Posts

Showing posts from March, 2019

TENGKOLOK KADAZAN BERTANDA SALIB PERNAH SELAMATKAN MAHATHIR?

Image
BAGI saya Dr. Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya 1990 jika tidak diselamatkan oleh gambar Tengku Razaleigh memakai tengkolok Kadazan bertanda salib”. Pendapat itu dinyatakan oleh Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin dalam memoirnya, Saya Bukan Menteri (2016). Menurut Zainuddin, orang ramai marah apabila melihat gambar tersebut sehingga ibu pejabat Utusan Malaysia dibanjiri panggilan telefon. Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali sebagai Ku Li yang ketika itu mengetuai parti serpihan UMNO, Semangat 46 memakai tengkolok berkenaan ketika memeterai kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Menurut Zainuddin, kerjasama itu yang berlaku hanya beberapa hari sebelum hari mengundi Pilihan Raya Umum Kelapan (PRU-8) melumpuhkan serta-merta motivasi jentera perang saraf UMNO. Jawatankuasa Perang Saraf Pilihan Raya 1990 yang diketuai Datuk Dr. Wan Ismail Wan Mahmood bermesyuarat dengan lemah semanga

LAGI FITNAH PAGE FB PRO PEMBANGKANG TERHADAP KERAJAAN SABAH

Image
PAGE FB PRO PEMBANGKANG BUAT FITNAH LAGI March 24, 2019 Cubaan sebuah page pro pembangkang untuk membuat fitnah terhadap kerajaan hari ini gagal apabila bukti yg dilampirkan adalah surat yang berasal dari tahun 2018. Page Negara Borneo  Utara  yang amat terkenal dengan penyebaran posting yang berunsur fitnah terhadap kerajaan ini seharusnya di ambil tindakan oleh pihak berkuasa. Dari reaksi pembaca didapati ada yang mempertikaikan pentadbir page tersebut kerana mengaitkan surat yang dikeluarkan pada tahun 2012 dengan kerajaan yang baru mengambil tampuk kerajaan pada mei tahun 2018 dari parti Barisan Nasional. https://www.facebook.com/2017092661671087/posts/2055594607820892/ Adalah diharapkan pembaca dapat mempelajari sesuatu dari posting tersebut dengan meneliti terlebih dahulu apa yang disebarkan oleh pengamal media sosial. Fitnah bukan sahaja buat kita terpalit tetapi boleh dikenakan tindakan undang undang.

PAGE FB PRO PEMBANGKANG BUAT FITNAH LAGI

Image
Cubaan sebuah page pro pembangkang untuk membuat fitnah terhadap kerajaan hari ini gagal apabila bukti yg dilampirkan adalah surat yang berasal dari tahun 2018. Page Negara Borneo Utara yang amat terkenal dengan penyebaran posting yang berunsur fitnah terhadap kerajaan ini seharusnya di ambil tindakan oleh pihak berkuasa. Dari reaksi pembaca didapati ada yang mempertikaikan pentadbir page tersebut kerana mengaitkan surat yang dikeluarkan pada tahun 2012 dengan kerajaan yang baru mengambil tampuk kerajaan pada mei tahun 2018 dari parti Barisan Nasional. https://www.facebook.com/2017092661671087/posts/2055594607820892/ Adalah diharapkan pembaca dapat mempelajari sesuatu dari posting tersebut dengan meneliti terlebih dahulu apa yang disebarkan oleh pengamal media sosial. Fitnah bukan sahaja buat kita terpalit tetapi boleh dikenakan tindakan undang undang.

PPBM KE SABAH SAMBUNG AGENDA UMNO DI SABAH?

Image
Negara kita mendapat kemerdekaan dengan percuma tanpa perjuangan berdarah seperti negara-negara lain, tetapi ramalan semakin menghampiri kebenarannya bahawa British telah meninggalkan Bomb jangka bakal menghancurkan negara kita iaitu isu agama dan bangsa. Barisan Nasional merintah selama 61 tahun gagal menyatu padukan rakyat majmuk sebagai satu bangsa, satu rasa dan satu arah tetapi melahirkan satu masyarakat yang penuh dendam dengan curiga-mengcurigai di antara suku dan agama. Pengalaman yang lepas wajar menginsafkan kita dan amalan ini tidak boleh diteruskan lagi kerana akan merugikan generasi mendatang. Keadaan politik Sabah masih terikat dengan sistem Barisan Nasional yang mana masing-masing mahu menjadi juara suku kaumnya dengan tujuan utama menjadi pemimpin untuk kepentingan sendiri, untuk memartabatkan bangsanya, hanya satu alasan saja. Kita tidak serik-serik menyandarkan masa depan kita kepada orang lain dengan harapan dapat membantu kita dengan lebih maju lagi. Se

PPBM PENYAMBUNG AGENDA UMNO DI SABAH?

Image
Negara kita mendapat kemerdekaan dengan percuma tanpa perjuangan berdarah seperti negara-negara lain, tetapi ramalan semakin menghampiri kebenarannya bahawa British telah meninggalkan Bomb jangka bakal menghancurkan negara kita iaitu isu agama dan bangsa. Barisan Nasional merintah selama 61 tahun gagal menyatu padukan rakyat majmuk sebagai satu bangsa, satu rasa dan satu arah tetapi melahirkan satu masyarakat yang penuh dendam dengan curiga-mengcurigai di antara suku dan agama. Pengalaman yang lepas wajar menginsafkan kita dan amalan ini tidak boleh diteruskan lagi kerana akan merugikan generasi mendatang. Keadaan politik Sabah masih terikat dengan sistem Barisan Nasional yang mana masing-masing mahu menjadi juara suku kaumnya dengan tujuan utama menjadi pemimpin untuk kepentingan sendiri, untuk memartabatkan bangsanya, hanya satu alasan saja. Kita tidak serik-serik menyandarkan masa depan kita kepada orang lain dengan harapan dapat membantu kita dengan lebih maju lagi. Se

GANDINGAN MANTAP PEMBAWA SINAR BARU KEPADA KDMR

Image
22 March 2019 YB Datuk Darell Leiking dan Datuk Peter Anthony dari berketurunan Kadazan-Dusun telah menyongsang aliran politik Sabah yang sinonim dengan faktor kesukuan dan agama. Penilaian begini agak sukar diterima dan difahami apalagi situasi politik tanah air sedang memuncak panas dibakar oleh dua elemen suku dan anutan kepercayaan yang berbeza. Pada PRU14 dengan keinsafan dari dua tokoh politik ini telah mengambil tindakan berani lari dari tradisi politik tradisional Sabah, telah memilih tapak politik mereka dari parti multiracial yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Afdal. Sungguhpun tindakan ini adalah amat bahaya bagi karier politik mereka, tetapi oleh kerana dorongan ingin melihat kestabilan politik terkeluar dari kepompong unsur agama dan kesukuan. Sikap begini adalah amat jarang sekali berlaku di kalangan pemimpin KDM yang majoritinya lebih memilih bergelut dengan sokongan dari masyarakat mereka sendiri yang masih menjadi anutan PBS, UPKO, STAR, dan PBRS. Waw

PEMBANGKANG SABAH TAKUT DILUPAKAN TERPAKSA CARI ISU DI MEDIA SOSIAL

Image
Hakikatnya kerajaan dan pembangkang di mata rakyat ibarat irama dan lagu, kedua-dua kelompok ini wajar dihormati kerana tujuan mereka ke arah mensejahtera, memakmurkan rakyat dan negara. Kerajaan yang tidak adil lebih terhormat dari pembangkang yang berhemah, tetapi negara kita pembangkangnya sudah ke tahap yang boleh dirujuk dengan pakar neurologi kerana ada penyakit Skizofrenia. Stigma memusuhi kerajaan sudah menjadi keutamaan pembangkang sehingga melupakan fungsi sebagai pembangkang yang berkesan, makanya sanggup berbuat apa sekali pun kalau berbohong dan menipu sudah menjadi permainan mereka. Pembangkang sewajarnya mereka berkhidmat untuk rakyat dan negara tetapi sebaliknya sentiasa menggagalkan usaha kerajaan sehingga ke tahap tidak stabil, tentu semua ini akan membawa kerugian yang besar mengakibatkan sistem kerajaan tidak berjalan lancar, pelaburan dan perkembangan ekonomi akan terbantut. Pemimpin Warisan prihatin dengan rungutan dan kerisauan rakyat, umpamanya  keluh

PEMIMPIN LAHIR KERANA KUASA RAKYAT BUKAN JATUH DARI LANGIT

Image
Kenapa kita berpecah dari segi politik dan mundur dari segi ekonomi faktor utama perbezaan pendapat, iri-hati, penting diri sendiri, curiga-mencuriga terutama hal anutan kesukuan berdendam sesama sendiri. Perbezaan pendapat di kalangan pemimpin-politik dan agama, satu sebab yang utama menyebabkan kita lemah hadapi cabaran dari bangsa yang lebih maju dari kita. Disebabkan oleh ketidak-sefahaman, kita tidak dapat menghasilkan satu wawasan dan visi bersama demi melonjak Sabah sebuah negeri maju dan kebal dengan persaingan hidup terutama saudara kita Tionghua dan Melayu dari Semenanjung yang lebih ke hadapan dari kita di Sabah ini. Tetapi, pemimpin-pemimpin kita selalu bercakap tentang tanggungjawab bersama tetapi hanya dibibir lain di hati ini, faktor-faktor yang memecah-belahkan kita kerana sikap penting diri sendiri, sifat terlalu menjaga kumpulan tertentu untuk mempertahan kepentingan diri sendiri. Apabila sikap penting diri sendiri terus berlaku mengatasi kepentingan bersa

SABAH SEBUAH NEGARA?

Image
MALAYSIA 1963 adalah persekutuan 4 kerajaan – Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura. Singapura keluar persekutuan tahun 1965, tinggal Sabah, Sarawak dan Malaya dalam Malaysia: Maka, sebetul-betulnya kata, sewaras-warasnya minda, sejitu-jitunya istilah, Sabah, Sarawak dan Malaya adalah Rakan Kongsi dalam Persekutuan Malaysia. Secara dasarnya MALAYSIA 1963 mengilhamkan Sabah dan Sarawak sebagai dua daripada tiga Negara dalam Persekutuan Malaysia (Singapura tidak diambil kira sudah). Sabah atau Sarawak bukan salah satu daripada negeri-negeri dalam Malaysia. Negara-negara di Borneo ialah kerajaan dia sendiri dalam pentadbiran Malaysia sama seperti Wales kerajaan dia sendiri dalam pentadbiran United Kingdom dan France Guinea dalam pentadbiran Perancis. Sabah dan Sarawak sangat mundur dari segi pembangunan sosio-ekonomi dibandingkan Malaya; antara negeri paling miskin di Malaysia, terletak di kedudukan sedikit atas dari Kelantan. Ini kerana Sabah atau Sarawak dibangunkan sebagai se

MASA DEPAN SABAH BERGANTUNG KEPADA PERPADUAN KUASA POLITIK

Image
Bertolak dari 16 September 1963 benarkah kita sudah terlepas dari penjajahan? Mungkin secara zahirnya, tetapi sebenarnya masih dijajah menerusi ekonomi dan politik kerana setiap perubahan politik ada peranan Persekutuan menentukannya kecuali PRU 14 adalah kesedaran rakyat Sabah mahu berubah tanpa pengaruh dari tanah seberang itu lagi. Keadaan sekarang telah berubah keruntuhan UMNO di Semenanjung akibat tindakan yang dimulakan oleh Tun M untuk selamatkan Malaysia dan menggulingkan Najib. Siapa pernah menyangka BN/UMNO di Semenanjung berpecah sebegitu teruk. Di Sabah pula, tahap kesedaran rakyatnya sudah mulai semakin tinggi terhadap hak yang termaktub dalam MA63. Apakah kita akan terlepas peluang keemasan sebegini lagi atau kita kekal sebagai berlindung di bawah ketiak mereka untuk kepentingan kestabilan politik Melayu di Malaysia Barat yang kini kecelaruannya berada pada tahap kronik dan amat sukar untuk diperbetulkan. Peluang ini kita gunakan untuk lebih FOKUS menuntut HAK

4 TAHANAN LOLOS DARI PUSAT TAHANAN SEMENTARA MENGGATAL

Image
KOTA KINABALU: Empat lelaki warga Filipina termasuk seorang remaja berusia 15 tahun melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal, dekat sini semalam. Suspek dikenalpasti sebagai Sanny Chuan (21), Azlan Abu Bakar Sidik (15), Talam Jafar (27) dan Faisal Hamsali (36) berjaya meloloskan diri dengan merempuh petugas yang membuka pintu untuk memberikan makanan kepada tahanan. Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata seorang lagi tahanan yang cuba melarikan diri berjaya ditahan oleh pegawai keselamatan yang bertugas dalam kejadian pada pukul 4.55 petang. “Kesempatan meloloskan diri diambil oleh empat tahanan tersebut dilakukan dengan merempuh petugas dan melarikan diri ke arah belakang PTS. “Pada mulanya lima suspek cuba memanjat pagar dawai setinggi kira-kira 3.6 meter itu, namun seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ibni Aani, 43, berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Habibi berkata pegawai keselamatan

APA ITU MA63?

Image
Apa itu MA63? Mengimbas sejarah lalu, perisytiharan penubuhan Malaysia sebenarnya adalah hasil daripada satu perjanjian iaitu MA63 antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Sabah, Sarawak dan Singapura yang telah bersetuju untuk membentuk negara baharu yang bersatu dinamakan Persekutuan Malaysia. Peristiwa penting itu berlaku pada tanggal 9 Julai 1963. Persetujuan untuk bergabung telah direncana secara tertib dengan mengambil kira laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah ditugaskan membuat tinjauan pendapat dalam kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa Antara Kerajaan Mengenai Malaysia juga telah ditubuhkan pada tahun 1962 dengan penyertaan wakil-wakil dari Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Britain untuk berunding perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Secara keseluruhannya, kira-kira 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak telah bersetuju terhadap gagasan Malaysia dan perkara itu disahkan oleh wakil Setiausaha Agung Pertubuhan Ba

SABAH DAN SARAWAK BAKAL MILIKI KUASA AUTONOMI

Image
Pembentukan Malaysia bermula selepas termeterainya Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia yang ditandatangani oleh wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Di bawah perjanjian tersebut, Sabah dan Sarawak sepatutnya dianggap sebagai ‘rakan kongsi’ bersama Persekutuan Tanah Melayu dan bukannya sebagai sebuah ‘negeri’ asing yang terpisah daripada negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Maka, ahli kabinet telah memutuskan untuk meminda Perkara 1920 Perlembagaan Persekutuan dengan objektif mewartakan semula kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai ‘rakan kongsi’ dengan kedudukan yang sama seperti Malaysia. Menteri Undang-Undang, Liew Vui Keong menyatakan bahawa, Sabah dan Sarawak tidak akan dikenali sebagai ‘negeri’ selepas perlembagaan dipinda dan rang undang-undang bagi pindaan ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini. “Ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan. Pemerintahan Pakatan

YONG HANYA AMBIL PELUANG POPULARKAN DIRI SENDIRI

Image
Siapa tidak kenal Yong Teck Lee mantan ketua menteri Sabah hasil dari sistem penggiliran ketua menteri yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir dan akhirnya sistem ini dimansuhkan selepas UMNO (S) dapat diterima oleh rakyat Sabah. Sudah menjadi kebiasaan presiden SAPP ini memgambil jalan singkat untuk mempopularkan partinya yang hidup segan mati tak mahu dengan cara yang lain untuk menarik perhatian orang ramai. Kalau dulu pernah memfitnah Tan Seri Harris berhubung "Double Six" dan berakhir diarah oleh mahkamah membayar RM600K ganti rugi kerana ternyata tuduhan beliau itu tidak berasas. Kini giliran Amarjit Singh, pengarah Jabatan Air Sabah telah disaman oleh YTL berdasarkan tidak layak menjadi ketua jabatan itu atas sebab tidak mempunyai latar belakang sebagai kakitangan perkhidmatan awam hanya perlantikannya berdasarkan seorang penyokong Warisan tegar. Presiden SAPP ini mengulangi taktik lamanya untuk mengembalikan ingatan orang ramai terhadap dirinya yang sudah pud

KETUA WIRA PUTATAN BIDAS KENYATAAN JAINAB

Image
Semasa kita di dalam gedung kuasa tidak perasaan pun apa cacat celanya kerajaan atau pura pura tidak tahu, setelah kita kehilangan kuasa menjadi rakyat biasa maka barulah kita merasai betapa susahnya rakyat selama ini..... Keadaan suasana panas dan kemarau panjang ketika ini adalah satu fenomena alam semulajadi tentu sekali membawa berbagai masalah terhadap kehidupan rakyat seharian. Kesempatan ini telah diambil oleh Ketua Wanita UMNO Sabah Dr. Jainab Ayid, "Warisan adalah Kerajaan gagal, tidak perihatin di saat rakyat menghadapi kesukaran mendapat air bersih untuk kegunaan seharian." Namunpun isu ini telah dimaklumkan oleh pengarah Jabatan Air, Tuan Amarjit Singh terdapat banyak masalah teknikal. Bidas mantan wakil rakyat Karambunai itu lagi "Amarjit Singh wajar melepaskan jawatanya kerana gagal  melaksanakan kewajibanya akibat penstrukturan Jabatan Air yang telah membawa berbagai masalah kerana kebanyakan pelaksanaannya tidak profesional. Bukan saja masalah

PERPADUAN KAUM ADALAH WARISAN ANAK BANGSA SABAH YANG PERLU DIPERTAHANKAN

Image
Sebenarnya usia negeri kita telah di peringkat matang mampu menghadapi sebarang kemungkinan tetapi amat menyedihkan kerana masih ada lagi individu yang menggunakan isu agama dan kaum untuk mencapai cita-cita setengah pemimpin politik. Mereka langsung tiada rasa sayang dengan negara ini yang dibina oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu berhadapan onak dan duri dari penjajah Jepun dan British. Untuk menghadapi penjajahan nama-nama besar yang pernah terlibat adalah dari semua suku waktu itu, Antanom, Sigunting, Mat Salleh, Pak Musa dan banyak lagi mempunyai tujuan yang sama kerana benci kepada penjajah. Semangat leluhur ini sedikit demi sedikit mulai terhakis kerana generasi baru sudah mulai melupai nilai dan jati diri kerana lebih mementingkan kebendaan dari maruah diri sendiri daripada mempertahankan pencerobohan ekonomi dan politik dari luar wilayah kita. Benarlah jangkaan, semasa British membantu dan memberi kemerdekaan negeri telah meninggalkan bom jangka perkauman ak

SABAH TERIMA PERUNTUKKAN RM5.01BILION UNTUK TINGKATKAN PEMBANGUNAN

Image
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Sabah telah diperuntukkan sejumlah RM5.01 bilion atau 9.2 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan keseluruhan di bawah ‘Rolling Plan’ keempat dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata jumlah peruntukan tersebut telah meningkat 21.3 peratus daripada tahun sebelumnya dan ia bagi memastikan tahap pembangunan di negeri di bawah bayu itu dapat dipertingkatkan. “Peruntukan tersebut adalah bagi melaksanakan sebanyak 119 projek baharu dan 519 projek sambungan melalui pelbagai kementerian,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini. — BERNAMA

ASAL USUL ETNIK RUNGUS

Image
KEPELBAGAIAN kaum, budaya dan tradisi malah juga bahasa mahupun dialek adalah antara sumber kekayaan Borneo yang tiada tandingnya sehingga ke saat ini. Dan berbicara soal ini, Sabah iaitu jiran dan saudara se-Borneo Sarawak juga tidak kurang dengan cerita yang unik apabila berkata mengenai suku kaum mereka. Dayak Laut, Dusun Dayak, Kadazan, Melobong Rungus, Melubong Rungus, Memagun, Memogun, Roongas, Rungus Dusun dan Rungus merupakan nama-nama alternatif mengikut rujukan etnologi dunia apabila berkata mengenai etnik Rungus, Sabah, Borneo. Populasi etnik ini ramai tertumpu di kawasan seperti Beluran, Kota Marudu, Kudat dan Pitas di Sabah. Dari segi bahasa pula, bahasa etnik Rungus dikategorikan dibawah kelas bahasa Astronesia, Malayo-Polinesia, North Borneo, Sabahan, Dusunic, Dusun. Dan selain daripada itu ianya juga kaya dengan dialek-dialeknya berdasarkan kepada tempat kediaman mereka seperti Gandahon, Gonsomon, Nuluw, Pilapazan (Central Rungus, Rungus Tanga). Adalah difaham

