KEDUDUKAN PPBM TIDAK LEBIH DARI PARTI SEKUTU YANG LAIN (DAP,PKR,AMANAH)



KEDUDUKAN PPBM TIDAK LEBIH DARI PARTI SEKUTU YANG LAIN (DAP,PKR,AMANAH)

"Berbagai pihak menyerang Warisan berhubung kemasukan Bersatu ke Sabah konon parti ini sudah tidak selaras dengan slogan Sabah For Sabahans, Sabah Ubah," menurut ketua Pemuda UMNO Sabah, ketua menteri Sabah wajar meletak jawatan atau mengembalikan mandat kepada rakyat untuk membubarkan dewan undangan negeri untuk memberi laluan mengadakan  pilihanraya kerana telah melanggar prinsip dan janjnya tidak membenarkan PPBM ke negeri ini.

Adakah kewajaran cadangan ini dilayan dari seorang yang kecewa kerana parti mereka telah kehilangan kuasa, bukan hanya sekadar itu yang parahnya mereka ditinggalkan beramai-ramai oleh pemimpin utamanya kerana yakin UMNO Sabah sukar untuk bangkit kembali. Berdasarkan sejarah parti berteras bumiputra Islam, Berjaya dan USNO hilang tanpa nisan namupun parti-parti ini diterajui oleh pemimpin besar dan berkarisma di antaranya Tun Mustapha, Tan Seri Harris Salleh, Tan Seri Sono Marso, Datuk Matnor Mansor dan ramai lagi pemimpin yang berpengaruh terlibat.

Apakah UMNO Sabah memasang angan-angan untuk bangkit kembali yang diterajui oleh sebilangan besar dari pemimpin "sardin cap ayam" yang tidak pernah menabur jasa di negeri ini dan tidak dikenali malahan kebolehan mereka masih dipersoalkan seperti ketua pemuda umno Sabah itu. Kehadiran part-parti luar tidak mengubah arah tuju Warisan yang telah digariskan dalam perlembagaannya kerana parti luar ini hanya sekadar sebagai sekutu dan bekerjasama dalam hal-hal kebaikan rakyat dan pembangunan, tidak lebih dari itu malahan tujuan Bersatu hanya memperkuatkan Warisan, jauh sekali mengambil alih peranan Warisan sebagai teras pentadbiran negeri.

Beza UMNO Sabah dan Warisan adalah amat berlainan kerana UMNO Sabah  adalah mempunyai perlembagaan parti yang sama dengan UMNO Malaya, dengan kata lain segala urusan dan keputusan tertaluk kepada UMNO pusat kerana dari pengalaman yang lepas ketua menterinya hanya menjadi badut untuk kepentingan orang-orang Malaya.

Sekutu-sekutu Warisan DAP, PKR, Amanah dan PPBM tidak saling mempengaruhi kerana mempunyai entiti yang berlainan terutama keputusan politik kerana masing-masing mempunyai visi dan misi tetapi hanya perkongsian strategik politik untuk memenangi pilihanraya.

Warisan sebagai tuan rumah tentu sekali mempunyai kelebihan dan mempunyai kuasa veto tidak seperti UMNO dari pemilihan calon, ketua perhubungan dan ketua menteri tertakluk kepada kehendak pusat tetapi Warisan mandiri bebas menentukan segala tindakan dan kemungkinan sekutunya hanya membawa sedikit pengaruh.

Bagi penyokong Warisan, wajar melihat kehadiran PPBM tidak lebih dari keberadaan PKR, Amanah dan DAP di Sabah dan berhenti membuat provokasi. Hormatilah keputusan presiden Warisan kerana ketidakseragaman kita akan membuka ruang pada pembangkang, ikuti lah seperti saranan ketua menteri lebih baik kita beri tumpuan kepada pembangunan parti dan kemajuan rakyat.



Soraya Kigis,
Kota Kinabalu

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?