Posts

Showing posts from 2021

MENTERI GRS AKUI TUDUHAN WARISAN MEMBERIKAN IC KEPADA PTI ADALAH FITNAH

Image
Seorang Menteri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mengesahkan bahawa Kerajaan Warisan yang terdahulu tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan diri atau MyKad kepada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah. Dalam sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri Sabah semalam, Datuk Abidin Madingkir yang merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan Naib Presiden STAR telah mengaku bahawa Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan diri kepada mana-mana individu. Beliau menjawab satu persoalan tentang isu yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini, di mana kad pengenalan dikatakan telah diberi kepada PTI. Susulan itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal telah mencelah untuk mendapat kepastian. “Jadi kamu kata, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa memgeluarkan MyKad, betul?” “Saya cuma mahu dapat kepastian kerana di luar sana, khususnya semasa Pilihan Raya, macam-macam tuduhan dilempar terhadap saya, kononnya saya bagi MyKad.” “Tapi sejak bila pula Ketua

KM SABAH PERLU BENTANGKAN DAN MENJELASKAN PANDANGAN SERTA KEPUTUSAN KABINET NEGERI MENGENAI NSA

Image
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mesti menyatakan pendirian dan keputusannya berhubung Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA) yang kontroversi serta menjelaskan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut, kata Adun Moyog Datuk Darell Leiking. Beliau berkata, Ketua Menteri perlu berbuat demikian dengan membentangkan NCA di Dewan Undangan Negeri secara telus dan mendedahkan maklumat mengenai perjanjian itu. “Saya ingin bertanya kepada Ketua Menteri mengenai NCA, yang tular di media sosial, laman web dan menerima banyak kritikan, yang dilaporkan ditandatangani pada 30 Okt 2021. “Tidak banyak maklumat berhubung NCA telah didedahkan atau dikeluarkan dan tambahan pula, ia dibuat secara senyap-senyap dan orang ramai mempunyai banyak persoalan mengenainya. “Malah, tiga hari lalu, Pejabat Peguam Besar Negeri telah mengeluarkan Surat Tanpa Prejudis dan menunjukkan kebimbangannya dan saya yakin ada dalam Kabinet Negeri yang turut bimbang. “Oleh itu, kami ingin mengetahui pendir

SEMPORNA MEMBANGUN DI BAWAH KEPIMPINAN SHAFIE APDAL

Image
Mengulas kecaman saudara Azrul Arosa yang telah mendakwa bahawa Shafie Apdal gagal membawa pembangunan khususnya di daerah semporna sepanjang beliau memegang jawatan menteri dan ahli parlimen Semporna. Di sini saya ingin menjelaskan mengapa saya memperkatakan bahawa tuduhan saudara tidak berasas sama sekali !! Sewaktu beliau memegang jawatan Ahli Parlimen Semporna di dalam Parti Umno lama dulu, sudah banyak kemajuan infrastruktur yang beliau telah bawa untuk daerah Semporna. Semua ini mampu memacu pertumbuhan ekonomi daerah ke arah daerah yang berdaya saing dan sesuai dengan keperluan asas masyarakat Semporna iaitu Pendidikan, Keselamatan dan Pelancongan. Dari segi aspek keselamatan ketika beliau memangku timbalan Menteri Pertahanan, beliau telah menyarankan kepada Kerajaan Pusat supaya Pangkalan TLDM Semporna dapat dibina untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan penduduk daerah semporna yang selama ini dihantui dengan pelbagai kes penculikan yang menjadi-jadi. Ketika itu, isu penculi

JANJI BUKAN UNTUK DIRAYU TAPI UNTUK DITUNAIKAN

Image
Gambar Hiasan 1.Selepas pembentukan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan Persekutuan telah melengahkan tuntutan 40 peratus daripada hasil negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. "Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima pemberian khas (Special Grant) dan hasil kewangan tambahan seperti berikut:- 40% Hasil Bersih yang diperolehi oleh Persekutuan dibawah Artikel 112C dan Item 2(b) Bahagian IV, Jadual Ke-10; (2) Duti impot dan eksais keatas produk petroleum yang diimpot ke Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 1 Bahagian V, Jadual Ke-10; (3) 10% Duti ekspot keatas minyak dan gas dari Sabah sebagai mengganti bayaran royalty sehingga 10% nilai ad valorem dan memandangkan royalty tidak pernah dibenarkan dikutip oleh Kerajaan Sabah maka 10% duti ekspot tersebut harus dibayar kepada Kerajaan Sabah dibawah Artikel 112C dan Item 3 Bahagian V, Jadual Ke-10. 2.Bibit-bibit anti Persekutuan berterusan sampai ke hari ini, k

JANGAN BIAR BUDAYA "KABEL POLITIK" TENTUKAN MASA DEPAN PENJAWAT AWAM SABAH

Image
Gambar Hiasan 1.Campur tangan politik terhadap organisasi perkhidmatan awam hanya akan menyebabkan kacau-bilau di dalam jabatan kerajaan. Sebarang urusan di dalam organisasi perkhidmatan awam perlu diuruskan sendiri oleh ketua jabatan masing-masing termasuklah pertukaran pegawai. 2.Institusi awam mesti dibebaskan daripada dipengaruhi oleh campur tangan kerana dibimbangi penjawat awam terpaksa mengikut arahan orang politik termasuk memberi tekanan kepada musuh politik mereka. Keadaan itu akan menjejaskan kestabilan negara dan mencetuskan sabotaj terhadap kerajaan sedia ada jika berlaku peralihan kuasa. 3.Kita mahu perkhidmatan awam bebas dan berkhidmat dengan kerajaan sedia ada itu konsepnya. Kalau ada campur tangan politik apabila berlakunya peralihan kuasa nanti, kecenderungan individu yang dilantik oleh parti lain masih lagi ada dan akan muncul sabotaj, 'deep state' dan tak mahu bekerjasama. Ini tidak baik kepada kelicinan pentadbiran negara. 4.Pertukaran kakitangan a

HAYATI ERTI UNITY DI AIDILFITRI

Image
Setelah sebulan berpuasa, tibalah masanya kita menyambut hari raya. Aidilfitri adalah sambutan kemenangan. Kegembiraan bagi orang berpuasa adalah apabila ia berbuka, dan apabila bertemu dengan tuhannya. Puasa adalah ibarat sebuah perjuangan. Ia mengajar manusia untuk berdisiplin, memperbaiki diri dalam masa yang sama merasai kesusahan dan kelaparan orang lain yang selama ini hidup dalam keadaan serba kekurangan. Ramadhan mengajar kita untuk menghayati perkataan U.N.I.T.Y yang selama ini menjadi slogan dan roh perjuangan rakyat. Marilah kita sama sama mengkoreksi diri adakah benar, perkataan Unity ini adakah benar benar kita amalkan atau sekadar hanya kata kata. Unity yang sebenar datang dari hati yang ikhlas ingin melihat masa depan yang lebih baik. Masa depan akan jadi lebih baik apabila sesama kita saling bantu membantu , tiada prasangka, tidak saling dengki mendengki, dan sebagainya. Sebaliknya, marilah kita maju ke depan bersama. Saling sokong menyokong dan saling bantu membantu.

PERIKSA HAID PELAJAR PEREMPUAN BUKAN NORMA, AGAMA, ATAU BUDAYA, KATA BEKAS MENTERI PENDIDIKAN MASZLEE MALIK

Image
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mengecam pemeriksaan kemaluan bagi mengesahkan dakwaan pelajar yang mengadu datang haid, mengatakan ia bukan norma mahupun agama atau budaya. Maszlee berkata menggunakan disiplin dan pendidikan sebagai alasan untuk memeriksa kemaluan seseorang sama sekali tidak wajar dalam mana-mana kaedah pengajaran, budaya, agama atau norma. “Nyata ia mencabuli kebersendirian seseorang dan suatu bentuk gangguan fizikal dan penderaan,” katanya di Facebook. Maszlee, yang juga bekas pensyarah berkata, pendidikan haruslah mengasuh integriti, martabat, rasa tanggungjawab, dan saling hormati-menghormati. “Amalan periksa haid oleh guru di sekolah menjatuhkan maruah dan tidak wajar; semestinya tidak patut berlaku di mana sahaja, apatah lagi di institusi pembelajaran. “Kes yang dilaporkan itu memalukan komuniti (pendidik) dan mesti dihentikan dan dikutuk. Anak-anak kita haruslah selamat di sekolah dan dilindungi dari sebarang bentuk bahaya dan penderaan.” Mas

GELOMBANG KEMARAHAN RAKYAT EKORAN 6 INDIVIDU DI TAHAN DI KAMPUNG MUHIBAH RAYA, TAWAU

Image
Semalam, seramai enam individu telah ditahan polis kerana menunjuk perasaan di hadapan sekatan jalan raya di Kampung Muhibah Raya, Tawau. Kesemua individu tersebut telah dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut termasuk dikompaun dan juga lima buah motorsikal yang digunakan mereka dalam demontrasi itu.  Alasan mereka melakukan demonstrasi tersebut kerana ingin memprotes keadaan keluarga mereka yang tinggal di kampung berkenaan yang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilanjut tempoh PKPD sehingga mereka kekurangan bekalan makanan dan tidak dapat menjalankan aktiviti harian kerana majoriti penduduk kampung bekerja sendiri.  Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memerlukan bantuan diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Belanjawan 2021 agar sampai kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin dan tepat pada masanya. Sedangkan ada  peruntukan yang sudah dilulu

KRI NANGGALA 402 DISAHKAN TENGGELAM PADA KEDALAMAN 850 METER

Image
Mula hilang dari radar sejak 21 April lalu, kapal selam dari Indonesia ini nampaknya telah menjadi perhatian dunia selepas tidak menerima sebarang signal daripada pihak kapal. Kehilangan kapal ini secara tidak langsung turut mendorong beberapa negara seperti Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat bergabung tenaga dalam mencari kapal selam yang dinamakan sebagai KRI-Nanggala 402 ini. Lebih membuatkan orang ramai risau, kapal KRI-Nanggala ini dilaporkan cuma mempunyai bekalan oksigen setakat hari ini sahaja. Terbaharu, menerusi laporan daripada Times Indonesia, Panglima Tentera Negara Indonesia Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan KRI-Nanggala 402 disahkan tenggelam. Terdapatnya tumpahan minyak dan serpihan kepingan antara yang menjadi bukti kukuh tenggelamnya kapal KRI-Nanggala 402. Sumber: The Vocket

KERANA SAYANGKAN SABAH SHAFIE TETAP PUJUK PELABUR DATANG WALAUPUN KEADAAN POLITIK TIDAK STABIL

Image
KOTA KINABALU: Walaupun tidak lagi memimpin negeri ini, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengakui masih berusaha memujuk pelabur-pelabur yang pernah merancang untuk melabur ke Sabah agar meneruskan niat mereka demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu berkata, beliau tetap melakukannya kerana sedar peranannya sebagai pemimpin tetap ada walaupun sebagai pembangkang, malah masih terus berhubung dengan para pelabur tersebut sehingga kini. Menurut beliau, kebanyakkan pelabur berkenaan telah bersedia datang ke Sabah sebelum ini tetapi situasi politik yang kurang stabil menyebabkan mereka ragu-ragu untuk meneruskan pelaburan. “Pelabur yang banyak sebenarnya pada masa itu mahu datang ke Sabah tetapi bila WARISAN bukan lagi kerajaan mereka berhubung dengan saya, saya kata tolonglah datang. “Mereka kata kami tidak yakin dengan kestabilan semasa Malaysia, saya galakan tetapi oleh kerana mereka menyatakan mereka agak bimbang jadi saya kata terpulang

PERUBAHAN STATUS SABAH DAN SARAWAK PERLU DIBAWA KE PARLIMEN UNTUK DIBAHASKAN

Image
KOTA KINABALU: Beberapa ahli politik Sabah mahu tahu sama ada perubahan status Sabah dan Sarawak daripada “negeri” kepada “wilayah” sekadar pada nama atau ia menandakan perubahan sebenar. Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking (gambar) berkata, sebarang perubahan pada status Sabah dan Sarawak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan. Ahli Parlimen Penampang itu berkata, mengubah status tanpa mengembalikan hak dua negeri itu, seperti termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tiada gunanya. Katanya, Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, malah dari semenanjung perlu diberi peluang menyuarakan pendapat mereka mengenai isu itu dan mencapai kata sepakat berhubung status berkenaan, serta paling penting ialah apa yang dihutang kepada dua negeri itu. “Kerana ini berkaitan perubahan yang membentuk persekutuan – apabila kita mahu membentuk semula, menamakan semula dan mengubah konteks persekutuan – ini perlu dibawa ke Parlimen,” katanya kepada FMT. “Perubahan nama adalah bagus, tet

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEKALIAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Image
Ramadan Mubarak 2021 menjelang lagi, ini bermakna sudah dua kali umat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang penuh barakah dan nikmat ini dalam suasana pandemik COVID-19. Bagi umat Islam di seluruh dunia, Ramadan merupakan bulan suci di mana amalan berpuasa merupakan satu daripada lima Rukun Islam. Ramadan adalah bulan kesembilan dalam kalendar lunar di mana kira-kira satu setengah bilion umat Islam menahan diri daripada makan dan minum bermula dari waktu subuh sehinggalah senja selama 12 hingga 20 jam bergantung kepada musim dan lokasi. Malangnya, ini tahun kedua umat Islam berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang menyaksikan mereka melakukan ibadah berpuasa dalam keadaan serba baharu. Seperti tahun sebelumnya, tradisi dan tingkah laku norma sepanjang Ramadan seperti berbuka puasa atau iftar dan solat sunat Tarawih secara beramai-ramai dilarang kerajaan bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai penjarakan sosial. Amalan tradisi dengan kembali ke kampung halaman

SHAFIE AKUI TIDAK OBSES UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI,ANGGAP IA ADALAH CADANGAN YANG BAIK

Image
KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui dirinya tidak obses untuk menjadi Perdana Menteri meskipun pernah dicalonkan untuk memegang jawatan itu. Beliau berkata, pada ketika itu apa yang difikirkan ia adalah satu perubahan yang baik jika pemimpin nombor satu negara datang daripada luar Semenanjung kerana tidak pernah sebelum ini wakil dari Sabah atau Sarawak yang memegang jawatan tersebut. “Saya tidak obses untuk jadi Perdana Menteri tapi saya lihat ini satu cadangan (yang baik dan) tidak jadi masalah kerana sudah 63 tahun negara kita merdeka tetapi tidak ada satu pun pemimpin (Perdana Menteri) dari Sabah atau Sarawak. “Takkanlah selama ini pemimpin negara hanya berada di Kedah, Johor, Pulau Pinang atau Pahang sahaja,” katanya ketika menjadi tetamu IG Live Sinar bertajuk Calon PM ke-9 Masih Samar yang disiar secara langsung melalui platform media sosial Sinar Harian pada malam Jumaat. Program yang berlangsung selama sejam itu dikendal

MUHYIDDIN JANGAN SYOK SENDIRI,SEGERA BUAT PINDAAN PERKARA 1(2) DI DEWAN RAKYAT,

Image
Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa Sabah dan Sarawak merupakan Wilayah cuma langkah "syok sendiri", melainkan pindaan dibuat kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, kata Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong. "Terima kasih. Tetapi ini jelas gimik pilihan raya. PM kata PN perlu menang besar untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Tetapi tiada siapa-siapa menghalang beliau meneruskan Parlimen," katanya. Junz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Aru berkata, Parlimen harus bersidang untuk memberi kesan kepada perisytiharan Sabah sebagai sebuah wilayah. "Apabila ia diumum begitu sahaja, itu kita panggil 'syok sendiri'. Kita panggil Sabah sebuah wilayah, tetapi intipati sesebuah wilayah itu tidak ada. "Hak minyak dan gas masih dinafikan, hak-hak pengeksportan masih perlu kelulusan Malaya, Perjanjian MA63 masih tidak ditunaikan. Jadi syok sendiri sajalah." "Dalam Perkara 1(2) Perlembaga

KENAPA WARISAN PILIHAN TEPAT UNTUK ANAK SABAH?

Image
Semangat orang Sarawak mengurus negeri mereka sendiri adalah lebih yakin berbanding dengan orang Sabah yang lebih mementingkan survival politik sendiri sanggup berselindung dengan parti luar dari Malaya seperti PPBM dan UMNO. Sejarah politik Sabah bukan lagi menjadi satu rahsia umum, persaingan di antara agama Islam dan Kristian sudah berakar umbi tetapi pada realitinya hubungan kedua-dua agama ini adalah paling mantap tetapi ada segelintir ahli politik mengambil kesempatan menggunakan isu agama dan suku hanya semata-mata untuk meraih sokongan politik saja. Kemuncak hubungan agama yang paling teruk adalah semasa pemerintahan parti PBS, menjadi kerajaan dari 1985-1994 yang disifatkan sebuah kerajaan Kristian sehingga bumiputera Islam sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk melebarkan sayapnya di Sabah untuk menggantikan peranan USNO. Pada ketika itu, pemimpin bumiputera Islam saling bercakaran, dan parti USNO menjadi lemah kerana menjadi parti miskin dan logistiknya tidak teratur. Jika d

