KES RASUAH BALAK MUSA DISEBUT 5 MAC



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan kes bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang didakwa atas 35 pertuduhan rasuah membabitkan kontrak konsesi balak berjumlah AS$63.3 juta (RM263 juta).
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, menetapkan tarikh itu selepas peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili Musa mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, Aik Guan mengusulkan permohonan untuk memindahkan kes itu yang kini ini didengar di Mahkamah Sesyen.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, memberitahu mahkamah pihaknya masih belum memutuskan untuk membantah atau membenarkan permohonan itu dan memerlukan masa untuk mengkajinya
Sehubungan itu, Mohamed Zaini memerintahkan pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah sebelum 5 Mac ini untuk membantah permohonan itu.
Pada 5 November 2018, Musa mengaku tidak bersalah atas 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di negeri berkenaan berjumlah AS$63,293,924 (RM263,460,962.313) daripada lapan pemilik syarikat konsesi balak.
Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di lapan institusi kewangan di Hong Kong dan Singapura antara 20 Disember 2004 dan 6 November 2008.


Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. – Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?