UMNO SABAH HILANG TARING ,GAGAL SUARAKAN ISU RAKYAT



Sejak tumbangnya kerajaan BN di Sabah mei tahun lepas,pelbagai peristiwa atau isu telah berlaku.

BN tumbang apabila beberapa adun UMNO dan UPKO keluar dari BN utk bersama Warisan dan PH untuk mengambil alih kerajaan Sabah.

Setelah itu Adun adun dipihak pembangkang telah menubuhkan Gabungan Bersatu Sabah.Yang mana Ketua pembangkang diambil sementara oleh Datuk Jefrey Kitingan dari parti STAR.

Namun akhirnya Gabungan itu dilanda masalah apabila adun dari parti UMNO yang diketua Hajiji dan Masidi manjun mengumumkan keluar UMNO pada 12 disember 2018.

Mereka istiharkan diri sebagai Adun bebas yang menyokong Kerajaan Pusat dan kerajaan Sabah.

Di awal tahun 2019 suara dari pihak pembangkang semakin tenggelam walaupun di media sosial para penyokong mereka masih bersuara namun apa yang mereka suarakan adalah isu yang sering disuarakan oleh pihak pembangkang di era kerajaan BN.

Para penyokong pembangkang hanya  bersuara tentang isu PTI yang dikaitkan dengan pemberian ic.

Selain itu suara tentang MA63 juga kadangkala disuarakan oleh mereka.Walaupun tahu kerajaan harini telah menubuhkan jawatankuasa serta bermesyuarat buat pertama kalinya beberapa hari sebelum Krismas tahun lepas.

Dengan UMNO yang kini telah dijenamakan sebagai UMNO SABAH.
Di pengerusikan oleh Bung Moktar dan timbalannya Yakub Khan.

UMNO dikatakan sudah punya autonomi dan berhak menentukan halatuju sendiri tanpa campur tangan UMNO pusat.

Walaupun tiada campur tangan dari UMNO pusat.Namun UMNO Sabah sudah tiada pemimpin yang punya karisma untuk menarik hati rakyat untuk terus bersama UMNO Sabah.

Ringkasnya UMNO sabah sudah tidak ada pemimpin yang boleh membawa suara rakyat Sabah atau lebih tepat Pembangkang Sabah sudah ketandusan isu.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?