HUJAN LEBAT DI RAMAL BERLAKU DI SABAH DAN SARAWAK



Hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan selama dua hari dari 21 hingga 22 Jan.
Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca waspada itu dijangka berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Miri, Marudi) dan Limbang di Sarawak.
Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau,Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran) dan Kudat.
— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?