ANAK MUSA AMAN ELAK BERTEMU WARTAWAN SEBAIK SELESAI ANGKAT SUMPAH




Anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Yamani Hafez Musa akhirnya selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sipitang di Kamar Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau tiba kira-kira pukul 9.15 pagi ini, dan selesai angkat sumpah kira kira pukul 10.05 pagi.
Bagaimanapun media dimaklumkan Yamani Hafez tidak mahu bertemu media bagi menjelaskan kepada rakyat atas kehilangan beliau sejak memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas.

Sementara itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dalam ucapan pemasyhurannya berkata, beliau yakin Yamani Hafez dapat melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan terhormat, sungguhpun baru mengangkat sumpah.

“Saya berharap Yang Berhormat dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga dapat berkhidmat dengan cemerlangnya,” kata Mohamad Ariff.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH