SINDIKET PENIPUAN KAD PEKERJA ASING TUMPAS DI TAWAU



Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau berjaya menumpaskan sindiket penipuan pengurusan dan penyediaan kad pekerja SR Manpower yang membolehkan warga asing bekerja di negeri ini selepas memberkas 8 individu termasuk 4 wanita yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket terbabit.


Kesemua suspek yang ditahan merupakan pengurus, kerani dan wakil syarikat berkenaan yang berusia 20 hingga 65 tahun atas kesalahan di bawah Seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan (Cubaan Tipu) dan memperdayakan orang awam – Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus.
((RTM Sabah/Tamrin))

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH