Posts

Showing posts from July, 2021

JANJI BUKAN UNTUK DIRAYU TAPI UNTUK DITUNAIKAN

Image
Gambar Hiasan 1.Selepas pembentukan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan Persekutuan telah melengahkan tuntutan 40 peratus daripada hasil negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. "Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima pemberian khas (Special Grant) dan hasil kewangan tambahan seperti berikut:- 40% Hasil Bersih yang diperolehi oleh Persekutuan dibawah Artikel 112C dan Item 2(b) Bahagian IV, Jadual Ke-10; (2) Duti impot dan eksais keatas produk petroleum yang diimpot ke Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 1 Bahagian V, Jadual Ke-10; (3) 10% Duti ekspot keatas minyak dan gas dari Sabah sebagai mengganti bayaran royalty sehingga 10% nilai ad valorem dan memandangkan royalty tidak pernah dibenarkan dikutip oleh Kerajaan Sabah maka 10% duti ekspot tersebut harus dibayar kepada Kerajaan Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 3 Bahagian V, Jadual Ke-10. 2.Bibit-bibit anti Persekutuan berterusan sampai ke hari ini, k

JANGAN BIAR BUDAYA "KABEL POLITIK" TENTUKAN MASA DEPAN PENJAWAT AWAM SABAH

Image
Gambar Hiasan 1.Campur tangan politik terhadap organisasi perkhidmatan awam hanya akan menyebabkan kacau-bilau di dalam jabatan kerajaan. Sebarang urusan di dalam organisasi perkhidmatan awam perlu diuruskan sendiri oleh ketua jabatan masing-masing termasuklah pertukaran pegawai. 2.Institusi awam mesti dibebaskan daripada dipengaruhi oleh campur tangan kerana dibimbangi penjawat awam terpaksa mengikut arahan orang politik termasuk memberi tekanan kepada musuh politik mereka. Keadaan itu akan menjejaskan kestabilan negara dan mencetuskan sabotaj terhadap kerajaan sedia ada jika berlaku peralihan kuasa. 3.Kita mahu perkhidmatan awam bebas dan berkhidmat dengan kerajaan sedia ada itu konsepnya. Kalau ada campur tangan politik apabila berlakunya peralihan kuasa nanti, kecenderungan individu yang dilantik oleh parti lain masih lagi ada dan akan muncul sabotaj, 'deep state' dan tak mahu bekerjasama. Ini tidak baik kepada kelicinan pentadbiran negara. 4.Pertukaran kakitangan a