TUDUHAN PEMBANGKANG TIDAK BETUL,JPN CUMA GANTI SEMULA MYKAD MANGSA KEBAKARAN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah tidak merekodkan sebarang pendaftaran baharu bagi gantian Sijil kelahiran dan Kad Pengenalan (MyKad) yang melibatkan mangsa kes kebakaran di negeri ini.
Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad berkata, sejak 2018 hingga kini, sebanyak 157 gantian sijil kelahiran dan MyKad dikeluarkan melalui Unit Khas Bergerak JPN yang dibawa masuk ke kawasan yang mengalami kebakaran.
”Dalam kes kebakaran, kita cuma mengeluarkan gantian dokumen pengenalan diri. Tiada dokumen baharu dikeluarkan.
”Kita bawa unit bergerak ke sana bagi memudahkan mangsa kebakaran mendapat gantian dokumen yang musnah dalam kebakaran. Bagaimanapun, gantian dokumen ini hanya untuk Orang asal (native) dan warganegara sahaja.
”Gantian dokumen melalui unit khas bergerak telah mengeluarkan 157 sijil kelahiran dan MyKad sejak tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 29 dokumen di SMK Peter Mojuntin, Kampung Likas (12), Semporna (17), Pasir Putih Putatan (46), Kampung Sook Dambai (13) dan Kampung Karakit Banggi (40).
”Kesemua ini hanya melibatkan gantian dokumen pengenalan diri akibat kebakaran,” katanya ketika Sidang Media, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini pada Jumaat.
Menurutnya, unit bergerak itu dibawa masuk ke kawasan yang mengalami kebakaran kerana kerajaan memahami keadaan mangsa kebakaran yang kesusahan dan hanya tinggal sehelai sepinggang.
Ismail berkata, selain gantian dokumen melalui unit bergerak itu, terdapat juga mangsa kebakaran yang datang sendiri ke pejabat JPN bagi mendapatkan gantian dokumen sijil kelahiran dan MyKad.
Namun, mereka perlu membawa laporan bomba dan polis yang mengesahkan dokumen mereka musnah dalam kebakaran.
Beliau berkata, JPN Sabah juga menafikan tohmahan yang menyatakan JPN memberi MyKad kepada warga asing kerana mereka tidak layak diberikan status warganegara.
”Jangan buat sentimen bahawa kita mengeluarkan dokumen MyKad kepada warga asing. Kita ke Semporna sebab di sana ada Bajau Suluk dan mereka ini memang native. JPN tidak mendaftarkan warga asing,” jelasnya

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH