan saja atas alasan untuk membiayai urusan parti. Dengan kekalahan Barisan Nasional pada PRU 14 semua tong na

FITNAH PEMBANGKANG TIDAK UNTUNGKAN RAKYAT SABAH

Image
Dunia semakin maju, lintas sempadan semakin tidak terkawal terutama kepada negara-negara pertumbuhan ekonominya tinggi dan peluang pekerjaan yang banyak. Sabahpun mengalami fenomena ini dari negara jiran Indonesia dan Filipina, mungkin negeri ini ada kelebihan tarikan ekonomi dan ada pihak-pihak yang nakal menggunakan pendatang ini untuk kepentingan politik, sebagaimana era Barisan Nasional dikhabarkan memanipulasi untuk tujuan mengekalkan kuasa politik. Sisa-sisa kerja jahat peninggalan Barisan Nasional ini telah menjadi bebanan kepada Warisan, namunpun begitu sebagai kerajaan bertanggungjawab cuba menyelesaikan isu-isu ini tanpa membelakangkan undang-undang dan peraturan yang sedia ada, sama ada memberi kerakyatan siapa yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan. Usaha-usaha murni kerajaan Warisan ini telah disalah anggap oleh pihak pembangkang terutama parti-parti yang berteraskan KDM malahan mereka membuat tuduhan liar bahawa parti ini adalah Pro kepada pe

PBS TIDAK IKHLAS TANGANI ISU PTI

Image
PBS TIDAK IKHLAS TANGANI ISU PTI Pertemuan ketua menteri Sabah dengan duta Filipina ke Malaysia dalam rangka perbincangan dua hala berhubung isu-isu yang dihadapi oleh Sabah-Manila, terutama berhubung keberadaan rakyat Filipina di negeri ini yang tidak berdokumen sah telah dipolitikkan oleh sebilangan pihak terutamanya parti pembangkang. PBS melihat perkembangan ini agak gusar, sebagaimana kenyataan Datuk Jahid Jahim setiausaha agung parti itu, mendakwa ketua menteri Sabah amat lemah walaupun duta Filipina itu mengulangi bahawa tuntutan negaranya terhadap Sabah masih belum digugurkan tetapi hanya berdiam diri dan amat memalukan katanya. Tegas Datuk Jahid Jahim berkata sewajarnya tidak melayan duta negara itu berbincang tentang apa sebarang isu dan Putrajaya wajar mengambil tindakan sewajarnya dan memberi jaminan keselamatan Borneo dari ancaman Filipina". Apakah motif setiausaha Agung PBS yang cuba menghalang rancangan Manila-Sabah untuk menyelesaikan masalah yang tertungga

PELARIAN FILIPINA AKAN TERJAWAB

Image
PELARIAN FILIPINA AKAN TERJAWAB...... Kesungguhan kerajaan Warisan untuk menangani isu PTI terutama dari Filipina, mulai sudah berbuah dengan adanya pertemuan ketua menteri Sabah dengan duta Filipina ke Malaysia yang julung kali berlaku dan boleh dikira sebagai satu sejarah penting bagi Sabah. Ini merupakan satu kemajuan wajar dibanggakan kerana selama ini kita dihantui oleh keberadaan rakyat Filipina yang sukar diselesaikan kerana tidak ada pihak yang dipertanggungjawabkan hatta Manila tidak berminat dalam isu ini. Satu lembaran baru terbuka hasil pertemuan ketua menteri Sabah dan Duta besar Filipina ke Malaysia yang mana pihak Manila akan memberi kerjasama untuk mendokumentasikan rakyat Filipina yang berada di negeri ini dan isu-isu lain yang ada hubungan di antara Sabah dan Manila. Pertemuan ini menandakan satu pengiktirafan Manila terhadap Sabah kerana menghantar wakil dutanya menghadap ketua menteri Sabah tambahan sejauh ini tidak ada tuntutan rasmi yang dikemukakan oleh M

KETUA WIRAWATI WARISAN TENOM GESA JAUHI DDJK DARI FAHAMAN POLITIK SUKUISMA

Image
KETUA WIRAWATI WARISAN TENOM GESA JAUHI DDJK DARI FAHAMAN POLITIK SUKUISMA Gagasan dan idea-idea Datuk Jeffrey Kitingan mulai dijauhi oleh pemimpin-pemimpin pembangkang Sabah kerana mereka faham semuanya itu tidak mungkin membawa buah kejayaan umpamanya Gabungan Sabah yang menggabungkan parti pembangkang yang kononnya untuk memperjuangkan hak-hak Sabah. Belang Datuk Jeffrey Kitingan mulai dikesan oleh presiden PCS, Datuk Wilfred Bumburing kerana menurut beliau motif presiden Parti Solidarity Tanahairku itu hanya alat Barisan Nasional untuk pemecah undi. Ekoran dari itu, ahli-ahli GS telah meninggalkan gabungan itu yang muktahir lima ahli Parlimen dan lapan ahli dewan undangan negeri dari UMNO telah mengesahkan menjadi wakil PPBM dan dikhabarkan parti-parti pembangkang dalam gabungan itu akan menjauhkan diri dari presiden STAR itu dalam masa terdekat ini. Integriti politik Jeffrey sudah mulai pudar, tidak lagi relevan dengan politik Sabah masa kini, walaupun beliau mendakwa di

KEDUDUKAN PPBM TIDAK LEBIH DARI PARTI SEKUTU YANG LAIN (DAP,PKR,AMANAH)

Image
KEDUDUKAN PPBM TIDAK LEBIH DARI PARTI SEKUTU YANG LAIN (DAP,PKR,AMANAH) "Berbagai pihak menyerang Warisan berhubung kemasukan Bersatu ke Sabah konon parti ini sudah tidak selaras dengan slogan Sabah For Sabahans, Sabah Ubah," menurut ketua Pemuda UMNO Sabah, ketua menteri Sabah wajar meletak jawatan atau mengembalikan mandat kepada rakyat untuk membubarkan dewan undangan negeri untuk memberi laluan mengadakan  pilihanraya kerana telah melanggar prinsip dan janjnya tidak membenarkan PPBM ke negeri ini. Adakah kewajaran cadangan ini dilayan dari seorang yang kecewa kerana parti mereka telah kehilangan kuasa, bukan hanya sekadar itu yang parahnya mereka ditinggalkan beramai-ramai oleh pemimpin utamanya kerana yakin UMNO Sabah sukar untuk bangkit kembali. Berdasarkan sejarah parti berteras bumiputra Islam, Berjaya dan USNO hilang tanpa nisan namupun parti-parti ini diterajui oleh pemimpin besar dan berkarisma di antaranya Tun Mustapha, Tan Seri Harris Salleh, Tan Seri Son

POLIS SABAH RAMPAS PELBAGAI JENIS SENJATA API TIRUAN DI KOTA KINABALU

Image
Kota Kinabalu - Polis merampas 151 set pelbagai jenis senjata api tiruan dari sebuah premis kompleks beli belah di Kota Kinabalu, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, turut dirampas 283 unit komponen senjata api tiruan berkenaan. Berikutan rampasan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penjaga premis berkenaan. ACP Habibi berkata, senjata api tiruan tersebut ditemui di tingkat dua bangunan berkenaan selepas polis membuat pemantauan terhadap suspek selama 15 minit sebelum mengekorinya ke tingkat dua, yang mana senjata-senjata api tiruan itu ditemui tersimpan dalam kotak. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kota Kinabalu. ACP Habibi memberitahu, nilai rampasan dianggarkan 60 ribu ringgit dan kes disiasat mengikut Seksyen 35 (1) Akta Senjata 1960. Beliau menasihati orang ramai agar tidak menyimpan, memiliki atau menjual apa-apa senjata api tiruan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang. Sel

WIRAWATI TENOM MENYELAR KENYATAAN DS JEFFREY KITINGAN

Image
WIRAWATI TENOM MENYELAR KENYATAAN DS JEFFREY KITINGAN Kenyataan Presiden STAR  bahawa kerajaan negeri ujud bukan dari mandat rakyat tetapi dari katak-katak  melompat dan memalukan penyokong-penyokong Warisan kononnya tanpa sokongan dari DAP dan PKR kerajaan Warisan tidak akan ujud kerana hanya mampu meraih 21 kerusi dewan undangan negeri. Sewajarnya Jeffrey Kitingan merasa malu kerana mendakwa dirinya King Maker sedangkan beliau lah yang menjadi Katak Pertama melompat bergabung dengan Barisan Nasional sehinggakan Musa Aman berjaya menubuhkan kerajaan Sabah dan beliau dilantik timbalan ketua menteri merangkap menteri pertanian yang tersingkat dalam sejarah politik Sabah hanya bertahan tiga hari...kempunan deloo... Sememangnya watak DDJK terkenal tidak pandai berputus asa dengan rancangan-rancangan bodohnya dan tidak masuk akal, satu ketika dulu tersumbat di penjara gara-gara ingin memerdekakan Sabah kononnya. Akibat tindakannya membantu Musa Aman menubuhkan kerajaan Sabah sehin

