KETUA WIRAWATI TENOM TERKILAN KEMASUKAN BERSATU KE SABAH
Sejak awal politik Sabah tidak sunyi dari campur tangan politik luar bermula sejak Tunku Abdul Rahman sehingga sekarang dan sepanjang itu juga lah rakyat Sabah tidak senang hati dengan kehadiran parti-parti Malaya ini kerana sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.
Sekilas sejarah politik Sabah grand designnya amat ketara campur tangan Malaya bermula dari UPKO dan USNO, Berjaya-USNO, PBS-USNO/UMNO jatuh bangunnya takdir di tangan orang-orang Malaya. Sepanjang penglibatan mereka tidak pernah ikhlas terutama sekali pembangunan mental dan fizikal rakyat Sabah hanya tergiur dengan sumber semula jadi Sabah yang telah anugerahkan oleh Allah.
Ini terbukti Sabah kekal sebagai negeri termiskin jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Malaya, dari apa pun dimensi ibarat langit dan bumi terbukti pasarana yang disediakan tidak membantu negeri ini menjadi sebagai negeri maju, apa lagi kemudahan pendidikan adalah amat daif tidak kondusif, bayangkan masih ada sekolah murid-muridnya masih belajar di dalam kem sementara dengan pendidikannya tidak berkualiti.
Semasa PRU 13 ramai rakyat Sabah agak lega sehinggakan dapat mematahkan penguasaan UMNO yang dipimpin oleh talibarut Malaya kerana Warisan sebagai parti multiracial diberi tanggung jawab menghadapi gergasi politik itu dan akhirnya berjaya tanpa campur tangan sekutunya PPBM.
Untuk menjaga sentimen rakyat Sabah, Datuk Shafie Apdal enggan menerima jawatan sebagai timbalan presiden PPBM tetapi lebih cenderung menubuhkan Warisan hanya sebagai sekutu PPBM di peringkat Persekutuan dan sekali lagi beliau menolak menyertai dalam gabungan Pakatan Harapan/PH kerana bertentangan dengan aspirasi rakyat di negeri ini.
Namunpun kemasukan PPBM ke Sabah tidak akan mengubah arah tuju Warisan untuk mentadbir negeri ini, tetapi ramai melihat kehadiran PPBM sebagai pemecah belah perpaduan kaum di negeri ini, kerana gara-gara melayan nafsu pemimpin dari UMNO yang ditolak rakyat.
Selepas ini akan terjadi drama politik yang dicetuskan oleh bekas-bekas pemimpin UMNO yang menyertai PBBM dan akan meneruskan amalan kebiasaan mereka yang kurang sehat, tentu sekali akan membuat jurang dan pergeseran dengan ahli-ahli Warisan. Jikalau ini akan berlaku siapa yang dipersalahkan dan bertanggungjawab dalam perkara ini...?
Kami amat menghargai pengorbanan ketua menteri kami dalam keadaan terdesak di antara kehendak penyokongnya dan desakan PPBM tetapi beliau lebih melihat gambaran besar lebih mementingkan kemajuan rakyat dari survival politiknya.
RAFIDAH ARKANI
KETUA WIRAWATI TENOM
Comments