WIRAWATI TENOM MINTA PEMBANGKANG SABAH CERMIN DIRI




Sewaktu Jeffrey Kitingan,Yong Teck Lee dan Lajim dalam kerajaan PBS, kenapa isu PTI tak diselesaikan?

Sejak Warisan ambil alih kerajaan,isu Pti adalah isu yang paling kerap dimainkan oleh pihak pembangkang untuk menarik sokongan rakyat terutama kaum KDMR.

Umum tahu isu PTI ni bukanlah baru di Sabah.Ia bermula bila pelarian perang dari selatan filipina mula mencari perlindungan di Sabah.

Setelah keadaan di filipina kembali tenang,pelarian terbabit yang memegang IMM13 tidak kembali ke negara asal tetapi memilih untuk kekal di sabah bersama keluarga mereka.

Persoalan admin,ketika PBS jadi kerajaan Sabah selama 2 penggal kenapa isu ni tidak diselesaikan ataupun mengambil langkah supaya PTI ni boleh dikawal dan kemasukkan PTI ini dapat dikurangkan.

Selepas PBS,giliran  BN yang diketuai UMNO menjadi kerajaan sabah.Dengan sistem penggiliran ketua menteri.Beberapa pemimpin telah menjadi KM.

Yang lama menjadi ketua menteri adalah Musa Aman.KM sebelum tu pun gagal selesaikan isu PTI.begitu juga dengan Musa aman.Mengikut laporan akhbar sekitar 2016 jumlah PTI dianggarkan sebanyak 800 ribu orang.

Dan kini mereka yang pernah menduduki kerajaan terdahulu melalui cybertrooper mereka mula meletakkan kesalahan kepada kerajaan sabah yang baru yang diketuai oleh Datuk seri Shafie Afdal.

Bagi Admin mereka yang mengkambing hitamkan kerajaan harini sebagai punca masalah PTI adalah terlalu kecewa dan gila untuk berkuasa semula.

Seeloknya mereka cermin diri dan tanya kepada diri sendiri kenapa masa mereka berkuasa mereka lupa isu PTI adalah isu besar yang akan memberikan kesan seperti yang kita hadapi harini.

Rafidah Arkani
Ketua Wirawati Tenom

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?