TIDAK BERSAMA PN BUKTI JELAS DSSA MEMPUNYAI VISI POLITIK YANG MEMBERI KEBAIKAN KEPADA SABAH

Image
Datuk Seri Shafie Apdal mempunyai ketajaman ramalan politik negara, setanding pemikiran negarawan Tun Mahathir kerana tidak turut bersama dalam pembentukan kerajaan PN. Bukannya kerana beliau sombong walaupun pernah diberi tawaran untuk mengekalkan kerajaan Warisan. Sekiranya Datuk Shafie Apdal mempunyai kedangkalan memahami politik negara, sudah pasti beliau telah menerima tawaran PN dan akan terperangkap dengan keadaan semasa di mana kestabilan politik tidak menentu, ekonomi hancur, pengangguran ke tahap yang membimbangkan dan kos hidup semakin tinggi akibat kenaikan harga barang yang gagal dikawal. Tidak sampai setahun walaupun Warisan menerima kekalahan dalam PRNS16, tetapi telah menjadi perhatian kembali kerana sudah ada parti lain menawarkan kerjasama untuk menghadapi spekulasi bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh hanya menunggu waktu. Ramai melihat kerajaan PN sekarang tidak ada strategi untuk membawa dasar bagi membela rakyat seba

TIDAK TAHAN JADI PEMBANGKANG,LDP DIJANGKA SERTAI PN

Image
KOTA KINABALU: Bekas parti komponen Barisan Nasional Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP) dilihat hampir pasti menyertai Perikatan Nasional (PN). Presidennya, Chin Su Phin tidak mengiakan spekulasi parti itu akan menjadi ahli terbaru gabungan pemerintah itu selepas Gerakan, tetapi memberi petunjuk LDP bersedia melakukannya. “Mungkin benar, mungkin tidak,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas, sebelum menambah: “Kemungkinan besar (sertai PN), tunggu ia berlaku secara semula jadi.” “Apa saja mungkin berlaku dalam politik. Sesiapa saja yang kita sertai, tujuannya ialah berkhidmat kepada rakyat.” Pada pilihan raya negeri (PRN) September tahun lalu, LDP berkata, ia tidak akan menyertai gabungan atau parti lain kerana percaya ia boleh membuat kejutan sebagai kuasa ketiga dalam pilihan raya itu. Parti itu bertanding 46 kerusi, tetapi kalah semuanya, termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri Api-api yang ditandingi Chin dan Inanam oleh bekas ketua menteri, Chong Kah Kiat dalam cubaannya unt

HAJIJI BELAKANGKAN ASPIRASI ANAK SABAH

Image
“Sabah Untuk Malaysia” yang cuba dipopularkan oleh ketua perhubungan PPBM Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor yang juga ketua menteri Sabah suatu ketika dahulu, sebenarnya dengan penuh sarkastik menyindir setengah parti yang membawa slogan “Sabah for Sabahan” dalam perjuangan mereka. Menurut beliau itu hanya retorik politik yang berpandangan sempit, hanya semata-mata berniat memancing sokongan rakyat, tidak lebih dari itu. Sekali lagi, Datuk Hajiji Mohd Noor cuba mempengaruhi rakyat Sabah agar berkiblatkan dengan parti dari Malaya tetapi kali ini melalui parti PPBM. Menurutnya lagi hubungan dengan Persekutuan wajar dirapatkan jika rakyat Sabah mahu menikmati kemajuan secara berterusan. Namun selama 15 tahun Musa Aman sebagai ketua menteri Sabah, apa pemimpin Barisan Nasional Sabah seperti Musa Aman dan Hajiji lakukan untuk Sabah? Apakah aspirasi rakyat Sabah tercapai selama UMNO menjadi pemerintah di Sabah? Apakah parti yang berasaskan Melayu ini mengangkat martabat Sabah agar keluar dari ne