Posts

JANJI BUKAN UNTUK DIRAYU TETAPI UNTUK DILAKSANAKAN

Image
1.Selepas pembentukan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan Persekutuan telah melengahkan tuntutan 40 peratus daripada hasil negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. "Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima pemberian khas (Special Grant) dan hasil kewangan tambahan seperti berikut:- 40% Hasil Bersih yang diperolehi oleh Persekutuan dibawah Artikel 112C dan Item 2(b) Bahagian IV, Jadual Ke-10; (2) Duti impot dan eksais keatas produk petroleum yang diimpot ke Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 1 Bahagian V, Jadual Ke-10; (3) 10% Duti ekspot keatas minyak dan gas dari Sabah sebagai mengganti bayaran royalty sehingga 10% nilai ad valorem dan memandangkan royalty tidak pernah dibenarkan dikutip oleh Kerajaan Sabah maka 10% duti ekspot tersebut harus dibayar kepada Kerajaan Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 3 Bahagian V, Jadual Ke-10. 2.Bibit-bibit anti Persekutuan berterusan sampai ke hari ini, keadaan ini sem

MENTERI GRS AKUI TUDUHAN WARISAN MEMBERIKAN IC KEPADA PTI ADALAH FITNAH

Image
Seorang Menteri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mengesahkan bahawa Kerajaan Warisan yang terdahulu tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan diri atau MyKad kepada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah. Dalam sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri Sabah semalam, Datuk Abidin Madingkir yang merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan Naib Presiden STAR telah mengaku bahawa Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan diri kepada mana-mana individu. Beliau menjawab satu persoalan tentang isu yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini, di mana kad pengenalan dikatakan telah diberi kepada PTI. Susulan itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal telah mencelah untuk mendapat kepastian. “Jadi kamu kata, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa memgeluarkan MyKad, betul?” “Saya cuma mahu dapat kepastian kerana di luar sana, khususnya semasa Pilihan Raya, macam-macam tuduhan dilempar terhadap saya, kononnya saya bagi MyKad.” “Tapi sejak bila pula Ketua

KM SABAH PERLU BENTANGKAN DAN MENJELASKAN PANDANGAN SERTA KEPUTUSAN KABINET NEGERI MENGENAI NSA

Image
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mesti menyatakan pendirian dan keputusannya berhubung Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA) yang kontroversi serta menjelaskan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut, kata Adun Moyog Datuk Darell Leiking. Beliau berkata, Ketua Menteri perlu berbuat demikian dengan membentangkan NCA di Dewan Undangan Negeri secara telus dan mendedahkan maklumat mengenai perjanjian itu. “Saya ingin bertanya kepada Ketua Menteri mengenai NCA, yang tular di media sosial, laman web dan menerima banyak kritikan, yang dilaporkan ditandatangani pada 30 Okt 2021. “Tidak banyak maklumat berhubung NCA telah didedahkan atau dikeluarkan dan tambahan pula, ia dibuat secara senyap-senyap dan orang ramai mempunyai banyak persoalan mengenainya. “Malah, tiga hari lalu, Pejabat Peguam Besar Negeri telah mengeluarkan Surat Tanpa Prejudis dan menunjukkan kebimbangannya dan saya yakin ada dalam Kabinet Negeri yang turut bimbang. “Oleh itu, kami ingin mengetahui pendir

SEMPORNA MEMBANGUN DI BAWAH KEPIMPINAN SHAFIE APDAL

Image
Mengulas kecaman saudara Azrul Arosa yang telah mendakwa bahawa Shafie Apdal gagal membawa pembangunan khususnya di daerah semporna sepanjang beliau memegang jawatan menteri dan ahli parlimen Semporna. Di sini saya ingin menjelaskan mengapa saya memperkatakan bahawa tuduhan saudara tidak berasas sama sekali !! Sewaktu beliau memegang jawatan Ahli Parlimen Semporna di dalam Parti Umno lama dulu, sudah banyak kemajuan infrastruktur yang beliau telah bawa untuk daerah Semporna. Semua ini mampu memacu pertumbuhan ekonomi daerah ke arah daerah yang berdaya saing dan sesuai dengan keperluan asas masyarakat Semporna iaitu Pendidikan, Keselamatan dan Pelancongan. Dari segi aspek keselamatan ketika beliau memangku timbalan Menteri Pertahanan, beliau telah menyarankan kepada Kerajaan Pusat supaya Pangkalan TLDM Semporna dapat dibina untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan penduduk daerah semporna yang selama ini dihantui dengan pelbagai kes penculikan yang menjadi-jadi. Ketika itu, isu penculi

JANJI BUKAN UNTUK DIRAYU TAPI UNTUK DITUNAIKAN

Image
Gambar Hiasan 1.Selepas pembentukan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan Persekutuan telah melengahkan tuntutan 40 peratus daripada hasil negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. "Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima pemberian khas (Special Grant) dan hasil kewangan tambahan seperti berikut:- 40% Hasil Bersih yang diperolehi oleh Persekutuan dibawah Artikel 112C dan Item 2(b) Bahagian IV, Jadual Ke-10; (2) Duti impot dan eksais keatas produk petroleum yang diimpot ke Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 1 Bahagian V, Jadual Ke-10; (3) 10% Duti ekspot keatas minyak dan gas dari Sabah sebagai mengganti bayaran royalty sehingga 10% nilai ad valorem dan memandangkan royalty tidak pernah dibenarkan dikutip oleh Kerajaan Sabah maka 10% duti ekspot tersebut harus dibayar kepada Kerajaan Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 3 Bahagian V, Jadual Ke-10. 2.Bibit-bibit anti Persekutuan berterusan sampai ke hari ini, k

JANGAN BIAR BUDAYA "KABEL POLITIK" TENTUKAN MASA DEPAN PENJAWAT AWAM SABAH

Image
Gambar Hiasan 1.Campur tangan politik terhadap organisasi perkhidmatan awam hanya akan menyebabkan kacau-bilau di dalam jabatan kerajaan. Sebarang urusan di dalam organisasi perkhidmatan awam perlu diuruskan sendiri oleh ketua jabatan masing-masing termasuklah pertukaran pegawai. 2.Institusi awam mesti dibebaskan daripada dipengaruhi oleh campur tangan kerana dibimbangi penjawat awam terpaksa mengikut arahan orang politik termasuk memberi tekanan kepada musuh politik mereka. Keadaan itu akan menjejaskan kestabilan negara dan mencetuskan sabotaj terhadap kerajaan sedia ada jika berlaku peralihan kuasa. 3.Kita mahu perkhidmatan awam bebas dan berkhidmat dengan kerajaan sedia ada itu konsepnya. Kalau ada campur tangan politik apabila berlakunya peralihan kuasa nanti, kecenderungan individu yang dilantik oleh parti lain masih lagi ada dan akan muncul sabotaj, 'deep state' dan tak mahu bekerjasama. Ini tidak baik kepada kelicinan pentadbiran negara. 4.Pertukaran kakitangan a

HAYATI ERTI UNITY DI AIDILFITRI

Image
Setelah sebulan berpuasa, tibalah masanya kita menyambut hari raya. Aidilfitri adalah sambutan kemenangan. Kegembiraan bagi orang berpuasa adalah apabila ia berbuka, dan apabila bertemu dengan tuhannya. Puasa adalah ibarat sebuah perjuangan. Ia mengajar manusia untuk berdisiplin, memperbaiki diri dalam masa yang sama merasai kesusahan dan kelaparan orang lain yang selama ini hidup dalam keadaan serba kekurangan. Ramadhan mengajar kita untuk menghayati perkataan U.N.I.T.Y yang selama ini menjadi slogan dan roh perjuangan rakyat. Marilah kita sama sama mengkoreksi diri adakah benar, perkataan Unity ini adakah benar benar kita amalkan atau sekadar hanya kata kata. Unity yang sebenar datang dari hati yang ikhlas ingin melihat masa depan yang lebih baik. Masa depan akan jadi lebih baik apabila sesama kita saling bantu membantu , tiada prasangka, tidak saling dengki mendengki, dan sebagainya. Sebaliknya, marilah kita maju ke depan bersama. Saling sokong menyokong dan saling bantu membantu.