BEKAS PEMIMPIN UMNO SABAH PERSOAL MOTIF DAP SOKONG PPBM TAK BERTAPAK DI SABAH


DAP Sabah tidak mempunyai hak untuk menghalang PPBM melebarkan sayap ke Sabah, kata bekas ketua Umno Silam, Abdul Hakim Gulam Hassan.
Beliau antara yang keluar Umno bulan lepas berkata negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan mana-mana parti politik bebas untuk menubuhkan cawangan.
“Jika parti yang berpangkalan di Semenanjung seperti DAP, PKR, PAS, Amanah dan Umno boleh dan telah mengembangkan sayap ke Sabah, maka tidak ada sebab PPBM tidak dapat berbuat demikian.
“DAP Sabah yang menyokong pendirian Warisan agar PPBM tidak melebarkan sayap ke negeri ini jelas mengamalkan politik yang tidak matang serta bertentangan dengan sistem demokrasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hakim mengulas kenyataan Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang menyokong pendirian Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar PPBM tidak melebarkan sayap ke Sabah.
Hakim, yang keluar Umno bersama-sama wakil rakyat dan pemimpin Umno Sabah yang diketuai oleh bekas pengerusi Umno Sabah Datuk Hajiji Noor, mempersoalkan motif DAP Sabah menentang hasrat PPBM masuk Sabah.
Menurutnya rakyat Sabah sepatutnya diberi kebebasan dan hak untuk memilih parti politik yang ingin mereka sertai dan sokong.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?