GANDINGAN MANTAP PEMBAWA SINAR BARU KEPADA KDMR



22 March 2019

YB Datuk Darell Leiking dan Datuk Peter Anthony dari berketurunan Kadazan-Dusun telah menyongsang aliran politik Sabah yang sinonim dengan faktor kesukuan dan agama.

Penilaian begini agak sukar diterima dan difahami apalagi situasi politik tanah air sedang memuncak panas dibakar oleh dua elemen suku dan anutan kepercayaan yang berbeza.

Pada PRU14 dengan keinsafan dari dua tokoh politik ini telah mengambil tindakan berani lari dari tradisi politik tradisional Sabah, telah memilih tapak politik mereka dari parti multiracial yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Afdal.

Sungguhpun tindakan ini adalah amat bahaya bagi karier politik mereka, tetapi oleh kerana dorongan ingin melihat kestabilan politik terkeluar dari kepompong unsur agama dan kesukuan.

Sikap begini adalah amat jarang sekali berlaku di kalangan pemimpin KDM yang majoritinya lebih memilih bergelut dengan sokongan dari masyarakat mereka sendiri yang masih menjadi anutan PBS, UPKO, STAR, dan PBRS.

Wawasan tokoh Warisan ini wajar diberi pujian bagai lilin membakar diri sendiri agar sinar kestabilan, perpaduan dan kesedaran semua etnik di negeri ini dapat bersatu umpamanya cubit paha kanan, sakit paha kiri.

Perpaduan dan persefahaman semua etnik di Sabah adalah amat penting sebagai pra-syarat untuk kita berhadapan dengan pengaruh luar terutama parti-parti dari Malaya yang tidak ingin melihat kestabilan yang kita capai di negeri ini kerana satu ancaman kepada mereka.

MOLLY LIPS
NEW YORK

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?