Posts

Showing posts from March, 2021

TIDAK BERSAMA PN BUKTI JELAS DSSA MEMPUNYAI VISI POLITIK YANG MEMBERI KEBAIKAN KEPADA SABAH

Image
Datuk Seri Shafie Apdal mempunyai ketajaman ramalan politik negara, setanding pemikiran negarawan Tun Mahathir kerana tidak turut bersama dalam pembentukan kerajaan PN. Bukannya kerana beliau sombong walaupun pernah diberi tawaran untuk mengekalkan kerajaan Warisan. Sekiranya Datuk Shafie Apdal mempunyai kedangkalan memahami politik negara, sudah pasti beliau telah menerima tawaran PN dan akan terperangkap dengan keadaan semasa di mana kestabilan politik tidak menentu, ekonomi hancur, pengangguran ke tahap yang membimbangkan dan kos hidup semakin tinggi akibat kenaikan harga barang yang gagal dikawal. Tidak sampai setahun walaupun Warisan menerima kekalahan dalam PRNS16, tetapi telah menjadi perhatian kembali kerana sudah ada parti lain menawarkan kerjasama untuk menghadapi spekulasi bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh hanya menunggu waktu. Ramai melihat kerajaan PN sekarang tidak ada strategi untuk membawa dasar bagi membela rakyat seba

TIDAK TAHAN JADI PEMBANGKANG,LDP DIJANGKA SERTAI PN

Image
KOTA KINABALU: Bekas parti komponen Barisan Nasional Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP) dilihat hampir pasti menyertai Perikatan Nasional (PN). Presidennya, Chin Su Phin tidak mengiakan spekulasi parti itu akan menjadi ahli terbaru gabungan pemerintah itu selepas Gerakan, tetapi memberi petunjuk LDP bersedia melakukannya. “Mungkin benar, mungkin tidak,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas, sebelum menambah: “Kemungkinan besar (sertai PN), tunggu ia berlaku secara semula jadi.” “Apa saja mungkin berlaku dalam politik. Sesiapa saja yang kita sertai, tujuannya ialah berkhidmat kepada rakyat.” Pada pilihan raya negeri (PRN) September tahun lalu, LDP berkata, ia tidak akan menyertai gabungan atau parti lain kerana percaya ia boleh membuat kejutan sebagai kuasa ketiga dalam pilihan raya itu. Parti itu bertanding 46 kerusi, tetapi kalah semuanya, termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri Api-api yang ditandingi Chin dan Inanam oleh bekas ketua menteri, Chong Kah Kiat dalam cubaannya unt

HAJIJI BELAKANGKAN ASPIRASI ANAK SABAH

Image
“Sabah Untuk Malaysia” yang cuba dipopularkan oleh ketua perhubungan PPBM Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor yang juga ketua menteri Sabah suatu ketika dahulu, sebenarnya dengan penuh sarkastik menyindir setengah parti yang membawa slogan “Sabah for Sabahan” dalam perjuangan mereka. Menurut beliau itu hanya retorik politik yang berpandangan sempit, hanya semata-mata berniat memancing sokongan rakyat, tidak lebih dari itu. Sekali lagi, Datuk Hajiji Mohd Noor cuba mempengaruhi rakyat Sabah agar berkiblatkan dengan parti dari Malaya tetapi kali ini melalui parti PPBM. Menurutnya lagi hubungan dengan Persekutuan wajar dirapatkan jika rakyat Sabah mahu menikmati kemajuan secara berterusan. Namun selama 15 tahun Musa Aman sebagai ketua menteri Sabah, apa pemimpin Barisan Nasional Sabah seperti Musa Aman dan Hajiji lakukan untuk Sabah? Apakah aspirasi rakyat Sabah tercapai selama UMNO menjadi pemerintah di Sabah? Apakah parti yang berasaskan Melayu ini mengangkat martabat Sabah agar keluar dari ne