JEFFREY KITINGAN MENGAMALKAN POLITIK NOMAD

Image
JEFFREY KITINGAN MENGAMALKAN POLITIK NOMAD Parti pembangkang Sabah semakin ketandusan idea dengan perkembangan politik muktahir, apalagi setelah Bersatu muktamad ke Sabah  ekoran itu hampir semua pemimpin pembangkang mengalu-alukan senario ini terutamanya pemimpin vokal mengkritik Tun M, Datuk Jeffrey Kitingan lunak menerima kehadiran Bersatu di Sabah. Namunpun Dr.Jeffrey Kitingan bersetuju dengan parti sekutu Warisan ini membuka cawangannya di Sabah, tetapi beliau terus mengkritik kerajaan Sabah kerana menurut beliau asas terbentuknya kerajaan negeri bukan dari mandat rakyat tetapi hasil dari lompatan katak-katak seperti UPKO dan beberapa pemimpin UMNO. Apapun tuduhan beliau pihak Warisan adalah kerajaan sah kerana demokrasi  membenarkan membentuk kerajaan campuran yang lazimnya dibuat oleh mana-mana negara yang bertamadun di dunia ini. Adakah Datuk Jeffrey Kitingan ini telah bercermin diri dan telah melihat bentuk mukanya yang lebih dasyat dari katak? Kerana ramai menyi

FITNAH DI FB ;DATUK AZIS AKAN BUAT LAPORAN POLIS

Image
Kenyataan Media Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berhubung fitnah pemberian kad pengenalan 1. Saya memandang serius berhubung fitnah disebarkan oleh pemilik akaun Facebook “Negara Borneo Utara” yang membuat fitnah dengan tuduhan tidak berasas mengatakan saya akan membantu untuk memberikan kad pengenalan (IC) kepada warga Filipina khususnya daripada bangsa Bajau di Johor. 2. Tuduhan tersebut adalah tidak benar dan menyeleweng dengan berniat jahat mahu memburukkan imej saya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Sepanggar walhal tidak ada satu pun kenyataan saya keluarkan yang mengatakan saya akan membantu untuk memberikan kad pengenalan seperti didakwa oleh pemilik akaun Facebook tersebut. 3. Saya akan membuat laporan polis berhubung fitnah yang disebarkan terhadap pemilik akaun Facebook “Negara Borneo Utara” dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman individu yang dibelakang akaun Facebook tersebut ker

KES RASUAH BALAK MUSA DISEBUT 5 MAC

Image
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan kes bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang didakwa atas 35 pertuduhan rasuah membabitkan kontrak konsesi balak berjumlah AS$63.3 juta (RM263 juta). Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, menetapkan tarikh itu selepas peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili Musa mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi. Terdahulu, Aik Guan mengusulkan permohonan untuk memindahkan kes itu yang kini ini didengar di Mahkamah Sesyen. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, memberitahu mahkamah pihaknya masih belum memutuskan untuk membantah atau membenarkan permohonan itu dan memerlukan masa untuk mengkajinya Sehubungan itu, Mohamed Zaini memerintahkan pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah sebelum 5 Mac ini untuk membantah permohonan itu. Pada 5 November 2018, Musa mengaku tidak bersalah atas 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak

TINDAKAN SHAFIE AFDAL BERKONSEPKAN POLITIK MATANG

Image
TINDAKAN SHAFIE APDAL BERKONSEPKAN POLITIK MATANG Datuk Seri Shafie Afdal sering dilanda ujian getir dalam perjuangan politiknya tetapi kali ini adalah amat sukar, beliau menghadapi dilema "Ditelan mati emak, dimuntah mati bapa" di tengah-tengah mendapat tentangan oleh pejuang dan ahli-ahli Warisan akibat kemasukan Bersatu ke Sabah. Tidak sekadar dalam parti Warisan tetapi segelintir rakyat Sabah tidak dapat menerima hakikat ini kerana hanya sembilan bulan lalu mereka bermati-matian bertempur dengan parti UMNO yang dianggap sebagai parti penjajah politik di negeri ini. Presiden Warisan melihat satu gambaran besar melangkah setapak ke hadapan mengambil keputusan tidak setuju untuk bersetuju PBBM bertapak di negeri ini, namunpun pihak penganalisis politik melihat kehadiran parti Bersatu ini akan menyempitkan peluang Warisan kerana campur tangan PPBM. Keakuran ketua menteri Sabah ini ada yang melihat positif, tetapi tidak kurang juga yang membidas terutama Abdul Aziz

KETUA WIRAWATI TENOM TERKILAN KEMASUKAN BERSATU KE SABAH

Image
Sejak awal politik Sabah tidak sunyi dari campur tangan politik luar bermula sejak Tunku Abdul Rahman sehingga sekarang dan sepanjang itu juga lah rakyat Sabah tidak senang hati dengan kehadiran parti-parti Malaya ini kerana sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Sekilas sejarah politik Sabah grand designnya amat ketara campur tangan Malaya bermula dari UPKO dan USNO, Berjaya-USNO, PBS-USNO/UMNO jatuh bangunnya takdir di tangan orang-orang Malaya. Sepanjang penglibatan mereka tidak pernah ikhlas terutama sekali pembangunan mental dan fizikal rakyat Sabah hanya tergiur dengan sumber semula jadi Sabah yang telah anugerahkan oleh Allah. Ini terbukti Sabah kekal sebagai negeri termiskin jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Malaya, dari apa pun dimensi ibarat langit dan bumi terbukti pasarana yang disediakan tidak membantu negeri ini menjadi sebagai negeri maju, apa lagi kemudahan pendidikan adalah amat daif tidak kondusif, bayangkan masih ada sekolah murid-muridnya

BERSATU KE SABAH SEBAB GAGAL DAPAT SAMBUTAN DI SARAWAK?

Image
Selepas pengumuman oleh  Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertapak di Sabah hal ini membawa kepada pelbagai tafsiran politik.  Sebelum pilihan raya umum ke-14, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa Bersatu tidak akan bertapak di Sabah. Ia juga sering diulang-ulang bahawa terdapat perjanjian lisan di antara Mahathir dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal. Namun apabila gentleman agreement  ini dilanggar maka, ini  bertentangan dengan hasrat Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, kepimpinan Bersatu dan akar umbi ahli Warisan di Negeri Di Bawah Bayu. Ternyata Mahathir mempunyai perancangan strategik politik  untuk meluaskan sayapnya dengan lebih jauh untuk membawa parti Bersatu di Sabah. Sebelum PRU ke-14,  Mahathir pernah menyatakan bahawa tidak akan memasuki ke Sabah dan membiarkan parti Warisan dan sekutu yang sedia ada untuk terus bertapak di Sabah. Malah, Shafie Apdal sering mengulangkan akan ketidakperluan B

KENYATAAN AKHBAR KM SABAH

Image
KENYATAAN AKHBAR "Rakyat Sabah telah memberikan mandat Parti Warisan Sabah untuk memerintah Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Mereka bimbang dengan kerajaan UMNO-BN dan mahu perubahan menjadi lebih baik. Kami menghormati mandat itu dan akan terus mentadbir Negara pada tahap terbaik kami untuk memastikan apa yang rakyat Sabah mahu kami lakukan dari segi pembangunan serta menyediakan pekerjaan. Ini dijanjikan dan kami akan memastikan mereka dihantar. Berkenaan dengan kemasukan Bersatu ke Sabah, kami tidak dapat menghentikan mereka, atau mana-mana pihak lain untuk perkara itu. Undang-undang kami juga membenarkan pihak-pihak baru dibentuk. Walau bagaimanapun, kami sangat jelas dengan pendirian dan arahan parti kami. Kami telah bekerjasama dengan Pakatan Harapan sebelum ini, dan selepas pilihan raya kami membentuk kerajaan persekutuan bersama-sama, dan kami akan terus bekerjasama dengan mereka demi kepentingan rakyat. Saya sedar akan perasaan penyokong kami dan rakya

