MOOD RAKYAT BERSAMA PARTI LOKAL MAJORITI MENOLAK PPBM KE SABAH




Apakah PPBM akan bernasib baik seperti UMNO ketika masuk ke Sabah diawal 90an ketika itu semangat bumiputra Islam berkobar-kobar untuk menjatuhkan kerajaan PBS.

Sekarang sudah masuk tahun  2019, jarak waktu agak lama dan tentunya sudah banyak perubahan berlaku dengan politik Sabah kerana generasi pendukung UMNO sudah berkurangan kerana tempat mereka telah diganti dengan generasi muda yang cara berfikir dan bertindak tidak seperti generasi di tahun 90an.

UMNO masuk ke Sabah bersandarkan akar umbi dari USNO yang dahagakan sebuah kerajaan kerana sudah keletihan berduel bermula dengan Berjaya kemudiannya PBS. Setiap pertarungan terus tumpas sehinggakan Tun Mustapha jatuh miskin kerana mempertaruhkan hidup dan hartanya dengan niat berkuasa kembali.

Persoalan sekarang apakah sandaran PPBM masuk ke Sabah hanya dengan bekas-bekas ahli UMNO itu? Tentunya tidak mencukupi kerana sebahagian besar mereka telah bermastautin sejak awal lagi ke parti Warisan sehinggakan mampu meraih 21 kerusi dengan usia tidak sampai dua tahun.

Satu lagi halangan PPBM atau kurang tepat berlabuh di negeri ini kerana dalam suasana parti-parti tempatan dalam mood yang kurang yakin dengan parti luar tambahan rakyat Sabah telah serik dengan permainan UMNO.

Kalau niat PPBM hanya semata-mata bersandarkan karisma pemimpin mantan-mantan UMNO, ini adalah satu percaturan yang salah kerana kebanyakan mereka telah kehilangan integriti malahan dilabelkan katak melompat untuk menyelamatkan diri.

Selain UMNO, Bersatu dan Warisan majoriti penyokongnya adalah bumiputera Islam; jika tidak dapat ditangani dengan tepat akan membawa kerugian kerana akan berlaku sabotaj antara satu sama lain yang akhirnya akan memberi laluan kepada parti pembangkang yang lain akan mengambil manfaat dalam keadaan ini.

Berilah peluang kepada Warisan, PKR dan DAP yang telah lama bertapak di negeri ini kerana telah membuktikan adanya sokongan dari rakyat walaupun hanya berjaya mendapat dua puluh sembilan kerusi dan 9 parlimen tetapi banyak kawasan hanya
ketinggalan sedikit majoriti saja.

Niat baik PPBM bertapak ke Sabah bukan tidak dialu-alukan tetapi timbul keraguan dan keikhlasan bekas-bekas pemimpin UMNO ini yang tidak berniat baik dan ada agenda tersembunyi bak kata pepatah seperti tikus membaiki labu.

Soraya Kigis
Kota Kinabalu

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?