PELANCARAN PPBM SABAH DIJANGKA SUKAR ULANGI SEJARAH PELANCARAN UMNO SABAH

Image
Siapa ingat lawatan pertama Tun Mahathir ke Sabah sejurus Pakatan Harapan  menubuhkan kerajaan Malaysia Baru, limpahan manusia di Padang Merdeka merayakan kedatangan beliau, kerana waktu itu belum ada ura-ura PPBM masuk ke Sabah. Sebelum itu, Tun Mahathir dinasihati tidak masuk ke Sabah terutama sepanjang kempen pada PRU 14 kerana akan menjejaskan sokongan parti sekutunya terutamanya Warisan kerana stigma rakyat Sabah terlalu membenci pemimpin ini kerana dihubungkaitkan dengan projek mykad. Jangan hairan jika sambutan pelancaran PPBM versi Sabah kali ini tidak sehebat lawatan pertamanya yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dengan semangat Sabah baru dan pengisytiharan mengembalikan status Sabah sebagai rakan kongsi. Kali ini kedatangan Tun M hanya disambut oleh pemimpin yang melompat ke PPBM yang dulunya menyumpah seranah pemimpin 94 tahun ini bersama mantan ahli-ahli UMNO yang dijangka hanya kurang dari tiga puluh ribu bersama penyokong tegar pemimpin masing-masing dari Ko

RELIGION,POLITICS AND SEPARATION CONFLICTS.

Image
Religion, politics ... separation conflicts when we talk about this two different words but the same aims ... first thing comes in our mind is ... POWER! The power that Politic hopes to lead and manipulate all their lives ... sometimes i ask myself what kind of political power do they have ?? Political power requires intelligence, brainstorming, and emotional stability ... because when you fail to control those ... you just woke up politics on the wrong path .. Hence having political powers ... we must not turn our self from the God ... so that we will not be lost int the right path ... above all ... not ourselves who will be affected by bad influence ... Just this past few days of what happened to NEW ZEALAND tragedi ... the shootings at the Mosque during fridays prayers ... went viral at all Socmed ... some of the malaysian individual  were composing comments or reposting referring to as Religion and relate to Political issues ... to individuals who easily wrote an art

WARISAN PILIHAN TEPAT PERJUANGKAN HAK SABAH DARI KERAJAAN MALAYSIA BARU

Image
Pergolakan politik negara berlaku hanya dua kali, pertama pada era parti Perikatan dan terakhir sekali Barisan Nasional pada tahun lepas. Keadaan ini jarang sekali berlaku selama 61 tahun, parti UMNO di Semenanjung amat stabil sehinggakan peranan Sabah dan Sarawak tidak begitu penting kerana tidak dapat diganggu-gugat kedudukan politik melayu ini hanya perlu sokongan dari India dan Cina, itu pun sudah memadai untuk mereka terus berkuasa. Seyogianya-lah suara-suara tuntutan wilayah Timur Malaysia ini tidak dilayan malahan mereka berani melanggar dan memindahkan beberapa perkara dalam perjanjian MA63 dan selebihnya mereka tidak hiraukan. Untuk menenggelamkan tuntutan hak-hak yang terkandung dalam MA63 mereka sering menggunakan kuasa politik dengan campur tangan yang keterlaluan melalui wakil mereka dari parti politik yang menyokong mereka dan jika sudah tidak mendapat sokongan mereka akan menjatuhkan parti-parti yang tidak pro-Malaya. Akibat permainan politik Malaya ini ke at

PARTI POLITIK DAN AKTIVIS KAUM DAN AGAMA HARUS AMBIL IKTIBAR DARI TRAGEDI DI NEW ZEALAND

Image
Dengan kejadian berhubung insiden tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand wajar diambil iktibar oleh parti-parti politik dan aktivis yang berlindung disebalik bangsa dan agama. Kalau melihat peristiwa berdarah ini agak mustahil berlaku di negara kepulauan yang mengamalkan demokrasi dan menghormati kepelbagaian. Kejadian ini mungkin terpengaruh oleh parti One Nation yang diasaskan oleh Paulinen Hanson anti asia yang membenci kedatangan pendatang dari Asia terutamanya Muslim. Kebetulan atau tidak.... alasan penembak brutal itu ada persamaan dengan ideologi parti One Nation yang berasal dari Australia. Melihat ke negara kita adalah amat terbuka dan berpotensi kejadian seperti itu berlaku jika tidak disantuni dengan teliti. Ada di kalangan parti politik secara terbuka terang-terangan meniupkan api perkauman dan bangsa, ini lah modal politik utama mereka yang digunakan untuk menarik sokongan tanpa menghiraukan natijah dan kesannya dalam masyarakat. Apa lagi dipacu d