Posts

Showing posts from October, 2019

KAHWINI WANITA BERUSIA,PUTRAJAYA KAJI TEKTIK WARGA PAKISTAN DI SABAH

Image
PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji kes lelaki warga asing sanggup berkahwin dengan wanita tempatan yang berusia untuk tinggal lama dan berniaga di Sabah, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail. “Kita akan kaji kes-kes begini. Tertakluk pada syarat-syarat pas dan permit yang dipegang warga asing itu. Kalaulah melanggar apa-apa syarat oleh Jabatan Imigresen, mereka akan ambil tindakan,” kata beliau. Dipetik Bernama, Wan Aziza mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Musa Sulaiman yang mendedahkan terdapat lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah, sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara, untuk tinggal lama dan berniaga di negeri tersebut. Lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah dilaporkan sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk yang berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara u