JANJI BUKAN UNTUK DIRAYU TETAPI UNTUK DILAKSANAKAN
1.Selepas pembentukan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan Persekutuan telah melengahkan tuntutan 40 peratus daripada hasil negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
"Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima pemberian khas (Special Grant) dan hasil kewangan tambahan seperti berikut:-
40% Hasil Bersih yang diperolehi oleh Persekutuan dibawah Artikel 112C dan Item 2(b) Bahagian IV, Jadual Ke-10;
(2) Duti impot dan eksais keatas produk petroleum yang diimpot ke Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 1 Bahagian V, Jadual Ke-10;
(3) 10% Duti ekspot keatas minyak dan gas dari Sabah sebagai mengganti bayaran royalty sehingga 10% nilai ad valorem dan memandangkan royalty tidak pernah dibenarkan dikutip oleh Kerajaan Sabah maka 10% duti ekspot tersebut harus dibayar kepada Kerajaan Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 3 Bahagian V, Jadual Ke-10.
2.Bibit-bibit anti Persekutuan berterusan sampai ke hari ini, keadaan ini semakin memburuk kerana peningkatan kesedaran generasi muda yang telah menerima pendidikan tinggi, manakala generasi lama merasa kecewa dengan pengalaman bersama Persekutuan bermula dengan perdana menteri Tunku Abdul Rahman hinggalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
3.Sabah bukan tidak mahu berkongsi kuasa dengan Malaya kerana "system centralization" adalah termaktub dalam Perlembagaan tetapi Sabah dan Sarawak mempunyai "hak keistimewaan" berbanding negeri-negeri Melayu kerana masih terikat dengan MA63.
4.Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia tetapi bersama-sama membentuk Malaysia dengan menyertai proses rundingan untuk membentuk Malaysia. Oleh itu, Sabah boleh dikatakan sebagai satu entiti yang sangat signifikan. Jika tiada peranan Sabah dan Sarawak pada masa itu, Persekutuan Malaysia yang ada pada hari ini mungkin tidak akan wujud.
5.Sungguhpun MA63 telah menjadi agenda utama setiap kerajaan negeri tetapi tidak pernah menjadi kenyataan sejak 1963-2021(58 tahun), malahan menjadi puaka pada setiap pemimpin yang membangkitkan isu MA63 yang padahnya akan kehilangan kuasa atau kerajaannya akan hancur.
6.Keadaan ini berulang kali berlaku kerana kesilapan pemimpin dan rakyat Sabah itu sendiri, akibat ketamakan sanggup membelakangkan maruah negeri ini kerana lebih mementingkan keuntungan diri sendiri.
7.Akibat sikap yang bodoh dan buruk ini, pemimpin Malaya sering mengambil kesempatan dengan memberi habuan kemewahan dan perlindungan pada pemimpin dan rakyat yang menyokong agenda mereka untuk merampas kekayaan semulajadi Sabah anugerah Allah.
8.Pemimpin Sabah sanggup menjadi hamba pada Malaya untuk mengetuai parti-parti dari Malaya, manakala parti tempatan yang bersekutu dan bersekongkol dengan Malaya pula bukan kerana kepentingan rakyat dan negeri, tetapi kerana mengejar jawatan ketua menteri dan jawatan yang lain untuk mendapat pulangan yang lumayan.
9.Akibat kejahilan pemimpin Sabah yang sanggup menjadi hamba Malaya, sehingga rakyat Sabah dihina tidak bertamadun masih tinggal di atas pokok dan bercawat. Malahan digelar bodoh tidak pandai mengurus negeri sendiri, sehingga Sabah tergolong negeri yang paling miskin di Malaysia tetapi ajaibnya penyumbang KDNK ke tiga terbesar pada negara.
10.Rakyat Sabah masih belum berani berdikari sendiri untuk menerokai kekayaan alam semulajadi yang begitu kaya anugerah Tuhan ini, kerana masih dibayangi oleh penipuan-penipuan pemimpin jahat, kononnya tanpa Malaya negeri ini tidak dapat dibangunkan dan akan menjadi mundur.
11.Ironinya, jangan biarkan pemimpin yang jahat untuk terus memperkotak-katikkan kita tetapi sebaliknya rakyat Sabah perlu bertekad bersama-sama dengan parti dan pemimpin yang mempunyai kesungguhan untuk mengangkat martabat negeri ini yang ada kemahuan untuk melepaskan Sabah dari kemiskinan.
Sejarah tercipta untuk dipelajari.
"Dan sejarah kita harus kekal jujur dan murni.
Jangan sampai dipalitkan kembali seksa dan keruntuhan jatidiri, hanya kerana ketamakan pemimpin.
“Jika anda ingin menilai watak seseorang, maka berikanlah beliau KUASA” -Abraham Lincoln
Berfikir dengan benar, bertindak dengan benar!!
Comments