KERAJAAN SABAH DIHARAP DAPAT SEDIAKAN TANAH BINA PEJABAT ESSCOM




KERAJAAN SABAH DIHARAP DAPAT SEDIAKAN TANAH BINA PEJABAT ESSCOM

LAHAD DATU (21 JANUARI) - Kerajaan Sabah diharap akan dapat menyediakan sebidang tanah untuk keperluan membinaan bangunan kekal Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jaman ketika ditemui pemberita selepas lawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di sini berkata, beliau dimaklumkan bahawa pejabat sedia ada kini yang digunakan oleh pegawai dan kakitangan ESSCOM untuk beroperasi adalah bangunan yang disewa.

Beliau berkata, sekiranya tanah (tapak) telah disediakan, pihaknya akan mengusahakan peruntukan yang mencukupi untuk membina Pejabat ESSCOM yang kekal dengan segera.

Pada masa yang sama, Datuk Mohd Azis percaya bahawa terdapat aset-aset baharu yang disediakan dan penyelenggaraan aset yang diluluskan oleh kerajaan dalam belanjawan tahun lalu digunakan oleh Pasukan keselamatan yang diterajui oleh ESSCOM.

Justeru itu katanya, beliau menerusi Kementeriannya juga akan berusaha untuk meminta penambahan peruntukan untuk pembelian aset-aset baharu bagi memastikan aset-aset berkenaan mencukupi agar keselamatan perairan di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dapat dipertingkatkan.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH