PENTADBIRAN KERAJAAN SABAH TERTAKLUK KEPADA KETUA MENTERI



Wakil rakyat pembangkang di Sabah yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengubah lanskap pentadbiran kerajaan negeri ini memandangkan ia tertakluk kepada keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Darrel Leiking berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu sudah memaklumkan sebelum ini mana-mana wakil rakyat bekas UMNO di Semenanjung tidak akan diberikan sebarang kedudukan.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu benar di mana 'mereka' menyertai Bersatu dalam tempoh terdekat, ia juga tidak menjadi masalah kepada Warisan memandangkan parti berkenaan merupakan goverment of the day dengan mempunyai lebih 40 wakil rakyat.

"Tidak apa-apa, Warisan adalah government  of the day dan kita mempunyai menteri-menteri.

"Tun Mahathir pernah menjelaskan sedangkan di Semenanjung yang memasuki Bersatu daripada UMNO tidak akan dapat jawatan di mana-mana kedudukan Kerajaan Persekutuan, jadi saya berpendapat ia juga tidak berlaku di Sabah kerana bukannya Tun M yang menentukan kabinet tetapi ia terserah kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal," katanya.

Mengulas mengenai isu berkenaan, Darrel yang juga menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada Presiden Parti Warisan yakni Mohd Shafie  untuk mengeluarkan kenyatan berhubung isu terbabit.

Jelasnya, Mohd Shafie dijangka akan mengumumkan sesuatu berhubung perkara tersebut dalam tempoh terdekat.

"Memang ada perjumpaan di antara kami tetapi ianya hanya kebetulan bukannya berkenaan isu ini dan kami berjumpa bagaimana mendapatkan maklumat untuk dijelaskan kepada rakyat tentang apa yang berlaku di Sabah.

Terdahulu, pada satu sidang media pada Jumaat, Dr Mahathir telah mengumumkan Bersatut akan mula bertapak di Sabah tidak lama lagi.

Bagaimanapun beliau menafikan tujuan menubuhkan parti Bersatu di Sabah adalah untuk memberi saingan kepada parti Warisan.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?