SABAH FOR SABAHAN




SABAH FOR SABAHAN

Kesedaran rakyat Sabah telah tercetus sejak awal kemerdekaan lagi berhubung pertalian dengan Malaya sehinggakan tertulis berbagai dokumen perjanjian untuk melindungi Sabah dari penjajahan secara halus dan berperlembagaan dari Malaya.

Gambaran ini jelas dari tokoh pemimpin Sabah Allahyarham Tun Mustapha "Saya sebagai salah seorang pemimpin asal yang memperjuangkan kemerdekaan Sabah yang tidak lagi mendapat keyakinan, sokongan dan kerjasama serta kesetiaan rakyat Sabah, saya hanya berdoa semoga kurun yang akan datang akan dipenuhi dengan kejayaan-kejayaan negeri Sabah ke arah kemajuan dan pemodenan. Akhir kata, peliharalah negeri Sabah dan jagalah kemerdekaan kamu.”

Harapan pejuang kemerdekaan ini wajar diteruskan oleh generasi muda kerana hanya beliau sajalah yang merasa pahit maungnya untuk memperjuangkan sebuah kemerdekaan dan akhirnya impian ini dihancurkan oleh parti Berjaya pada 1976 yang berkiblatkan Malaya untuk menghalang pemodenansasi Sabah sebagai rancangan awal Tun Mustapha. "Melalui sidang akhbar presiden BERJAYA pada 16 April 1976 dengan menyatakan: "Rancangan membina sebuah bangunan 30 tingkat dan lain-lain bangunan di 15 buah bandar dan pekan Sabah akan dihentikan.” - Berita Harian (17 April 1976). Selepas itu kedaulatan Sabah terus tercemar menyerahkan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan yang tidak membawa keuntungan kepada rakyat Sabah satu sen sekalipun.

Pengalaman yang pahit ini wajar dijadikan sempadan kepada pemimpin-pemimpin Sabah tetapi tidak sebaliknya malahan pada awal 90an sekali lagi pemimpin Sabah membenarkan UMNO masuk ke Sabah untuk terus berkuasa dari 1994-2018 sepanjang era itu lah Sabah telah kehilangan identiti politik dan Sabah terus mundur dari negeri kaya kepada negeri termiskin di Malaysia namunpun sebagai penyumbang KDNK terbesar negara di belakang Selangor dan Johor tetapi pemimpinnya terus kaya raya, benarlah kata seorang ulamak jika negara itu kaya tetapi rakyatnya miskin tentu ada perkara yang tidak betul kerana pemimpinnya mencuri khazanah rakyat.

Warisan sedang memperbaiki kerosakan ini untuk mengembalikan martabat politik Sabah ke landasan asal dalam konteks biarlah Sabahan menentukan masa depan mereka sendiri tanpa diganggu-gugat oleh parti luar, malangnya ada segelintir pemimpin Sabah dari saki-baki UMNO cuba mengundang Bersatu bertapak ke Sabah sebagai talian hayat politik mereka membelakangkan aspirasi Sabah For Sabahan. Rakyat Sabah wajar sedar, jangan beri muka kepada pemimpin ini kerana mereka lah sebagai penghalang untuk melepaskan diri dari cengkaman Malaya dalam konteks politik.

Kemenangan Warisan untuk tumbangkan UMNO adalah satu kebanggaan rakyat Sabah dengan harapan agar campur tangan politik dari Malaya akan berakhir dan dapat memudahkan tuntutan hak-hak Sabah yang tercantum dalam MA63 yang selama 56 tahun terus dicabuli kerana mendapat tekanan dari Putrajaya.



RAFIDAH ARKANI
KETUA WIRAWATI TENOM

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?