SUMANDAK SABAH GADIS PERTAMA WAKILI MALAYSIA KE MISS WORLD




Mungkin tak banyak yang mengetahui bahawa gadis pertama Negara yang menjejakkan kaki di London mengikuti pertandingan Ratu Cantik bertaraf dunia iaitu Miss World pada 1978 adalah berasal dari Sabah.

Miss World yang mewakili Malaysia pada tahun 1978 , bernama Kartina Osir berumur 22 tahun ketika mengikuti acara Ratu Cantik berkenaan,dan beliau mengenakan pakaian  tradisional kaum KadazanDUSUN.



Pertandingan Ratu Cantik #MissWORLD berkenaan diadakan di dalam bangunan Royal Albert Hall London,United Kingdom dan membuka mata dunia untuk pertama kalinya tentang keunikan dan kecantikan Orang Asal peribumi Sabah.

Sememangnya sumandak sabah terkenal dengan keunikan dan kecantikan 'alami' yang di miliki,seperti ada pepatah yang mengatakan.."Tak Kenal maka Tak Cinta.." inilah Bangsa Borneo yang kaya dengan khazanah leluhur warisan Bangsa di samping kecantikan pelbagai kaum yang mewakili bangsanya yang terkenal ke serata dunia.


Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?