SEMPORNA MEMBANGUN DI BAWAH KEPIMPINAN SHAFIE APDAL



Mengulas kecaman saudara Azrul Arosa yang telah mendakwa bahawa Shafie Apdal gagal membawa pembangunan khususnya di daerah semporna sepanjang beliau memegang jawatan menteri dan ahli parlimen Semporna.

Di sini saya ingin menjelaskan mengapa saya memperkatakan bahawa tuduhan saudara tidak berasas sama sekali !!

Sewaktu beliau memegang jawatan Ahli Parlimen Semporna di dalam Parti Umno lama dulu, sudah banyak kemajuan infrastruktur yang beliau telah bawa untuk daerah Semporna. Semua ini mampu memacu pertumbuhan ekonomi daerah ke arah daerah yang berdaya saing dan sesuai dengan keperluan asas masyarakat Semporna iaitu Pendidikan, Keselamatan dan Pelancongan.

Dari segi aspek keselamatan ketika beliau memangku timbalan Menteri Pertahanan, beliau telah menyarankan kepada Kerajaan Pusat supaya Pangkalan TLDM Semporna dapat dibina untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan penduduk daerah semporna yang selama ini dihantui dengan pelbagai kes penculikan yang menjadi-jadi.

Ketika itu, isu penculikan begitu sensasi dan didalangi oleh pengganas dari negara seberang iaitu Filipina yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Abu Sayaff. Hasilnya, kini Pangkalan tersebut terlaksana serta-merta.

Dan selepas itu beliau telah dilantik sebagai menteri penuh di kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, beliau telah membuka ibu pejabat KPDNKK di daerah Semporna untuk memudahkan rakyat Semporna menuntut hak sebagai pengguna dengan membuat aduan mengenai peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Hal ini akan menjamin ketelusan jualbeli dan membina kepercayaan di antara pembeli dan peniaga yang mewujudkan suasana mesra perniagaan dalam kalangan rakyat secara umum.

Sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Menteri di Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Beliau telah mempromosi kesenian bangsa bajau di peringkat negeri sehingga ke persada antarabangsa demi mengangkat martabat warisan bangsa bajau.Perkara ini juga telah membantu industri Pelancongan tempatan sebagai daya tarikan dari sudut keaslian budayanya yang tiada tolok-bandingnya.

Bukan itu sahaja, di samping kedudukan Semporna yang begitu strategik dari segi sektor Pelancongan, jeti-jeti yang menjadi “transit” perhubungan pengangkutan antara pulau-pulau di sekitarnya, sesungguhnya memudahkan masyarakat untuk ke sana sini melalui perairan Semporna. Pelancong yang berkunjung ke pulau-pulau dan orang-orang pulau dalam kalangan masyarakat Semporna sendiri mendapat manfaat dari kemudahan yang tersedia.

Selepas itu,beliau telah dipindahkan ke kementerian Kemajuan luar bandar dan memegang jawatan sebagai menteri KKLW pada masa itu. Beliau telah dipertangungjawabkan mengurus kawasan luar bandar di 14 buah negeri yang sudah pasti bukan hanya di daerah Semporna saja akan tetapi menyentuh pembangunan menyeluruh tanpa ‘pilih kasih’ di kawasan-kawasan pedalaman tempatan.

Ketika inilah beliau giat membuka Sekolah-sekolah dan Kolej-kolej Pengajian Komuniti dan rumah PPRT yang bak cendawan tumbuh selepas hujan di sekitar daerah Semporna sehingga disusuli dengan pengwujudan institusi Pendidikan seperti MRSM di Kampung Bantayan untuk anak-anak kita meningkatkan kecemerlangan akademik anak anak tempatan semporna. Dan untuk pengetahuan saudara akibat terlalu berpolitik daripada parti yang saudara puja itu. Kolej risda dan KPTM yg dahulunya Shafie Apdal wujudkan di semporna kini telah ditutup. Tidak kah saudara berasa marah terhadap pemerintahan sekarang dimana mereka telah menutup kolej-kolej berkenaan atas dasar berlainan ideologi politik. Cuba saudara fikirkan, dengan adanya kolej risda dan KPTM anak-anak yang kurang berkemampuan boleh mendapatkan pendidikan di tempat sendiri dorang tidak perlu mahu ke luar daerah atau negeri hanya untuk mendapatkan segulung diploma sebab akan memakan kos yang tinggi.

usaha yang diterapkan melalui jalan pendidikan ini sudah semestinya melahirkan modal insan yang berkualiti dan berupaya meningkatkan produktiviti negara dari segala bidang untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, Beliau tidak lupa juga dengan menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi tujuan kesihatan masyarakat setempat seperti klinik-klinik yang diwujudkan di Kampung-kampung terutama di Pulau Bum-bum yang menghampiri piawaian hospital telah banyak membantu sedikit kesulitan rakyat biarpun Doktor-doktor pakar daerah belum lagi mencukupi dan untuk pengetahuan saudara azrul, Shafie Apdal juga telah menyumbangkan beberapa buah van melalui pejabat parlimen beliau untuk kegunaan pihak KKM sewaktu kes covid memuncak di semporna bagi kelancaran pihak KKM menurunkan kadar peningkatan kes pada waktu itu. mungkin saudara terlepas pandang atau terlupa mengenai perkara ini. Jika saudara ingin kesahihan saudara boleh merujuk sendiri ke pejabat kesihatan semporna dan bertanya sendiri kepada pengarah kesihatan daerah semporna.

Jawatan yang terakhir beliau telah sandang ialah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-15. Mungkin selama ini saudara berkeliaran di pekan semporna dengan menutup mata. Tidak kah saudara melihat kemajuan yang makin pesat di semporna berbanding dengan daerah-daerah yang lain sehinggakan ada daerah yang telah dicatatkan sebagai 8 daerah termiskin di Malaysia. Walaupun kita faham tugas ketua menteri itu adalah untuk mentadbir menyeluruh daerah yang ada di sabah.Tetapi beliau tidak lupa untuk membuat pembangunan di daerah semporna dengan cara mempermudahkan urusan investor-investor besar bagi membuka cawangan mereka di semporna seperti macD,Starbucks dan yang lain2 lagi. Ini belum saya sebutkan lagi hotel-hotel yang kian rancak didirikan. Seharusnya saudara sendiri kena harus faham yang Shafie Apdal hanya memegang jawatan ketua menteri selama 22 bulan sahaja bukan seperti musa aman yang telah menjadi ketua menteri sabah selama 15 tahun. Tapi cuba saudara buat perbandingan semporna dengan daerah tempat kelahiran musa aman, 15 tahun beliau memegang jawatan ketua menteri. Ada apa beliau telah bawa ke tempat kelahiran beliau ??

Kita belum sentuh lagi soal kebajikan yang beliau telah sumbangkan kepada penduduk daerah semporna. Dimasa beliau masih lagi jadi ketua menteri. Saudara boleh bertanya kepada penduduk kampung berapa kali kerajaan negeri mengagihkan bakul makanan kepada penduduk kampung yang terjejas di semporna akibat perlaksanaan PKP yang berterusan. Ini kita belum kira lagi sumbangan ehsan beliau kepada penduduk daerah semporna yang mana beliau telah mempermudahkan urusan penghantaran jenazah dari semenanjung ke semporna. Cuba saudara riki-riki di daerah lain. Adakah YB kawasan ataupun ahli parlimen yang berbuat sedemikian dikawasan yang mereka wakili ??

Cuba buat perbandingan saudara. semporna yang dulu dengan semporna yang sekarang pasti saudara akan nampak kemajuannya. Dan ada satu lagi, saudara kena ingat bajet yang telah diumumkan pada hari ini tidak semestinya akan terlaksana tapi saya rasa saudara sendiri pun sudah tahu. Diharap kerajaan GRS akan melaksanakan seperti apa yang dibentang bukan hanya semata-mata mahu menambat hati pengundi-pengundi di Semporna. Kerajaan GRS kena ingat yang rakyat Semporna bukan pelupa dan mereka-mereka ini bijak menilai pemimpin seperti mana mereka menilai Shafie Apdal pada pilihanraya sebelum-sebelum ini.

-Benny chiu-
Anak muda Daerah Semporna

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

ASAL USUL ETNIK RUNGUS