APAPUN KEPUTUSAN KM ADALAH TERBAIK

Image
APAPUN KEPUTUSAN KM ADALAH TERBAIK (PPBM) Teka teki semakin kencang pengumuman ketua menteri Sabah sehubungan dengan kemasukan PPBM sekutu Warisan ke Sabah yang bermotifkan memperkuatkan kedudukan Warisan sebagai parti utama di negeri ini. Adalah dijangka oleh orang ramai hasrat PPBM bertapak ke Sabah akan tertunai, namun ramai yang kurang senang dengan kehadirannya kerana  berpandukan pengalaman yang lampau kehadiran UMNO dalam politik Sabah hanya menguntungkan segelitir pihak dan segala keputusan terpaksa dirujuk di Putrajaya. Bila kita menghimbau suasana politik era 80an kekalutan politik berlaku semasa USNO, Berjaya dalam komponen BN dan USNO, PBS bekerjasama di peringkat pusat, tetapi di sebaliknya di peringkat negeri telah membawa ketidakpastian kestabilan politik di negeri ini, sehinggakan ada pihak mengambil kesempatan meneguk di air yang keruh terutama opportunist politik memperlagakan pemimpin tempatan demi mencapai agenda mereka. Semoga pengalaman pahit ini tidak

PENTADBIRAN KERAJAAN SABAH TERTAKLUK KEPADA KETUA MENTERI

Image
Wakil rakyat pembangkang di Sabah yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengubah lanskap pentadbiran kerajaan negeri ini memandangkan ia tertakluk kepada keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Darrel Leiking berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu sudah memaklumkan sebelum ini mana-mana wakil rakyat bekas UMNO di Semenanjung tidak akan diberikan sebarang kedudukan. Beliau berkata, sekiranya perkara itu benar di mana 'mereka' menyertai Bersatu dalam tempoh terdekat, ia juga tidak menjadi masalah kepada Warisan memandangkan parti berkenaan merupakan  goverment of the day  dengan mempunyai lebih 40 wakil rakyat. "Tidak apa-apa, Warisan adalah  government  of the day  dan kita mempunyai menteri-menteri. "Tun Mahathir pernah menjelaskan sedangkan di Semenanjung yang memasuki Bersatu daripada UMNO tidak akan dapat jawatan di mana-mana kedudukan K

'Sabah Merdeka 100 persen', 'Hasil bumi dirogol', 'Sabah dimiskinkan:Aktivis Sabah

Image
Empat aktivis Sabah mengadakan bantahan secara senyap ketika Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucap tama di sebuah festival hak asasi manusia di Kuala Lumpur. Ketika Mahathir berucap hampir 20 minit di Festival Demokrasi 2019, sekumpulan individu bangun dari kerusinya di bahagian belakang dewan dan mengangkat poster yang tertulis slogan: 'Sabah Merdeka 100 persen', 'Hasil bumi dirogol', 'Sabah dimiskinkan'. Sepanjang Mahathir berucap, mereka terus berdiri tetapi senyap sambil memegang poster. Salah seorang penunjuk perasaan, Jefry Musa memberitahu  Malaysiakini  kemudian mereka daripada NGO Borneo Comrade. Jefry yang memegang poster bertulis slogan Hak Kesihatan Buat Anak-Anak Tanpa Dokumen Sabah' menjelaskan mereka mahu menarik perhatian terhadap masalah di Negeri Di Bawah Bayu itu, mendakwa telah diabaikan selama bertahun-tahun. Sabah ada banyak masalah "Rakyat Sabah menderita, tiada siapa yang melihat ke Sabah.

APA UNTUNG DAN RUGINYA PPBM KE SABAH ?

Image
APA UNTUNG DAN RUGINYA PPBM KE SABAH Kemasukan PPBM ke Sabah telah menjadi perbualan umum oleh rakyat Sabah, baik di kedai kopi mahupun di media alternatif. Tentu sekali akan membawa berbagai reaksi pro dan kontra. Saya sebagai pemerhati politik jika isu ini tidak ditangani dengan baik akan membawa impak politik yang tidak sihat. Kita fahami hampir setengah juta ahli UMNO tidak termasuk ahli-ahli kompenan BN Sabah dan pada PRU14 mereka pun tidak begitu kalah teruk. Adalah dipercayai ahli-ahlinya masih setia dengan parti mereka terutama bumiputra Islam. Kalau memberi peluang PPBM ke Sabah adakah menguntungkan Warisan? Persoalan sekarang jika ahli-ahli mantan BN menentang Warisan ada dua kemungkinan berlaku. Pertama, membuat laluan sempit kepada Warisan dan kestabilan politik Sabah tidak tercapai akan merugikan rakyat, manakala ruginya pula ramai pemimpin Warisan akan kehilangan peluang bertanding semasa PRU nanti. Jika kita membuat perbandingan dengan Sarawak, itu andaian ya

8 WANITA YANG LELAKI KRISTIAN TIDAK HARUS KAHWINI

Image
8 Wanita Yang Lelaki Kristian Tidak Harus Kahwini Oleh J. Lee Grady Pada minggu lepas artikel saya " 10 Lelaki Yang Wanita Kristian Tidak Harus Kahwin i " telah menjadi viral. Lebih dari 1.2 juta orang telah  share  mesej itu setakat ini - kemungkinan besarnya kerana begitu ramai orang bujang lelaki dan wanita yang sedang mencari dengan bersungguh-sungguh panduan untuk mendapatkan pasangan hidup yang sepadan.  Ekoran artikel itu, saya telah menerima banyak permintaan untuk memberikan panduan yang sama untuk lelaki yang sedang mencari isteri. Oleh kerana saya sedang mementorkan beberapa pemuda sekarang dan telah melihat beberapa mereka berkahwin dengan baik dalam beberapa tahun yang lepas, tidaklah susah untuk saya menyediakan senarai ini. Inilah wanita-wanita yang saya pesan kepada anak-anak rohani saya agar menjauhi: 1. Orang yang tidak percaya.  Dalam artikel minggu lepas, saya mengingatkan para wanita bahawa Alkitab sangat jelas dalam hal ini: Orang-o

SUKAR UNTUK UMNO BANGKIT SEMULA KATA PENYELIDIK

Image
Kemampuan Umno untuk bangkit dalam tempoh terdekat dilihat sukar kerana masih terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuhi parti itu khususnya dalam mendapatkan kembali sokongan rakyat secara menyeluruh. Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, meskipun situasi sekarang menunjukkan sokongan Melayu terhadap kerajaan PH agak rendah dan kurang popular tetapi ia bukan petunjuk sokongan kepada Umno meningkat.“Hasil tinjauan dan kaji selidik yang dilakukan beberapa agensi perundingan juga mendapati bahawa orang Melayu di bandar, golongan pertengahan dan ke atas serta anak-anak muda masih lagi menjauhi Umno. “Ditambah pula dengan cabaran kewangan dan hilang kuasa selepas lebih 60 tahun mentadbir negara juga masih lagi menjadi kejutan kepada pemimpin dan juga ahli-ahli di peringkat akar umbi,” katanya kepada Sinar Harian. Mohd Yusri yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, perbicaraan pemimp

KERAJAAN SABAH YAKIN USUL STATUS SABAH DAN SARAWAK AKAN DIBAHASKAN DI PARLIMEN

Image
KERAJAAN SABAH YAKIN USUL STATUS SABAH DAN SARAWAK AKAN DIBAHASKAN DI PARLIMEN BULAN DEPAN KOTA KINABALU: Kerajaan negeri yakin Kerajaan Persekutuan akan membahaskan usul di Parlimen bulan depan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara itu sudah dibincangkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bagi membincangkan berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) baru-baru ini. “Sebahagian perkara yang kita bangkitkan adalah berhubung kait dengan status kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Wilayah. “Saya yakin bahawa Kerajaan Persekutuan sudahpun meluluskan tentang perkara itu yang termaktub dalam Perlembagaan. “Ia tidak memerlukan proses pengundian kerana semua yang perlu dilakukan adalah untuk mengubal Perlembagaan bagi memastikan Sabah dan Sarawak menikmati status yang sama dengan Semenanjung,” katanya selepas merasmikan Majlis Tahun Baharu Cina Dewan Undangan Negeri

MASUK POLITIK TAK PERLU WAJIB ADA IJAZAH

Image
Rais: Masuk Politik Tak Semestinya Perlu Ijazah Jangan menilai pemimpin berdasarkan kelayakan akademik kerana politik bukanlah suatu bidang yang boleh diajar dan ‘disekolahkan’ sepenuhnya, kata Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim. Jelasnya bagaimanapun seseorang pemimpin perlu mempunyai asas-asas kukuh dalam pendidikan iaitu mempunyai kelayakan akademik meskipun sekadar mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Bidang politik ini timbul daripada peribadi seseorang itu yang mempunyai kebolehan memimpin, suka membantu serta berinteraksi dengan manusia. “Untuk masuk politik kita cuma perlu ada asas kelayakan, SPM pun sudah memadai. Tidak semestinya perlu ada ijazah…kalau ada itu sudah cukup bagus tetapi masyarakat kini suka membuat penilaian sendiri. “Kila lihat sendiri contoh Tun Ghafar Baba…beliau hanya mempunyai kelayakan akademik SPM sahaja tetapi pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, jadi tiada isu mengenai penglibatan politik