WAKIL RAKYAT TAMBUNAN DIDESAK SELESAIKAN ISU PTI




Kerisauan penduduk Tambunan sejak sekian lama terhadap isu PTI sekali lagi di suarakan melalui laman sosial Facebook.

Seorang pengguna bernama Joseph Madais mendesak agar PTI yang didakwanya berkeliaran di Tamu Tambunan supaya ditangkap dan dihantar balik ke negara asal.


Selain itu ada pengguna FB yang mendakwa isu ini sudah lama berlaku dan tidak ada tindakan dari wakil rakyat terdahulu mahupun wakil rakyat sekarang.Malah hari ini jumlah mereka sudah bertambah namun belum ada tindakan dari wakil rakyat Tambunan.


Untuk rekod Tambunan sebelum PRU14 diwakil oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dari Parti Bersatu Sabah yang juga parti Komponen Barisan Nasional.
Tambunan harini diwakili oleh Datuk Jeffrey Kitingan yang mewakili Parti STAR.

Jeffrey Kitingan adalah pemimpin yang lantang bercakap mengenai masalah PTI diperingkat negeri namun tempat yang dia wakili turut menghadapi kebanjiran PTI.Adakah dengan hanya bersuara tanpa tindakan maka isu pti akan selesai di Tambunan.

Isu PTI sepatutnya ditangani dengan tindakan bukan Reaksi untuk jadikan isu PTI sebagai bahan sensasi tp akhirnya isu ni hanya berlalu tanpa tindakan.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?