Posts

Showing posts from 2020

HARI PERNIKAHAN ANAKANDA SHAFIE BERTEMBUNG DENGAN MAJLIS PERASMIAN TILAWAH DAN HAFAZAN 16HB FEB 2020

Image
Majlis perasmian Tilawah dan Hafazan Al Quran peringkat Kebangsaan kali ke 63 yang telah rasmikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia pada 16 Feb 2020. Majlis ini di hadiri kira2 lebih 5000 orang dan penyertaan yang ramai drp seluruh negeri di Malaysia.    Turut hadir adalah Menteri agama Dr Mujahid. Manakala Kerajaan Negeri Sabah di wakili oleh Dr Jaujan selaku Timbalan Ketua Menteri dan sekaligus menyampaikan ucapan bagi pihak shafie Ketua Menteri Sabah. Majlis ini juga di hadiri oleh 2 timbalan Ketua Menteri iaitu Cristina liew dan Wilfred Madius Tangau serta jemaah Menteri dan pembantu menteri daripada Sabah. Keharmonian negeri Sabah patut di contohi kerana kehadiran orang ramai dan tetamu jemputan juga terdiri daripada berbilang agama yang ada di Sabah.         Pada hari Perasmian MTHQK 2020 Shafie selaku Ketua Menteri Sabah dan sebagai tuan rumah tidak hadir. Ramai yg tertanya2 dan juga mengeluarkan kenyataan2 yg tidak benar. Ini termasuk lah p

SABAHKINI2 FITNAH JABATAN AIR AKAN KELUAR LOA/SST UNTUK EMPANGAN PAPAR BERNILAI 3BILLION

Image
SABAHKINI2 FITNAH JABATAN AIR AKAN KELUAR LOA/SST UTK EMPANGAN PAPAR BERNILAI 3BILLION Dalam kenyataan terbaru Sabahkini2 pd 17hb Februari 2020, Sabahkini2 telah cuba menimbulkan persepsi negatif kepada Jabatan Air dan Kerajaan Negeri Sabah dengan mengeluarkan kenyataan fitnah yg tidak berasas yang kononnya Jabatan Air akan mengeluarkan LOA/SST kepada 2 syarikat iaitu syarikat Wira Syukur Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd. Sabahkini2 juga mendakwa bahawa LOA ini sengaja di percepatkan kerana kes mahkamah Amarjit yang akan dibicarakan semula. Kononnya sebelum kes di bicara kan semula Jabatan Air Melalui Amarjit akan mengeluarkan surat LOA/ SST kpd 2 Syarikat tersebut. Sabahkini2 juga mendakwa kononnya 2 syarikat ini telah di jual kepada syarikat dari China. Pelbagai persepsi dan tuduhan oleh Sabahkini2 yang sengaja di timbulkan supaya mempengaruhi orang ramai untuk percaya. Daripada gaya penulisan Sabahkini2 memang jelas ingin mengelirukan pembaca. Ini k

RAYMOND AHUAR PUTAR BELIT PUNCA DIA DIPECAT

Image
Raymond merupakan bekas calon PKR parlimen pensiangan dan di kalahkan oleh calon BN Arthur kurup. Manakala bapa Raymond iaitu Ahuar Rasam merupakan calon Warisan dan juga di kalahkan oleh Calon BN bobbey suan. Raymond juga merupakan Ketua AMK PKR Sabah serta Ketua Pemuda Pakatan Harapan Sabah. Beliau juga merupakan Presiden pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Sabah Pada 11hb Raymond telah di pecat oleh Kabinet Sabah sebagai Setiusaha Politik Menteri / Timbalan Ketua Menteri Cristina liew.. Raymond membuat kenyataan dlm Malaysiakini bahawa pemecatannya ini adalah kerana lawatan kerjanya ke Nabawan. Ini jelas bahawa Raymond memutar belit kan isu pemecatannya seolah2 beliau di pecat atas isu balak yg di perjuangkan nya. Ini bercanggah dgn kenyataan tersebut. Kabinet bermesyuarat pada jam 8 pagi 12 Februari 2020. Lawatan yang dia nyatakan adalah pada 12 hb masa yg sama tetapi tdk di ketahui masanya. Jadi bermakna dia hanya Cuba mengelirukan wartawan dan netizen sedangkan di

STAR BAKAL DIBUBARKAN UNTUK BERI LALUAN KEPADA PARTI BARU?

Image
Parti STAR dijangka akan dibubarkan pada april tahun ini untuk memberi laluan kepada penubuhan satu parti baru.Parti tersebut dikatakan bakal dipengerusikan oleh Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Jeffrey Kitingan sebagai timbalan. Menurut sumber yang boleh dipercayai,beberapa pertemuan dan mesyuarat telah diadakan untuk mencapai kata sepakat.Namun menurut sumber,selain Parti STAR ada beberapa lagi Presiden parti turut  bersama dalam pertemuan itu.Beberapa persetujuan telah dicapai,tetapi menurut sumber itu lagi Presiden Parti SAPP Datuk Yong Teck Lee sehingga kini belum memberikan kata putus samada mahu membubarkan SAPP untuk memberikan laluan kepada penubuhan parti baru tersebut. Menurut sumber antara nama yang telah dipersetujui adalah Parti Gagasan Sabah (PGS).Antara halatuju parti yang bakal ditubuhkan itu adalah memperjuangkan hak rakyat Sabah terutama MA63 serta memperjuangkan Sabah IC. Sejauh mana kebenaran ura ura penubuhan parti baru ini akan kita ketahui selewat lewa

TUN M DIMINTA DISIPLINKAN DATU AKJAN

Image
Kenyataan Media Cleftus Mojingol Presiden PKRDS Pertubuhan Kebudayaan Rumpun Dayak Sabah Kota Kinabalu 3-2-2020 Mahathir Perlu Bertindak Isu Akjan LETAK JAWATAN JIKA TIDAK MAHU PERTAHAN KAMI ORANG ASAL BANYAK telah diperkatakan oleh banyak pihak terhadap stetmen-stetmen provokatif perkauman dari seorang yang mengaku 'sultan Sulu' Datu Akjan Ali Muhamad, namun tiada yang kaitkan afiliasi politik orang ini. Datu Akjan yang sebelum ini ahli Umno dan dikhabarkan kini salah seorang pemimpin PPBM dari Sabah, saya fikir perlu di'censure' oleh pimpinan parti politiknya, PPBM. Kegagalan PPBM mendisiplinkan Akjan memberi gambaran parti itu bersekongkol dengan Akjan dalam cubaan merendah-rendahkan Orang Asal di Borneo khasnya Sabah. Ini memberi imej awam yang buruk kepada PPBM sekaligus Pakatan Harapan malah kepada Umno juga yang sekian lama 'memelihara' Akjan. Paling kurang, PPBM, kalau benar Akjan ahli parti itu, perlu rujuk orang itu kepada lemb

CUBA CETUSKAN HURA HARA,PESERTA HIMPUNAN BANTAH PSS DITAHAN POLIS

Image
MEMBAKUT: Seorang perserta perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah Bantah PSS ditahan kerana membawa parang. Dilihat anggota keselamatan membawa saspek keluar dari perhimpunan sambil memegang parang dipercayai milik saspek. Selepas beberapa minit saspek dibawa menaiki kereta polis untuk tindakan lanjut di balai polis. Membawa parang dikhalayak ramai adalah satu kesalahan dibawah Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Kesalahan ini membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga disebat.