Posts

Showing posts from January, 2019

ROMPAK KENALAN LELAKI,PELAJAR WANITA DIPENJARA 6 TAHUN

Image
Pelajar Wanita Dipenjara Enam Tahun Kerana Rompak Kenalan Lelaki PETALING JAYA – Tindakan berani seorang pelajar kolej swasta merompak kenalan lelaki yang baru dikenalinya menerusi aplikasi Tinder berbalas selepas dia dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu kepada Mizan Qistina Razali, 24, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh. Hakim memerintahkan dia menjalani hukuman itu bermula hari ini bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Norhasham Hasan merayu agar mahkamah menangguhkan hukuman. Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan daripada mahkamah tinggi. Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki berusia 34 tahun dengan merampas telefon bimbit jenama Iphone 6S dan wang tunai RM1,500. Semasa melakukan rompakan itu, dia

WIRAWATI TENOM MINTA PEMBANGKANG SABAH CERMIN DIRI

Image
Sewaktu Jeffrey Kitingan,Yong Teck Lee dan Lajim dalam kerajaan PBS, kenapa isu PTI tak diselesaikan? Sejak Warisan ambil alih kerajaan,isu Pti adalah isu yang paling kerap dimainkan oleh pihak pembangkang untuk menarik sokongan rakyat terutama kaum KDMR. Umum tahu isu PTI ni bukanlah baru di Sabah.Ia bermula bila pelarian perang dari selatan filipina mula mencari perlindungan di Sabah. Setelah keadaan di filipina kembali tenang,pelarian terbabit yang memegang IMM13 tidak kembali ke negara asal tetapi memilih untuk kekal di sabah bersama keluarga mereka. Persoalan admin,ketika PBS jadi kerajaan Sabah selama 2 penggal kenapa isu ni tidak diselesaikan ataupun mengambil langkah supaya PTI ni boleh dikawal dan kemasukkan PTI ini dapat dikurangkan. Selepas PBS,giliran  BN yang diketuai UMNO menjadi kerajaan sabah.Dengan sistem penggiliran ketua menteri.Beberapa pemimpin telah menjadi KM. Yang lama menjadi ketua menteri adalah Musa Aman.KM sebelum tu pun gagal selesaikan isu

UMNO SABAH TOLAK BERGABUNG DENGAN PAS

Image
Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin mengakui tidak wujud kerjasama di antara Umno dan Pas di negeri ini. Menurut beliau Umno Sabah sekarang berdiri sendiri tanpa gandingan dengan mana-mana parti pembangkang lain meskipun keadaan agak berlainan di Semenanjung apabila Umno di sana mempunyai pakatan dengan Pas. “Kalau Umno di Semenanjung ada pakatan dengan Pas, kita tidak ada pakatan dengan parti pembangkang lain, begitu juga dengan gabungan sebelum ini. “Kita sekarang bersendirian. Fokus kita adalah untuk mengukuhkan parti kerana jika parti kuat ramai orang akan datang kepada kita,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di Bangunan Umno Sabah di sini hari ini. Hadir sama ialah Tmbalannya, Datuk Yakub Khan; Setiausaha, Jeffrey Ariffin dan Bendahari, Suhaimi Nasir. Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata beliau berpuas hati dengan pertemuan pertamanya dengan ketiga-tiga

LIKAS;SEORANG KANAK KANAK LEMAS MANAKALA SEORANG LAGI HILANG

Image
KOTA KINABALU : Mayat seorang daripada dua kanak-kanak yang dikhuariti lemas di sungai Kampung Cenderamata 2, Likas, ditemui berhampiran lokasi kejadian. Mangsa Datu Aliudin Datu Aidar, 10, ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), JBPM Sabah jam 2.51 petang tadi. Pasukan bomba kini giat menjalankan operasi mencari seorang lagi mangsa berusia 11 tahun. Difahamkan, kedua-dua kanak itu dilaporkan lemas semasa mandi di sungai kampung berkenaan, jam 10.30 pagi. Dalam kejadian jam 11 pagi itu, dua kanak-kanak berkenaan dikatakan mandi di sungai itu sebelum kelihatan terkapai-kapai dan hilang di dalam air. Orang kampung yang dimaklumkan mengenai kejadian itu mencari mangsa di kawasan kejadian. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat jam 12.15 tengah hari sebelum sepasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian. “Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu

BANJIR DI KAWASAN KOTA MARUDU,PITAS DAN TANDEK

Image
Banjir di kawasan kota marudu, Pitas dan Tandek. Mohon semua warga Kota Marudu berhati hati kerana tahap paras air Sungai Bongon kini berada diparas bahaya dan begitu juga dengan paras sungai Bandau semakin naik. Semua jabatan dan agensi penyelamat di daerah Kota Marudu telah digerakkan dan dikerah untuk usaha memindah dan membantu mangsa2 banjir sejak semalam. Untuk sebarang laporan dan bantuan boleh hubungi talian..088 661 655.. Bilik Gerakan pusat bencana Kota Marudu. Sumber: FB

TIDUR AWAL BOLEH JADI CEPAT KAYA DAN BAHAGIA?

Image
Menurut Kajian, Orang Yang Tidur Awal Cepat Kaya Dan Lebih Bahagia Ramai di antara anda yang susah sangat nak tidur awal dan tidur secara teratur. Disarankan tidur selama 7 hingga 8 jam setiap hari bagi orang dewasa. Tidur awal akan membuatkan anda lebih bertenaga dan sentiasa kekal aktif di untuk melakukan aktiviti seharian. Mereka yang tidur awal lebih bahagia dan cepat kaya menurut sebuah kajian. Berikut 3 kebaikan jika anda tidur awal pada setiap hari. Turun Berat Badan Berjaga hingga lewat malam lebih cenderung makan hingga lewat malam. Apabila anda malam lewat malam, anda akan melewatkan sarapan. Akibatnya tenaga akan berkurangan dan cenderung makan lebih banyak di siang hari. Tidur Lebih Mudah Kajian menunjukkan kebiasaan tidur lewat malam boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, waktu siang pula anda mudah mengantuk kerana tidak dapat tidur di malam hari, sekaligus mengalami tekanan. Lebih Produktif Di Siang Hari Tubuh kita tidak d

RAKYAT PERLU BERASA MALU MENYOKONG UMNO DAN BN

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat perlu berasa malu untuk terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya terkenal dengan bekas presiden kleptokratnya. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata bukan sahaja kedua-dua parti itu ditolak rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, malah presiden parti itu Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas berpuluh tuduhan salahguna kuasa ketika pemerintahannya turut ditolak anggota partinya sendiri. “Dalam PRU-14, BN buat kali pertama ditolak kerana dipimpin seorang penyangak, satu dunia tahu dan panggil dia kleptokrat, itulah nama diberi kepada Najib. “Tak malukah kita?(sokong Najib lagi). Sebab itu kita semua buang Najib daripada jadi perdana menteri dan UMNO pula buang Najib dari jadi presiden parti,” katanya di hadapan ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di Sungai Koyan, dekat sini, hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu dan calo

ADUN PARTI WARISAN SABAH BERTAMBAH LAGI

Image
Adun Tempasuk, Datuk Musbah Jamli mengumumkan menyertai parti Warisan Sabah (WARISAN) Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud itu menyerahkan borang menyertai parti WARISAN kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga presiden WARISAN di Kota Kinabalu petang tadi.

TUDUHAN PEMBANGKANG TIDAK BETUL,JPN CUMA GANTI SEMULA MYKAD MANGSA KEBAKARAN

Image
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah tidak merekodkan sebarang pendaftaran baharu bagi gantian Sijil kelahiran dan Kad Pengenalan (MyKad) yang melibatkan mangsa kes kebakaran di negeri ini. Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad berkata, sejak 2018 hingga kini, sebanyak 157 gantian sijil kelahiran dan MyKad dikeluarkan melalui Unit Khas Bergerak JPN yang dibawa masuk ke kawasan yang mengalami kebakaran. ”Dalam kes kebakaran, kita cuma mengeluarkan gantian dokumen pengenalan diri. Tiada dokumen baharu dikeluarkan. ”Kita bawa unit bergerak ke sana bagi memudahkan mangsa kebakaran mendapat gantian dokumen yang musnah dalam kebakaran. Bagaimanapun, gantian dokumen ini hanya untuk Orang asal (native) dan warganegara sahaja. ”Gantian dokumen melalui unit khas bergerak telah mengeluarkan 157 sijil kelahiran dan MyKad sejak tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 29 dokumen di SMK Peter Mojuntin, Kampung Likas (12), Semporna (17), Pasir Putih Putatan (46), Kampung Sook Dambai (13)

PROS MENGANJURKAN PANGALAY INTERNATIONAL SABAH FESTIVAL 2019

Image
PROS MENGANJURKAN PANGALAY INTERNATIONAL SABAH FESTIVAL 2019 Sekumpulan anak muda etnik Suluk telah melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri Sabah hari ini. Kumpulan ini telah diketuai oleh Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli (Bersara) dan Presiden Pertubuhan Profesional Suluk Sabah (PROS), Tuan Nelson Dino bagi membincangkan pelbagai isu semasa di negeri Sabah dan Malaysia keseluruhannya terutama yang melibatkan etnik Suluk. Bersama mereka ada 6 lagi orang muda Suluk dengan pelbagai latar belakang akademik iaitu Dr Mizpal Ali, Mohd Fazil Ajak, Mohd Ferdaus bin Syed, Syed Shah Rezza bin Syed Abu Bakar, Syed Sufri Rezza bin Syed Abu Bakar dan Cik Nurhafisah binti Muzzawer. Di dalam pertemuan ini antara lainnya telah membincangkan cadangan pewujudan satu Yayasan Etnik Suluk atau YES yang akan diwakili oleh anak muda dari pelbagai latar belakang bukan hanya dari sudut akademik tetapi juga vokasion

3 MAUT DITIMPA TANGKI PEMBANCUH SIMEN DI TUARAN

Image
Tiga buruh binaan termasuk seorang wanita maut, manakala tiga lagi parah dipercayai ditimpa tangki pembancuh simen berhampiran Kampung Sinopukan di Jalan Pahu, Kiulu di sini, tengah hari tadi. Difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah lori simen dikatakan hilang kawalan di laluan menuruni bukit sebelum terbalik dan bergolek sejauh 70 meter lalu menghempap semua mangsa. Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada semua mangsa berada di tepi jalan atau menaiki lori simen berkenaan ketika kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu.Tiga mangsa yang maut ialah pekerja warga asing, manakala tiga lagi yang cedera parah belum dikenal pasti identiti mereka. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata siasatan awal mendapati lori simen dipandu lelaki warga tempatan hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu merempuh tebing bukit. “Akibat rempuhan itu, lori itu kemudian bergolek sejauh 70 meter menyebabkan dua mangsa iaitu lelaki d

KERAJAAN SABAH AKAN PASTIKAN HALATUJU EKONOMI NEGERI SENTIASA JELAS

Image
Kerajaan Negeri memberi jaminan akan menetapkan hala tuju yang lebih jelas dalam bidang perniagaan bagi memastikan ekonomi Sabah terus membangun pada tahun ini. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan akan memberi fokus untuk membawa masuk lebih banyak pelaburan ke Sabah pada tahun ini supaya ekonomi negeri terus berkembang. “Pada 2019 ini, akan ada perubahan. Tahun ini kita akan memastikan pelaburan dan perniagaan dibawa masuk ke Sabah. “Akan ada hala tuju yang jelas dalam bidang perniagaan. Tapi yang penting, kita mahu melahirkan generasi komuniti peniaga baharu yang lebih dinamik.

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

Image
PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH 1.Tuan/ Puan, Judi Gelap seperti "Huahui & game electronic" kian hari kian membimbangkan di Daerah Kota Marudu terutamanya di setiap Kampung², Taukeh judi gelap meletakkan agen² mereka di setiap Kampung serta dalam setiap Kampung terdapat 5/ 7 mesin judi gelap diletakkan. 2. Jika di Kedai² Kota Marudu, Taukeh & pejabat judi tanpa lesen ini bersembunyi di sebalik perniagaan kain bundle, kedai telepon, kedai menjahit dan kedai runcit. 3. Jika perkara ini tidak dibendung oleh pihak yang berwajib dgn SESEGERANYA maka ini bukan sahaja merosakkan masyarakat malah yang lebih membimbangkan ia menjaja minda org muda- dan remaja 4. Tuan/ Puan, difahamkan bahawa terdapat beberapa org kuat yang juga orang² tertentu yang MEMBENARKAN judi tanpa lesen ini dijalankan dengan SYARAT. Selain itu, terdapat  juga yang jadi rakan subahat kepada Taukeh judi gelap ini. Sebab itu sehingga kini judi seumpama ini tetap  berkemba

AGONG BARU BAKAL DI KETAHUI ESOK

Image
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Sembilan Raja Melayu akan bermesyuarat esok bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu yang akan bersemayam bagi tempoh lima tahun. Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang dijadual berlangsung di Istana Negara pada 10.30 pagi diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Jan lepas. Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kini dipegang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang turut memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong sehingga urusan pelantikan ketua negara yang baharu selesai. Menurut Seksyen 2, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan. Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh

KERAJAAN SABAH DIHARAP DAPAT SEDIAKAN TANAH BINA PEJABAT ESSCOM

Image
KERAJAAN SABAH DIHARAP DAPAT SEDIAKAN TANAH BINA PEJABAT ESSCOM LAHAD DATU (21 JANUARI) - Kerajaan Sabah diharap akan dapat menyediakan sebidang tanah untuk keperluan membinaan bangunan kekal Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jaman ketika ditemui pemberita selepas lawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di sini berkata, beliau dimaklumkan bahawa pejabat sedia ada kini yang digunakan oleh pegawai dan kakitangan ESSCOM untuk beroperasi adalah bangunan yang disewa. Beliau berkata, sekiranya tanah (tapak) telah disediakan, pihaknya akan mengusahakan peruntukan yang mencukupi untuk membina Pejabat ESSCOM yang kekal dengan segera. Pada masa yang sama, Datuk Mohd Azis percaya bahawa terdapat aset-aset baharu yang disediakan dan penyelenggaraan aset yang diluluskan oleh kerajaan dalam belanjawan tahun lalu digunakan oleh Pasukan keselamatan yang diterajui oleh ESSCOM. Justeru

WIRAWATI PUTATAN BIDAS KENYATAAN PEMUDA UMNO SABAH

Image
Ketua Wirawati Putatan Izzatul Aini hari ini membidas kenyataan pemuda umno sabah yang menyifatkan kerajaan sekarang tidak boleh dikritik.Izzatul menyifatkan Azis Julkarnian tidak memahami intipati laporan polis yang dibuat oleh wira sepanggar. Berikut ialah tulisan izzatul yg dikongsi melalui akaun Facebook. Ini adalah kerajaan baharu,  sesiapa pun boleh membuat polis report dan terpulang kepada pihak polis untuk ambil tidakan yang seterusnya. Sebelum membuat public statment adakah Aziz Julkarnain memeriksa initipati polis report berkenaan? Warisan youth pun bebas dalam bersuara, apa yang salah di betulkan dan apa yang betul perlu di tegakkan. Peninggalan kerajaan lama amat teruk membawa kesan kepada rakyat sabah, banyak benda perlu di perbetulkan. Perkara ini mengambil masa. Bagi saya umno masih bermimpi, masih belum bangun bahawa ini adalah kerajaan baru. Malaysia baru dan paling penting Sabah baru. Pemimpin baru. Oleh di sebabkan kaedah kerajaan lama, ini tid

ISRAEL TIDAK PATUT DATANG KE MALAYSIA KATA PM

Image
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan bahawa Israel tidak sepatutnya datang ke Malaysia memandangkan negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Dr Mahathir berkata, Malaysia mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang terutama mereka yang negara ini berpendapat melakukan banyak perkara yang salah. “Banyak negara hari ini melihat orang luar datang ke negara mereka dan amat tidak gembira  mengenainya. Mereka gulingkan kerajaan kerana membenarkan pendatang masuk. “Jadi, sebuah negara mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang, sebab itu adanya sempadan, tetapi di Malaysia, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali  dan kita berpendapat mereka membuat terlalu banyak kesalahan tetapi tetap terlepas kerana tiada siapa berani untuk berkata apa-apa terhadap mereka,” katanya selepas menyampaikan ucapan pada perbincangan Oxford Union yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dari Lon

HUJAN LEBAT DI RAMAL BERLAKU DI SABAH DAN SARAWAK

Image
Hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan selama dua hari dari 21 hingga 22 Jan. Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca waspada itu dijangka berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Miri, Marudi) dan Limbang di Sarawak. Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau,Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran) dan Kudat. — BERNAMA

MASYARAKAT SULUK SABAH MENYOKONG KEPIMPINAN SABAH BAHARU

Image
MASYARAKAT SULUK SABAH MENYOKONG KEPIMPINAN SABAH BAHARU Masyarakat Suluk merupakan salah satu etnik Anak Negeri di Sabah yang dianggarkan sebanyak 350 ribu dengan majoritinya tinggal di Pantai Timur Sabah. Mereka merupakan etnik yang sangat sinonim dengan sejarah North Borneo/Sabah dan Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha. Di bawah kepimpinan Tun Datu Mustapha, masyarakat Suluk bersatu padu dan hidup aman, makmur, dihormati serta menghormati etnik lain. Nostalgia! Namun, peranan masyarakat ini pada zaman dahulu seolah-olah kini semakin terhakis akibat ketiadaan kepimpinan yang jelas dan yang menyatupadukan masyarakat ini. Ketua-ketua di kalangan kelompok yang kecil seakan berebut-rebut untuk menjadi ketua pada kelompok yang lebih besar ataupun keseluruhan masyarakat Suluk, yang kemungkinan kelayakan untuk memimpin masih belum kuat. Keadaan seperti ini mungkin akan menjadikan masyarakat Suluk secara keseluruhan sebagai mangsa. Maka, menjadilah etnik Suluk seperti bui

MUSA KECEWA NAMUN HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH

Image
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini yang mengenepikan perintah Mahkamah Sesyen sebelum ini berhubung kebenaran memulangkan pasport untuk menyambung rawatan di luar negara. Musa bagaimanapun menyatakan kedudukannya seolah-olah bertentangan dengan asas dalam sistem keadilan jenayah bahawa seseorang tertuduh kekal tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Beliau berkata, status tidak bersalah itu bukan saja hak perundangan, malah menjadi asas hak asasi manusia. “Dalam hal ini, saya merasakan bahawa saya dianggap bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. “Permohonan saya untuk menyambung rawatan perubatan adalah berasas. Rawatan saya bermula di United Kingdom pada tahun lalu sebagai susulan rawatan doktor pilihan saya di Singapura yang merawat saya selama lebih 22 tahun. “Ini dibenarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini yang memahami merit permintaan saya tetapi mala