CABARAN POLITIK MASA KINI




CABARAN POLITIK MASA KINI

Cabaran politik Malaysia hari ini adalah berhadapan dengan dua elemen baru yakni natizen atau masyarakat cyber yang akan dikonkrit lagi dengan penurunan had umur dibenarkan mengundi 18 tahun, bermakna hampir ³/⁴ penduduk Malaysia layak mengundi semasa PRU 15 akan datang.

PRU 15 tentu berbeza untuk ditangani dan lebih rumit dari pilihanraya yang lepas kerana ketika itu hanya memberi tumpuan kepada ahli-ahli parti yang berdaftar melalui bahagian dan cawangan-cawangan parti saja.

Parti yang mana dapat menjuarai dua kelompok ini akan berpeluang untuk membentuk kerajaan adalah amat cerah. Pendekatan dan taktik melunakkan sokongan kelompok ini perlu ada perancangan rapi dan teratur untuk mengenal pasti kemahuan dan keperluan mereka kerana hanya kerajaan yang ada kelebihan, berbanding parti pembangkang tetapi selama sembilan bulan parti kerajaan lebih cenderung berpolitik daripada menyusun atur program untuk golongan ini.

Harus diingat, tempoh kerajaan memerintah hanya berbaki lebih kurang 48 bulan.
Kumpulan natizen ini tidaklah semudah untuk didampingi kerana mereka mempunyai latar pendidikan yang berbeza, tahap berfikir yang sukar dikenali, pasti didorong oleh anutan dan budaya tentu akan mempengaruhi cara mereka berfikir dan membuat keputusan. Masyarakat natizen ini amat perlu dalam kitaran politik, bilangan mereka amat banyak secara tidak langsung akan dapat mempengaruhi landskap politik negara dan tidak terkecuali politik Sabah.

Setakat ini tidak ada usaha yang konkrit terutama parti kerajaan untuk berhadapan dengan masyarakat cyber ini, kalaupun ada hanya sedikit tetapi masih meneruskan pendekatan konvensional.

Untuk keberkesanan perlulah parti membuat pelaburan dalam bidang ini dengan mengadakan persekitaran yang kondusif supaya kelompok ini dapat dijangkau, setidak-tidaknya dapat memahami mereka secara dekat.


SORAYA KIGIS

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?