ROMPAK KENALAN LELAKI,PELAJAR WANITA DIPENJARA 6 TAHUN

Pelajar Wanita Dipenjara Enam Tahun Kerana Rompak Kenalan Lelaki

PETALING JAYA – Tindakan berani seorang pelajar kolej swasta merompak kenalan lelaki yang baru dikenalinya menerusi aplikasi Tinder berbalas selepas dia dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu kepada Mizan Qistina Razali, 24, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.
Hakim memerintahkan dia menjalani hukuman itu bermula hari ini bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Norhasham Hasan merayu agar mahkamah menangguhkan hukuman.
Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan daripada mahkamah tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki berusia 34 tahun dengan merampas telefon bimbit jenama Iphone 6S dan wang tunai RM1,500.
Semasa melakukan rompakan itu, dia menggunakan sebilah pisau berhulu hitam sebagai senjata yang boleh menyebabkan cedera parah dan kematian.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Cova Suites, Jalan Teknologi, Kota Damansara di sini pukul 9.30 malam, 24 November 2016.
Dia dihukum mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan sebat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy’ari Kamaruzaman.
Sumber: Kosmo Online

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH