Skip to main content

BUNG BIDAS KUMPULAN BANTAH PERAYAAN KRISMAS DAN TAHUN BARU DI SABAH



Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini membidas kumpulan yang membantah sambutan Krismas dan Tahun Baru peringkat daerah di negeri itu, memberitahu mereka jangan bawa budaya tidak bertoleransi ke Sabah.
Bercakap kepada wartawan, Bung berkata walaupun majoriti penduduk Tawau beragama Islam, meraikan Krismas, Tahun Baru dan perayaan lain “bukan masalah”.
“Kami rakyat Sabah fleksibel. Kami rai semua. Jangan cuba budaya tidak bertoleransi ke sini.
“Gunalah akal dan jangan emosi,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu.
Sementara itu, Ahli G25, Johan Ariffin menggesa rakyat jangan pedulikan tingkah laku itu.
“Sabah sangat terkenal sebagai masyarakat yang toleransi, berbilang agama dan berbilang budaya.
“Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, juga sangat mengagumi rakyat Sabah sebagai contoh masyarakat toleransi.”
Beliau berkata menentang sambutan Krismas dan Tahun Baru menunjukkan betapa tidak toleransi dan sempit pemikiran beberapa orang Islam.
“Mereka bersikap tidak hormat, dan kalau motif mereka ialah tunjuk perasaan tidak puas hati, mereka tiada tempat dalam masyarakat kita.
“Mungkin lebih baik mereka berpindah ke satu pulau di mana mereka boleh amalkan kepercayaan dan ajaran yang tidak toleran.”
Beliau mengingatkan Islam adalah agama keamanan yang menghormati semua orang, tanpa mengira kepercayaan mereka, dan menggesa rakyat bersuara terhadap mereka yang fikir sebaliknya.
Dilaporkan satu kumpulan mendakwa mewakili pelbagai parti politik, termasuk Warisan, Umno dan PAS, serta beberapa kumpulan Islam, mengeluarkan satu kenyataan mengecam karnival Krismas di Tawau yang diadakan pada 30 Disember tahun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?