ISU PULAU ISU YANG DIPOLITIKAN OLEH PEMBANGKANG
Umum mengetahui kebanjiran pendatang tanpa izin dan projek mykad adalah semasa era UBN. Sekarang pula dipersoalkan kepada Datuk Seri Shafie Apdal, selama 30 tahun bersama dengan umno adakah terlibat dengan kegiatan itu.
Adalah tidak adil melibatkan Datuk Seri Shafie Apdal melibatkan diri dalam kegiatan tidak bermoral ini untuk menggadai maruah negeri di tangan orang asing. Kalau ada bukti penglibatannya dalam kes ini, mana-mana pihak tampil ke hadapan boleh membuat laporan kepada pihak berwajib untuk didakwa ke mahkamah.
Namunpun Datuk Seri Shafie Apdal adalah seorang pemimpin UMNO ketika itu, tidak bermakna semua kegiatan yang tidak rasmi kerajaan negeri adalah dalam pengetahuannya. Sebagai pemimpin kanan dalam parti dan kerajaan hanya terlibat berhubung dasar dan polisi kerajaan melalui kabinet dan dewan rakyat.
Jabatan yang bertanggungjawab berhubung lalu lintas keluar masuk warga asing di negeri ini, adalah imigresen dan JPN dan Pengerusi keselamatan negeri yang di pengerusi oleh ketua menteri pada ketika itu. Adakah Datuk Seri Shafie Apdal pernah menjadi pegawai di agensi itu? Untuk makluman, hampir separuh usia karier politiknya beliau ditugaskan di pusat dengan berbagai jawatan dari timbalan menteri sehingga ke menteri penuh.
Bukan lagi menjadi satu rahsia pertelingkahan di antara ketua menteri Sabah pada waktu itu Musa Aman dan Datuk Seri Shafie Apdal adalah kronik, beliau terasing dengan pentadbiran dan politik Sabah sehinggakan parlimen Semporna pun tidak dibenarkan oleh Musa untuk dibangunkan, sudah tentu Shafie tidak tahu menahu apa kegiatan berlaku di Sabah.
Baru di peringkat cadangan menyediakan pulau untuk penempatan pelarian perang atau ekonomi dari negara jiran sekiranya berlaku lagi, kerana memgambil pengalaman semasa era 70an pelarian perang dari Mindanao Philipina. Pada ketika itu, kita terima bulat-bulat dan memberi penempatan beberapa lokasi di Telipok Ria dan Kinarut Papar kepada mereka (PTI). Ini adalah satu kesilapan besar kerana kesannya telah membawa kerosakan besar dalam sosial kerana budaya ganas dan nagatif telah melanda dalam masyarakat kita.
Ramai yang salah faham dengan kerajaan Warisan beranggapan memberi layanan istimewa kepada pelarian haram ini, sehinggakan diberi sebuah pulau sedangkan masih ramai rakyat tidak mempunyai tanah sendiri. Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh kerajaan hanya tempat transit sementara bukanlah mereka duduk sepanjang hayat mereka di sana.
Usaha-usaha kerajaan untuk menuntaskan mengurus anak-anak tanpa negara dari perkahwinan tanpa pendaftaran, mendokumentasikan pendatang tanpa izin diserap sebagai tenaga kerja, memberi dokumen seperti surat beranak daftar lewat kepada warganegara yang tinggal di pendalaman adalah menurut undang-undang yang sah wajar disokong dan diberikan kerjasama oleh semua pihak.
Permasalahan ini adalah tinggalan Barisan Nasional yang tidak pernah ambil tahu semasa mereka berkuasa berhubung perkara ini. Kalau kita tidak bertindak dari sekarang akan menjadi masalah buat selama-lamanya dan akan mengganggu sistem pentadbiran tidak berpenghujungnya.
Soraya
Comments