RAKYAT PERLU BERASA MALU MENYOKONG UMNO DAN BN




Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat perlu berasa malu untuk terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya terkenal dengan bekas presiden kleptokratnya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata bukan sahaja kedua-dua parti itu ditolak rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, malah presiden parti itu Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas berpuluh tuduhan salahguna kuasa ketika pemerintahannya turut ditolak anggota partinya sendiri.
“Dalam PRU-14, BN buat kali pertama ditolak kerana dipimpin seorang penyangak, satu dunia tahu dan panggil dia kleptokrat, itulah nama diberi kepada Najib.
“Tak malukah kita?(sokong Najib lagi). Sebab itu kita semua buang Najib daripada jadi perdana menteri dan UMNO pula buang Najib dari jadi presiden parti,” katanya di hadapan ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di Sungai Koyan, dekat sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu dan calon PH bagi PRK berkenaan M. Manogaran. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?