ASAL USUL NAMA RANAU







Ranau adalah merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian barat laut Negeri Sabah. Daerah Ranau dikelilingi oleh tujuh daerah lain seperti Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Pitas, Kota Merudu dan Beluran.

Asal-usul nama Ranau ini dipercayai berasal dari perkataan Ranahon. Perkataan Ranahon ini membawa maksud kawasan sawah padi dalam bahasa Kadazan Dusun.
Masyarakat Kadazan Dusun yang tinggal di daerah Ranau ini cukup dikenali dengan menjalankan aktiviti menanam padi huma atau padi bukit. Hal ini adalah kerana ia amat bersesuaian dengan bentuk muka bumi di kawasan Ranau yang berbukit-bukau.
Buat mereka yang tinggal di kawasan lembah Ranau, mereka lebih kepada menguasahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan disebut sebagai Ranahon. Perkataan Ranahon ini akhirnya telah disingkatkan dan dipendekkan menjadi Ranau.
ranau
Kebetulan kawasan tersebut semakin berkembang dan membangun menjadi pusat pentadbiran daerah dan nama Ranau telah diambil sebagai pengenalan daerah tersebut.
Pada awalnya daerah Ranau hanyalah merupakan sebuah daerah kecil yang terletak diantara dari daerah Tambunan dan Kota Belud sebelum ia menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an.
tanaman-padi-ranau
Sungai utama yang berada di kawasan ini adalah Sungai Liwagu dan secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa daerah Ranau ini bercirikan “undulating” yang membawa makna mengalun dan berombak di tempat dan kawasan tertentu.
pekan-ranau-sabah
Selain padi, antara kegiatan ekonomi lainnya di Ranau ialah penanaman koko. Seluas 1,838 hektar tanah telah ditanam dengan koko dan koko dari Ranau merancakkan lagi pembuatan coklat buatan tangan dan industri biskut berasaskan koko.

Sumber:Sejarah.my

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH