PINDAAN PERKARA 1(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN LANGKAH PERTAMA DAPATKAN HAK SABAH, SARAWAK




PINDAAN PERKARA 1(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN LANGKAH PERTAMA DAPATKAN HAK SABAH, SARAWAK

Rang undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 berkaitan pemulihan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dibentangkan di Dewan Rakyat tetapi wakil parlimen pembangkang dari Sabah dan Sarawak, mahu
usul itu ditarik balik atas alasan mereka tidak di bawa berunding terlebih dulu sedangkan dalam jawatankuasa kabinet telah ada wakil yang mencukup termasuk ketua menteri dan pegawai tinggi dari negeri masing-masing.

Dr. Jeffrey Kitingan di angkat sebagai hero oleh penyokongnya kerana menentang usul itu kerana menurut beliau pindaan itu hanya di atas kertas tetapi tidak membawa makna apa-apa yang selaras dengan tuntutan kedua buah negeri, namun pun intisari pindaan itu Malaysia dibentuk tiga entiti sebagaimana MA63 asal.

Dr.Jeffrey Kitingan melihat jawatan kuasa kabinet yang diwakili ketua menteri dan pegawai tinggi kerajaan tersangat bodoh, tidak patrotik berbanding dirinya yang rasis itu. Sentiasa meneguk di air yang keruh mempolitikan apa saja asalkan melonjakan popularitinya. Kalau ada keikhlasan beliau buat satu cadangan kemukakan kepada jawatan kuasa kabinet untuk dipertimbangkan bukan caranya terus memaku mati dan menuduh keputusan jawatan kabinet berniat jahat dan merugikan Sabah.

Jangan salahkan kerajaan jika tuntutan ini gagal dicapai akibat bangkangan pembangkang, gara-gara tidak berpuas hati kerana mereka tidak terlibat dalam jawatankuasa kabinet untuk meminda Perkara 2(1) Sabah dan Sarawak menjadi rakan kongsi selaras semangat MA63.

Soraya Kigis
Kota Kinabalu
8 April

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?