HAJIJI BELAKANGKAN ASPIRASI ANAK SABAH



“Sabah Untuk Malaysia” yang cuba dipopularkan oleh ketua perhubungan PPBM Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor yang juga ketua menteri Sabah suatu ketika dahulu, sebenarnya dengan penuh sarkastik menyindir setengah parti yang membawa slogan “Sabah for Sabahan” dalam perjuangan mereka. Menurut beliau itu hanya retorik politik yang berpandangan sempit, hanya semata-mata berniat memancing sokongan rakyat, tidak lebih dari itu. Sekali lagi, Datuk Hajiji Mohd Noor cuba mempengaruhi rakyat Sabah agar berkiblatkan dengan parti dari Malaya tetapi kali ini melalui parti PPBM.

Menurutnya lagi hubungan dengan Persekutuan wajar dirapatkan jika rakyat Sabah mahu menikmati kemajuan secara berterusan. Namun selama 15 tahun Musa Aman sebagai ketua menteri Sabah, apa pemimpin Barisan Nasional Sabah seperti Musa Aman dan Hajiji lakukan untuk Sabah? Apakah aspirasi rakyat Sabah tercapai selama UMNO menjadi pemerintah di Sabah? Apakah parti yang berasaskan Melayu ini mengangkat martabat Sabah agar keluar dari negeri miskin menjadi sebuah negeri maju?
Walhal Musa Aman mempunyai lebih daripada cukup, masa untuk memenuhi janji Pilihan Raya Umum (PRU) 1994 yang dibuat oleh UMNO Sabah untuk melahirkan Sabah Baharu.

Kini, Datuk Hajiji Mohd Noor menjadi ketua menteri Sabah dalam GRS, namun kegagalan bermuafakat antara kedua parti, Bersatu dan UMNO sudah membawa kepada ketegangan dan perbalahan secara terbuka sehingga menimbulkan tanda tanya apakah kerajaan PN mampu bertahan lebih lama.

Semua pihak mengetahui bahawa Kerajaan PN yang didukung BN, BERSATU, PAS, GPS (Sarawak) dan GRS (Sabah) bukanlah sebuah kerajaan yang kukuh apabila mengambil-alih di atas keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu. Namun dengan majoriti yang terlalu tipis ia kekal memerintah.

Dengan jelas jika dibuat perbandingan hala tuju dan pencapaian Warisan sangat jelas walaupun hanya dalam usia 26 bulan, berbanding GRS/UMNO selama 6 bulan/24 tahun adalah amat ketara sekali berhubung tuntutan hak Sabah seperti yang termaktub dalam MA63.

Warisan-plus ;
17 perkara yang telah mendapat persetujuan adalah:

(i) Tuntutan Duti Eksport Balak Dan Hasil Hutan Di Negeri Sabah;

(ii) Pengedaran Gas Dan Kuasa Kawal Selia Elektrik Dan Gas Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(iii) Pelaksanaan Kerja Raya Persekutuan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(iv) Tenaga Buruh Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(v) Kuasa Negeri Ke Atas Isu Kesihatan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(vi) Pentadbiran Pulau Sipadan Dan Ligitan Di Negeri Sabah;

(vii) Isu Pertanian Dan Perhutanan;

(viii) Obligasi Kewangan Persekutuan Di Bawah Senarai Bersama;

(ix) Semakan Semula Pemberian Khas;

(x) Penangkapan Ikan, Perikanan Laut dan Muara;

(xi) Tanah Diberi Hakmilik Kepada Persekutuan di Negeri;

(xii) Kuasa Baki Perundangan Mengenai Alam Sekitar dan Pelancongan;

(xiii) Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Perjawatan);

(xiv) Penurunan Kuasa Kepada Mahkamah Sabah dan Sarawak;

(xv) Bidang kuasa Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Autonomi Pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak, dan Pengalaman Kehakiman Borneo di Mahkamah Rayuan Bagi Mendengar Kes Difailkan di Borneo;

(xvi) Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman; dan

(xvii) Duti Setem Yang Dikenakan Ke Atas Instrumen Pemindahan, Caj, Menyewakan Tanah Di Bawah Ordinan Tanah Sarawak Dan Sabah.

Akhir kata ; pengajaran yang lepas wajar diinsafi oleh semua rakyat Sabah bahawa hanya pemimpin yang kaya raya tetapi rakyat tetap miskin kerana Persekutuan hanya fokus untuk politik mereka demi survival mendapatkan kuasa semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?