Posts

Showing posts from April, 2019

POLITIK PEMBANGKANG POLITIK KURANG SIHAT

Image
Sungguhpun Malaysia telah merdeka 62 tahun yang lepas tetapi kematangan berpolitik belum tercapai. Malahan membelakangkan konsep demokrasi, politik negara masih kuat diwarnai oleh isu Agama, Kaum dan Kebencian. Perkara yang tidak sihat ini jika tidak dibenteras dan dibendung akan membawa padah dan kemunduran serta kerugian kepada negara. Sebagaimana negara-negara ketiga umpamanya di benua Afrika. Kestabilan politiknya tak pernah stabil, sentiasa bergolak faktor puak saling berperang sehinggakan sumber kekayaan semulajadi tidak dapat mereka nikmati, menjadikan Afrika adalah negara paling miskin, bahaya dan berbagai penyakit yang merbahaya. Berbalik di negara kita, ada ciri-ciri menuju kehancuran adalah amat jelas, akibat ketamakan pemimpin politik yang ingin menguasai kerajaan sanggup menggunakan topeng agama, kaum dan ekonomi. Politik di negara ini, sudah ke tahap kronik akibat gerakan parti politik perkauman dan stigma kebencian telah melampau sehinggakan melihat bangsa yan

ISU PULAU ISU YANG DIPOLITIKAN OLEH PEMBANGKANG

Image
Umum mengetahui kebanjiran pendatang tanpa izin dan projek mykad adalah semasa era UBN. Sekarang pula dipersoalkan kepada Datuk Seri Shafie Apdal, selama 30 tahun bersama dengan umno adakah terlibat dengan kegiatan itu. Adalah tidak adil melibatkan Datuk Seri Shafie Apdal melibatkan diri dalam kegiatan tidak bermoral ini untuk menggadai maruah negeri di tangan orang asing. Kalau ada bukti penglibatannya dalam kes ini, mana-mana pihak tampil ke hadapan boleh membuat laporan kepada pihak berwajib untuk didakwa ke mahkamah. Namunpun Datuk Seri Shafie Apdal adalah seorang pemimpin UMNO ketika itu, tidak bermakna semua kegiatan yang tidak rasmi kerajaan negeri adalah dalam pengetahuannya. Sebagai pemimpin kanan dalam parti dan kerajaan hanya terlibat berhubung dasar dan polisi kerajaan melalui kabinet dan dewan rakyat. Jabatan yang bertanggungjawab berhubung lalu lintas keluar masuk warga asing di negeri ini, adalah imigresen dan JPN dan Pengerusi keselamatan negeri yang di penger

DAP AKAN MENANG JIKA TERUS DIGELAR KOMUNIS

Image
Imej DAP sebagai pembangkang telah melekat di minda masyarakat, namunpun dalam kerajaan sekarang tetap digelar jahat, rasis, komunis dan berbagai panggilan lagi yang tidak layak didengar. Bagi ahli-ahli politik baru terutamanya genarasi Y, wajar belajar dari perjalanan DAP dalam politik negara terutamanya disiplin, kesabaran, kecekalan menghadapi rintangan terutama dari politik rasis seperti UMNO dan Pas yang menonjolkan isu agama dan bangsa. Hanya satu-satunya manusia Melayu dapat menjinakkan DAP iaitu DS Anuar, dan di Sabah Datuk Seri Shafie Apdal kerana konsepnya yang multiracial dan kejujuran politik yang ingin melihat kewujudan satu masyarakat Malaysia yang sama rata dalam kepelbagaian. Kejujuran DAP dapat menerima sama rata mengikut keperluan kerana mereka sedar kaum Cina lebih kukuh ekonominya berbanding Melayu dan bumiputra Sabah yang masih jauh ketinggalan masih di bawah garis kemiskinan. Menjadi isu yang paling rentan berhubung Bahasa, Agama, dan Kedaulatan Raja R

PBS BAKAL BERGELUT DI PRK SANDAKAN

Image
Era kegemilangan PBS sudah berlalu, petanda pertama kecundangnya Pengasas dan Presidennya di kawasan tradisinya di dewan Undangan Negeri di Tambunan. Isyarat penolakan kaum Cina ke atas parti PBS ini kerana hampir semua calon kaum itu yang diletakkan telah kalah semasa PRU14 kerana perjuangan PBS sudah tidak selari dengan cita rasa mereka untuk memperjuangkan nasib kaum itu. Bagaimana pula sambutan bumiputera Islam dengan PBS, tentu lah hambar masih terasa luka di hati mereka kerana rasa tertipu semasa kerjasama yang diistilahkan PBS Plus, parti ini tidak menunaikan janjinya dengan USNO. Jumlah pengundi parlimen Sandakan 39,349, 20,067 terdiri dari kaum cina, manakala bakinya 19,281 pengundi bumiputera dan lain-lain.Kawasan Parlimen tersebut telah dimenangi oleh parti DAP  PRU-13 dan PRU-14. PRU-11 kawasan ini dimenangi parti bebas, pada PRU-12 diwakili parti Bn/LDP. Ini adalah percubaan pertama PBS di Parlimen Sandakan, agak sukar diramalkan kejayaannya, apalagi calon DAP

ANINA DIKECAM DAN DISEKOLAHKAN OLEH ANAK ANAK SABAH

Image
Kerana jari gatal nak tegur billboard perutusan hari "Good Friday"Anina di kecam dan disekolahkan oleh rakyat Sabah. Kebanyakkan yang memasuki ruangan komen posting anina di FB mempertikaikan dan menegur anina tidak memahami dan menghormati budaya orang sabah yang terkenal dengan sikap toleransi yang tinggi. Warga sabah yang beragama islam turut mengecam anina kerana cuba untuk memporak porandakan hubungan antara agama di Sabah. Sepatutnya Anina tidak cuba untuk melibatkan agama dalam berpolitik.Apa yang anina cuba lakukan memang tidak dapat diterima di Sabah yang terkenal dengan semangat perpaduan yang tinggi.

PINDAAN PERKARA 1(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN LANGKAH PERTAMA DAPATKAN HAK SABAH, SARAWAK

Image
PINDAAN PERKARA 1(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN LANGKAH PERTAMA DAPATKAN HAK SABAH, SARAWAK Rang undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 berkaitan pemulihan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dibentangkan di Dewan Rakyat tetapi wakil parlimen pembangkang dari Sabah dan Sarawak, mahu usul itu ditarik balik atas alasan mereka tidak di bawa berunding terlebih dulu sedangkan dalam jawatankuasa kabinet telah ada wakil yang mencukup termasuk ketua menteri dan pegawai tinggi dari negeri masing-masing. Dr. Jeffrey Kitingan di angkat sebagai hero oleh penyokongnya kerana menentang usul itu kerana menurut beliau pindaan itu hanya di atas kertas tetapi tidak membawa makna apa-apa yang selaras dengan tuntutan kedua buah negeri, namun pun intisari pindaan itu Malaysia dibentuk tiga entiti sebagaimana MA63 asal. Dr.Jeffrey Kitingan melihat jawatan kuasa kabinet yang diwakili ketua menteri dan pegawai tinggi kerajaan tersangat bodoh, tidak patrotik berbandi

BETTER FOR NON MUSLIMS TO HEAD NATIVE AFFAIRS

Image
CJ says again: Better for non-Muslims to head native affairs KOTA KINABALU: The post of native court judge or native chief should be given to those trained for the job, said Chief Justice of Malaysia Tan Sri Richard Malanjum (pic).  He also thinks politicians should not be involved in appointing native chiefs and placed high hopes on the recently launched Borneo Institute for Indigenous Studies (BORIIS) in providing training for those hoping to become native court judges someday. Responding to a question, he also said it would be better for non-Muslims to be heading native affairs in Sabah because those affected are particularly non-Muslims. “I have already said it before, that it should be good that it be headed by a non-Muslim,” he said. Most of the indigenous people of Sabah are non-Muslims and rely on their customs as a way of life while Muslims already have the Syariah courts. The three main components in the Malaysia Agreement on the Sabah side represented the Non-M